BAB 6 - Berangankan Kau?

17.9K 664 14
                                    

Sarah Nia ↑↑
♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕♕

SARAH NIA melihat sekilas jam tangannya. Sudah hampir pukul dua belas tengah hari. Dia menumpukan perhatiannya kembali kepada kerja bertimbun di hadapannya. Arghh! Kenapa banyak sangat ni? Dia ni nak dera aku ke apa? Dia mendengus kecil.

"Hoi! Apa marah-marah ni? Buat kerja ikhlas sikit boleh tak?" Sergah Amirul Zikrie dari belakang sekali lagi.

Sarah Nia menghadiahkan jelingan tajam. Orang nak fokus, dia sibuk nak kacau-kacau. Kang kalau aku layan Si Zike ni, mesti mamat kerek tu membebel. Umpat hatinya.

Amirul Zikrie hanya menayangkan sengihan. "Weh, jomlah lunch. Kata tadi nak lunch sama-sama. Aku dah lapar ni doh!" Dia duduk bertenggek di sebelah Sarah Nia.

"Memanglah aku nak, tapi tunggu... "

Ehem!

Dehem seseorang. Serentak Sarah Nia dan Amirul Zikrie menoleh ke belakang. Selepas itu, Sarah Nia menoleh semula kepalanya ke hadapan. Cuba berlagak biasa. Dia ingin menyiapkan tugasannya. Banyak kerja hendak diselesaikan. Tidak ada masa hendak layan sesiapa.

Amirul Zikrie menghadiahkan senyuman kepada bos besarnya, Harris Amsyar. Tetapi hanya dibalas muka tegang sahaja. Dia mulai memahami maksud pandangan Harris Amsyar terhadapnya. Lelaki itu hanya menjeling tajam ke arahnya tanda supaya cepat beredar. Dia hanya tersenyum kecil.

"Weh, okaylah. Lembab macam siput sedutlah kau. Aku malas nak tunggu. Aku pergi lunch dululah. Bye!" Amirul Zikrie terus berlalu meninggalkan Sarah Nia bersama Harris Amsyar.

Mulut Sarah Nia melopong. Dia main tinggal je aku dengan mamat kerek ni? Zike!!! Kenapa!! Jerit hati kecilnya.

"Hah, melopong apa lagi? Jomlah lunch ngan aku. Ke dah tak sudi sudi nak lunch dengan aku? Penat aku duk jadi penunggu kat sini" perli Harris Amsyar.

Sarah Nia mendengus kasar. "Eh? Siapa nak lunch ngan kau? Pergilah lunch sorang-sorang! Ee... perasannya" Protes Sarah Nia. Dia menunjukkan muka geli-geliman.

"Jom, takyah banyak cakap. Ikut je aku" perintah Harris Amsyar selamba. Lengan Sarah Nia digenggam dan ditarik supaya mengikutnya.

Dia menoleh memandang wajah Harris Amsyar. Kerutan di wajah sudah cukup menjelaskan yang dia ingin memprotes. Tetapi apabila teringatkan perbezaan pangkat di antara mereka, dia terpaksa akur. Kalau diikutkan, sudah lama dia ingin menolak lelaki itu. Biar terjatuh depan pekerja-pekerja lain. Baru tahu malu setahun.

"That's my girl" Harris Amsyar tersenyum simpul apabila melihat raut muka menyampah Sarah Nia.

"I'm not your girl" balas Sarah Nia geram.

SARAH NIA sedang duduk termenung di dalam kereta sementara menunggu Harris Amsyar selesai mengisi minyak di stesen minyak tersebut. Kehadiran Harris Amsyar yang sedang melangkah ke arahnya langsung tidak disedarinya.

"Oi minah sewel!" terjah Harris Amsyar sambil memasukkan sedikit kepalanya di tingkap kereta itu.

"Oh mak kau!" Bahu Sarah Nia terhinjut sedikit. Dia mengurut-urut dadanya. Terus Harris Amsyar dijeling tajam. Buatnya aku ada penyakit jantung? Ee... geramnya. Jadi CEO, tapi tak pakai otak. Bentak hatinya.

"Hahaha..." galak Harris Amsyar mentertawakannya.

"Hish! Kau ni dah kenapa? Nak gelak, tunggu balik rumah je lah! Bising tahu tak?" Sarah Nia mengetap gigi menahan amarah. Geram dia apabila diri dia menjadi bahan gelak.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now