Bab 35

525 29 5
                                    

"Uish!"

Khai terjerit kecil.

"Rai.. Rai buat apa sini Rai?" Khai bersuara mengurut dada.

Mata Raiza berair. Khai perasan tu.

"Bad dreams huh?" Raiza memeluk TeGrey dan mengangguk kecil memandang Khai..

"Jom tidur dengan abang eh?" Khai mengusap rambut Raiza yang sudah sedia tak terurus itu.

Raiza hanya mengangguk. Dia menapak masuk kedalam bilik Khai dan memanjat katil Khai. Khai menutup lampu dan membuka lampu tidur di atas meja kerjanya. Raiza sudah terlena memeluk TeGrey. Khai juga sudah berbaring mengiring menghadap Raiza dan terlena keletihan akhirnya..

×××

"Rai.. Rai.. Bangun Raiza.." Khai menolak nolak tubuh kecil adiknya.

"Hm.." Terpisat pisat mata Raiza cuba bangun. Raiza menggosok gosok matanya dan duduk diatas katil dengan TeGrey masih diatas riba..

"Jom keluar tolong ayah basuh kereta? Kata nak tolong ayah semalam?" Terbuka terus mata Raiza bercakap tentang cuci kereta.

"Jom cuci keretaaaaaaaa!" Raiza sudah berlari keluar menuruni anak tangga..

"Agak la dulu dengan muka penuh air liur basi lepas tu taik mata tu semua. Ish.." Khai menggosok kepala adiknya.

"Yelaaaa.." Raiza mendaki kembali anak tangga dan masuk kedalam bilik Khai.

"Buat apa bilik abang tu?!"

"Amik TeGrey!! Abang sebok je. Nanti abang amik TeGrey Raiza! Raiza punyaaa!" Raiza sudah keluar menyeret anak patung beruang sebesar dirinya itu.

"Tak ingin la abang aih.." Khai sudah mula turun dan melabuhkan punggung ke sofa.

Raiza mencuci dan membilas sedikit badannya yang sudah melekit kerana semalam dia balik terus tak mandi.

Kesakitan dirasa pada lutut dan sikunya. Dia menelek kedua anggota badan itu dan seraya mengeluh panjang mengigati kembali peristiwa semalam.

Persetankan semua itu. Yang penting, aku nak cuci kereta.. Bisik hati kecil Raiza yang memang sedia kecil itu.

"Cuci kereta cuci kereta cuci keretaaa~" Raiza menyanyi nyanyi menurini tangga dengan baju warna putih labuh lengan pendek dan seluar pendek berwarna hitam.

"Rai! Cepatla turun tolong ayahh~" Ayahnya juga menyanyi dengan irama yang direka sendiri. Bapak borek anak rintik.

"Comingg~" Menyanyi lagi..

"A.S.A.P~" Melayan..

Raiza melompat ditiga tangga terakhir.

Kelihatan ayah sedang menyabun keretanya.

"Kenapa cuci kereta Raiza?" Raiza bertanya. Lebih kepada simpati sebenarnya.

"Lah.. Dahtu, takkan tak cuci? Cuci semua kereta la.." Ayah bercakap sambil tangannya ligat menyental tayar.

Semua kereta? Ada 3 kereta okay?! Termasuk kawasaki ninja abang Syahir punya. Lamborgh ayah ibu punya, Honda CRZ abang Khai punya, Mitsubishi Lancer Evo10 Raiza punya, yang tengah basuh ni.. Ok tipu. Lamborgh ayah ibu dah dibasuh pagi tadi lagi. CRZ abang pun baru je habis basuh sebelum Khai mengejut Raiza.

Rambut Raiza yang panjang mengurai diikatnya messy bun. Kain buruk diambil dari tepi baldi yang terisi air sabun.

"Hmm.. Hm.." Raiza mengelap badan keretanya dengan kain yang dah terendam air sabun. Hummingnya berlagu Hati-hati by Amira Othman. Bukan Amira penipu tu okay?

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang