"Abang! Tengok ni!!"
Raiza sudah berada di dalam gelanggang ais.
Sedang meluncur bagai si profesional. Orang lain yang meluncur disitu memberi ruang kepada Raiza tanpa Raiza sedari.
Raiza meluncur laju dengan kemeja yang dah diikat dibahagian bawah.. Dia meluncur laju, melompat dan berpusing sebelum mendarat dengan badan dalam kondisi yang rendah, kaki kanan yang diluruskan dan kaki kiri yang membengkok melipat kebawah memberi keseimbangan kepada badan yang lincah bergerak itu.. Raiza teruskan meluncur dengan pusingan hujung kaki setelah 5 pusingan single dan Raiza berhenti perlahan lahan.. Kelihatan semua sudah berada di tepi gelanggang melihat aksi Raiza.
Habis terbakar mukanya bagai baju kemeja yang dipakai.
"Im sorry!" Raiza ingin mula meluncur mendapatkan abangnya yang sedang berdiri bersandar tepi pintu masuk gelanggang.
Tepukan gemuruh bergema disekitar gelanggang ais itu. Baik yang meluncur dan yang menyaksikan dari atas. Raiza hanya tersengeh.
"Syok ye adik abang ni menari kat situu.. Amboii.." Syafiq mencuit hidung Raiza yang berwarna merah seperti badut itu.
"Ish abang ni.. Rai tak perasan la bang.. Ishhhh.. Maluuu~" Raiza menutup mukanya.
"Ngadaaaaa.. Tadi tak malu eh?" Syafiq menarik tangan Raiza dan mula meluncur seperti peluncur lain..
Khai dan Syahir yang duduk diluar gelanggang agak terkejut dengan aksi Raiza tadi. Impressive dengan adik sendiri. Tak pernah tahu bakat adiknya yang sorang itu..
Lepas Syafiq dan Raiza meluncur bersama dengan pelbagai aksi, mereka melangkah keluar dari gelanggang setelah jam sudah menunjukkan hampir 05:30.
"Wah wah wah.. Ada orang tu sampai lupa dunia main skate kat gelanggang ehhh.." Syahir memeluk tubuh dan bercakap dengan nada yang sangat la sakarstik.
"Jealous~~~" Raiza berjoget joget didepan Syahir bagai penari aloha dekat Hawai..
"Ehem.. Em cik?" Raiza yang sebok menari tadi terhenti tariannya. Berpusing menoleh ke arah suara tadi.
"Oh. Ya?" Muka Raiza sekali lagi memerah.
"Boleh saya bercakap dengan cik secara personal?" Individu tadi sudah ingin mula menarik tangan Raiza.
"No. She'll never talk to you by her self. Cakap sini." Khai sudah berjalan kehadapan Raiza, melindungi adiknya dan menepis tangan lelaki tadi.
Lelaki? Ya. Lelaki.
"Alright then.." Dia mengangkat tangan paras bahu.
"Mcm ni, saya Ziqri.. Saya seorang pelatih profesional dalam Ice Skating. Saya ada di sekitar gelanggang tadi melihat aksi cik ni." Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ziqri menyerahkan sekeping kad kepada Khai.
"So?" Khai memandang lelaki tadi dengan pandangan kosong.
"So, saya kat sini nak offer cik ni masuk kelab saya. Dia boleh jadi penari gelanggang ais yang terkenal.. Why not?" Ziqri memandang Raiza yang sedang menyarung kasut converse hitamnya, tersenyum manis.
"We will think about it. So, excuse us." Syahir menarik Raiza kedalam pelukannya dan berjalan keluar dari tempat itu.
"Samekom!" Syafiq mengangkat tangan dan berjalan keluar dari tempat itu mengikut langkah abang abangnya sambil menjinjit kasut ice miliknya dan milik Raiza.
×××
"Kenapa abang blah je? You know that ice skating is apart of my life kan?" Raiza memeluk tubuh memandang Syahir.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...