BAB 14 - Pilih Antara Dua

13.4K 523 2
                                    

KEESOKAN harinya, Sarah Nia datang ke rumah Datin Suhaila tepat jam lima petang. Perkara itu telah dibincang terlebih dahulu bersama ibunya untuk meminta keizinan. Setelah mendapat keizinan, barulah dia bertolak ke rumah Datin Suhaila.

Sesampai sahaja di hadapan rumah Datin Suhaila, motorsikalnya terus diparkir bersebelahan dengan kereta Datin Suhaila.

Datin Suhaila yang sedang menyiram pokok terus menjemput Sarah Nia masuk ke rumahnya. Gembira sahaja wajah Datin Suhaila menerima kedatangannya.

"Minumlah dulu Nia. Aunty nak pergi ambil beg tangan sekejap" arah Datin Suhaila sebelum menaiki tangga ke tingkat atas.

Sarah Nia hanya mengangguk. Air oren di dalam gelas diambil dan diteguk. "Fuh... lega. Haus tekak aku ni" gumam Sarah Nia setelah meneguk sedikit air di dalam gelas itu.

"Hah, Nia. Ibu kamu sihat?" Soal Datin Suhaila sambil berjalan menuruni tangga.

Sarah Nia memandang wajah Datin Suhaila dan tersenyum manis. "Sihat je aunty. Bila Nia ni nak kahwin, lagilah bertambah sihat" lantas tergelak kecil.

"Biasalah tu. Ibu mana je tak happy bila dapat tahu anak dia nak kahwin. Aunty ni pun happy. Lepas ni, tak adalah aunty risau lagi pasal Syar. Tinggal tunggu cucu aje" balas Datin Suhaila bersahaja.

Sarah Nia yang mendengar itu terus tersedak. Tersedak air liur. Terkejut dengan percakapan Datin Suhaila. Aku kahwin pun belum, dah cakap pasal cucu. Ni kalau aku dah kahwin ni, mesti hari-hari minta cucu. Habislah aku! Rungut hati Sarah Nia.

"Kamu okey tak Nia?" Soal Datin Suhaila prihatin. Dia duduk di sebelah Sarah Nia dan mengusap-usap lembut belakang badan Sarah Nia.

Sarah Nia hanya mengangguk-angguk tanda tiada apa-apa. "Aunty, jom gerak. Nanti gerak lambat takut jalan jam pula kan?"

"Eh, ha'ah. Jomlah" Datin Suhaila menapak ke luar rumah dengan senyuman lebar. Tidak sabar ingin bermenantukan Sarah Nia.

Mereka bertolak menggunakan kereta Datin Suhaila. Motorsikal Sarah Nia dibiar dahulu diparkir di rumahnya. Nanti, selepas pulang dari membeli cincin, barulah Sarah Nia akan menggunakan motorsikalnya untuk pulang ke rumah. Itulah kehendak Datin Suhaila. Jadi, Sarah Nia hanya menurut.

KINI mereka sudahpun berada di hadapan kedai Habib Jewel. Sarah Nia dan Datin Suhaila, masing-masing sedang membelek cincin berlian yang ingin dibeli.

Sarah Nia hanya berpura-pura memilih sahaja. Padahal, dia langsung tidak berminat dan tahu-menahu mengenai cincin ini. "Aku nak pilih yang mana ni? Aku bukannya reti. Haduii..." gumam Sarah Nia perlahan sambil menggaru kepala.

Datin Suhaila datang menghampiri Sarah Nia. "Dah pilih dah nak yang mana?" Soalnya lembut.

"Err... Nia tak tahu nak pilih yang manalah aunty. Banyak sangat yang cantik-cantik" sengihnya. Padahal dalam hati, tiada satu pun yang menarik perhatiannya.

Datin Suhaila tersenyum. "Ouhh... kalau macam tu, biar aunty ajelah yang pilihkan, okey?"

"Okey!" Sarah Nia berterima kasih kepada Datin Suhaila di dalam hati kerana menawarkan diri untuk memilihkan cincin untuknya.

Datin Suhaila terus menilik beberapa cincin berlian. Ada dua sahaja cincin berlian yang menarik perhatiannya ketika ini. Salah satunya berbentuk seakan-akan ombak. Tanpa berlengah, dia terus menyuakan kepada Sarah Nia.

Sarah Nia mengangkat kening. Tidak memahami tingkah Datin Suhaila.

"Ni ha, Nia nak yang mana? Pilih antara dua ni" kedua-dua cincin tadi diletakkan di atas tapak tangan Sarah Nia. Tiba-tiba dia disapa seorang gadis. Dia memaling ke belakang dan berbual-bual dengan gadis itu sementara menunggu keputusan dari Sarah Nia untuk memilih cincin berlian yang disukainya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now