Bab 2

1.3K 70 0
                                    

"Hi"

Sapa Awin Raiza sambil tersenyum kepada Grey yang sedang mengambil beberapa buku yang diperlukan untuk 3 kelas pertama ini..

"Oh Hi! You're early today.. Tought you will get into the class with Puan Rash as yesterday. She seems to like you than the others."

Grey memeluk Awin Raiza kejap sambil bergurau dgn Awin Raiza tentang Puan Rash suka padanya.. 'Hahaha, Puan Rash tak kenal aku lagi kot.. boleh la nak suka,' kata Awin Raiza dalam hati.

"You mengarut apa lah.. Takde maknanya dia nak suka I la aih.. Hahaha.. Mana yang lain?" Awin Raiza membalas mesra gurauan Grey sambil menyimpan skate boardnya didalam loker dan mengeluarkan buku sama dengan Grey.

Bukanlah Awin Raiza ni talam dua muka. Tapi sebenarnya, dia rasa dia budak baru dan tak sepatutnya menunjukkan perangainya yang agak buruk itu kepada teman barunya. Walhal masih tiada manusia di sekolah itu ingin mencabar personalitinya yang satu itu..

"Marsh and Deen? Diorang datang sini sama sama dengan pemandu Marsh. Marsh kan, dia tu mmg lambat bersiap tapi, so far, dia tak pernah terlewat masuk kelas. Haaa.. There they are!" Terang Grey panjang sembelum menunding jarinya yang runcing di hadapan pintu masuk sekolah. Awin menutup dan bersandar di lokernya sambil menyelit rambutnya ke tepi telinga.

"Holla Grey, Awin. Tunggu kami ke? Sorry for making you both waiting for us."

Marsh tersenyum kambing.. Dia memeluk Grey dan Awin kejap, diikuti dgn Deen. Dan terus membuka lokernya yang penuh dengan gambar Justin Bieber dan beberapa pucuk surat jatuh di atas lantai.
Tidak dapat dinafikan bahawa Marsh memang cantik. Rupa parasnya serta bentuk badannya yang 'perfecto' seperti model antarabangsa mendapat perhatian oleh semua pelajar lelaki BrievlyHills. Tak kurang juga pelajar perempuan yang gila akan kecantikannya. Tapi Marsha buat tak tau je dengan "peminatnya" lelakinya itu kerana baginya sekarang bukanlah masa untuk bercengkerama seperti senior senior atasan yang selalu berdating di tangga ketika waktu rehat. "Annoying nak mampos. Apesal la nak dating kat tangga. Banyak tempat lain lagi kot. Kalau aku report Puan Rash ni, mampus korang." Pertama kali dengar omelan Marsh ketika mereka berjalan semasa "tawaf" satu sekolah dgn Awin Raiza semalam.

Deen.. Marsh kata, Deen mmg kurang cakap pagi pagi ni. Mood swing tahap dewa.. Jadi mereka biarkan Deen berjalan dgn Marsh yang semenangnya faham akan keadaan sahabat baiknya sejak sekolah rendahnya itu.

Mereka menuju ke cafeteria sekolah untuk mengisi perut. Awin Raiza, Grey dan Deen membeli sandwich, manakala Marsh terus menyambar nasi lemak yang pihak cafeteria buat. Sedap katanya. Kami makan dalam keadaan sepi..

'Memang macam ni kot dorang pepagi. Kalau masa rehat.. Hyper gila.' Bisik Awin Raiza sendirian sambil matanya melilau sekeliling cafe. Matanya tertacap kepada seorang lelaki dengan komputer riba jenama Apple sambil memakai headphone yang dicucuk kepada komputernya. Mcm familiar. Tapi dia lupa kat mana dia pernah jumpa lelaki tersebut.

Tersentak Awin Raiza pabila Deen menghentak meja tanda protes. "Wey, whats wrong with Deen?" Tanya aku cemas bila melihat Deen berlari ke aras atas bangunan sekolah kami. Tidak pula terfikir untuk mengejarnya.. Marsh pandang kami dengan mats kuyunya itu.. "Dia baru lepas break. Dengan Am. Diorang dah bersama lebih setahun. Tapi Am minta putus sebab.. Dia kantoi. Am ada betina lain." Kasar ayat Marsh.
"DO YOU MEAN AMRAN?! FROM 5 ACCOUNTS 2?!" Jerit Grey. "Slow down your voice Grey," Awin Raiza masih mendiamkan diri.

Pantang sungguh Awin Raiza jika sahabatnya berada dalam keadaan seperti ini. Sebab itu dia 'anti' cinta cinta ni. Mereka berjalan menuju ke kelas. Diam. Sepi. Dalam kepala otak Awin Raiza sudah bermacam benda jahat bermain difikirannya. Tunggu masa nak laksana je.

Pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. Dan seperti biasa juga lelaki di sebelahnya hanya diam membisu dan terus memberikan sepenuh perhatian setiap masa. Terus terus terus dan terus.

Harini, hari yang agak hambar kerana kami sungguh memahami Deen. Hanya Marsha berani bercakap dgnnya. Itu pun kadang kadang kena maki.

Marsha dan Deen menunggu pemandunya di pondok dalam sekolah. Grey sudah pulang dgn Honda CRZnya. Sudah ditawar untuk menghantar Awin Raiza pulang. Tapi Awin Raiza menolak tawaran Grey dgn baik. Katanya naik skateboard lagi seronok. Grey mencebik. Macam macam Awin Raiza ni, fikirnya. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Marsh dan Deen, dia meluncur laju pulang kerumah.

Ya. Dengan skateboardnya.

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang