BAB 5 - Remember This

19K 638 7
                                    

Sarah Nia ↑↑
♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕

SEMASA Harris Amsyar sedang menyiapkan tugasannya menggunakan komputer, tiba-tiba fikirannya terganggu.

'Syar, kau suka dia kan? Lebih baik kau pergi propose dia. Takut melepas' separa hati Harris Amsyar memberi cadangan.

'Chill, dia bukannya ada secret admire macam kau. So, nanti-nanti pun boleh' separa hati Harris Amsyar yang lain memberi cadangan.

Pen biru yang berada digenggamannya diketuk-ketuk di atas meja tugasannya itu sehingga menghasilkan bunyi. "Tapi, aku suka dia" omelnya sambil termenung mengingati setiap raut wajah Sarah Nia. Dia tersengih keseorangan.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan dari luar biliknya meminta untuk dijawab. Harris Amsyar tersentak dari lamunan. Segera dia membetulkan posisi agar lebih kelihatan serius. Wajahnya dipura-pura supaya menjadi serius. Dia berdehem kecil sebelum mengarah secrectarynya masuk.
"Masuk" arah Harris Amsyar seperti biasa.

Mendengar balasan Harris Amsyar, Tasha terus menguak pintu bilik tugasan lelaki itu. Langkhanya diatur ke arah meja tugasan Harris Amsyar. "Boss, ni file yang boss mintak tadi" dia mengukirkan sebuah senyuman. Beberapa file yang berada di tangannya diletakkan di atas meja tugasan tersebut sebelum badannya menunduk sedikit tanda hormat.

Harris Amsyar tidak memberi respon. Mata lelaki itu hanya tertumpu di salah satu sudut di bilik itu dan tidak dialihkan pandangannya ke arah Tasha yang kini berada di hadapannya. Nampaknya, sudut bilik tugasan itu lebih menarik minatnya dari gadis yang berada di hadapannya itu.

Tasha terkebil-kebil apabila tidak dilayan majikannya itu. Selalunya, lelaki itu paling tidak pun akan mengarahnya untuk keluar. Ini tidak, duduk diam aje! Rungut hatinya.

"Err... boss?" soal Tasha kehairanan.

Tiada lagi sebarang respon dari Harris Amsyar. Malah lelaki itu sedang tersengih-sengih memandang ke arah satu sudut. Pelik, apa dia pandang ni? Getus hati Tasha.

Tasha mencebik kecil. "Hello..." dia melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah kacak milik Harris Amsyar itu.

Lamunan Harris terus termati. Bahunya terjongket sedikit akibat terkejut. Hampir sahaja dia mahu tumbang dari kerusi empuknya apabila tersedar dari lamunan. Dia fikirkan dia sedang bersembang dengan Sarah Nia. Rupa-rupanya, dia masih berada di ofis. Alahai... bosannya! Menyedari akan kesalahannya, pandangannya segera dialihkan ke wajah Tasha.

"Mm... apa you cakap tadi?" soal Harris Amsyar sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.

"Er.. tak, tadi boss ada minta file daripada saya kan? Ni filenya. Nak letak kat mana ye?" terang Tasha sekali lagi. Dia tersenyum simpul apabila melihat reaksi gelabah dari Harris Amsyar. Hampir sahaja tawanya terletus.

Harris Amsyar spontan menggaru kepala. Dia memandang sekeliling. "Oh, er... letak kat situ" balas Harris Amsyar sambil menudingkan jari ke arah meja kaca yang berkedudukan tiga meter dari situ.

Tasha memerhati gelagat Harris Amsyar dengan kehairanan. File tadi yang diminta oleh lelaki itu dialihkannya ke tempat yang sepatutnya.

Tasha mengetap bibir. Patut ke aku tanya? Nantu dia marah aku macam mana? Bebel hatinya. Dia malas mahu memikirkan lagi. Terus dia menyuarakan soalan di benak fikirannya. "Err... boss? Boss okay ke?" soal Tasha prihatin.

"Eh, I okay je. Okaylah Tasha, you boleh keluar" balas Harris Amsyar seraya mengarah Tasha untuk beredar dari biliknya itu.

"Er, em... okay" balas Tasha pendek. Dia pantas beredar dari bilik tersebut dan pergi ke meja tugasannya kembali.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now