"LAMBAT dua minit! Awak ni berbincang hal negara ke apa? Lama mengalahkan Donald Trump" Sergah Harris Amsyar sambil hujung jari telunjuknya diketuk-ketuk pada permukaan jam tangannya kepada Sarah Nia.
Macamlah si Nia ni lembab sangat untuk memahami unsur sarkastik itu. Itu fasal dia sengaja mencari gaduh dengan Sarah Nia. Sehari kalau tak dikacaunya, rasa macam tak lengkap sahaja hidupnya.
"Sorrylah... Saya banyak bincang tadi dengan Zike. Sampai dah terlebih masa pun tak perasan. Nasib baik saya set alarm"
Kening Harris Amsyar terangkat. "Awak set alarm?" Boleh tahan terkejut jugalah intonasi suaranya. Biar betul isteri dia ni. Entah-entah dah biul kut. Dia rasa hendak tergelak sahaja. Jam tangan dah pakai, tapi hanya berfungsi sebagai hiasan je ke? Omel hatinya.
"Ha'ah, kenapa? Pelik sangat ke?" Sarah Nia dengan muka sucinya menjawab.
"Awak buat lawak ke?" Harris Amsyar tergelak kecil. "Oh my god, this girl really crazy tho" gumamnya perlahan tetapi masih dapat dapat didengari oleh Sarah Nia.
"Excuse me?" Wajah Sarah Nia sudah mula hendak bertukar jadi gunung berapi. Merah gila!
"Nothing"
Sarah Nia berkerut kening dan mencebik. Siot! Sabar sahajalah wahai hati. Dia kan, suami intang payung kau. Jadi kalau melawan, intan tak dapat, payung pun tak dapat. Yang dapat hanyalah bebelan. Haprak! Kutuk hatinya.
Senyuman tersimpul di hujung bibir Harris Amsyar. Comel! Dia suka apabila Sarah Nia marah. Itu yang membuatkannya rasa berkobar-kobar untuk mengacau Sarah Nia lagi dan lagi. "So... Apa yang awak bincang dengan Amirul tu? Kata penting sangat kan..."
Seorang pelayan sedang meletakkan makanan yang baru dipesan Harris Amsyar untuk dia dan Sarah Nia. Selesai sahaja tugasnya, dia menunduk sedikit dan berlalu pergi.
Sarah Nia menjungkitkan kening kanannya, yang memberi maksud 'apa awak tanya tadi?'
Harris Amsyar yang seperti memahami isyarat itu, terus menyoal semula. "Tadi, apa yang awak bincang dengan Amirul?"
Sarah Nia yang sedang menyedut air fresh orangenya terus berhenti menyedut. Dia menjuihkan bibir. "Eh-eh, pak cik kerepot ni. Ni hal keluarga dia, awak mana boleh tahu. Nanti jatuhlah aib keluarga dia. Eee..." Lalu menyambung kembali menyedut airnya.
"Hmm... Yela yela" Harris Amsyar pasrah.
Keadaan jeda seketika. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga-laga."Awak... Awak suka makan apa eh?" Suara Harris Amsyar memecahkan hening.
Kening Sarah Nia sekali lagi berkerut. Dah kenapa ngan pak cik kerepot ni? Buang tabiat ke apa? Layan jelah...
"Hah? Suka makan apa? Saya suka makan... Awak!" Sarah Nia tersengih seperti kerang terlampau busuk.
Melihat wajah Harris Amsyar yang sudah memerah itu, dia terus mematahkan usikannya. "Gurau, gurau". Pemalu juga suami aku ni eh? Gelak hatinya.
Harris Asmyar mencebik. "Awak jangan, nanti tengok-tengok malam nanti awak yang kena makan tau! Malam ni dah lah malam jumaat. Afdhal..." Dia mengangkat-angkat kening.
"Eh, tadi awak tunggu saya berapa lama?" Sarah Nia segera menukar topik perbualan apabila perbualan mereka sudah melalut entah ke mana. Bukan apa, sekarang ini pipi dia pula yang berubah rona. Merah oi!
"Lamalah jugak..." Harris Amsyar layankan sahaja.
Sarah Nia berdecit. "Saya tanya berapa lama. Saya tak tanya lama ke sekejap"
YOU ARE READING
Taming The Bad Girl
Romance"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia...