Bab 30

571 38 3
                                    

Nota kepala
Disebabkan ada member yang baca buku ni, dia suruh sambung cepat, so, here it is .. Aku ingat nak sambung kalau dapat 1k viewers, tapi.. takpela.. For you My Friend....

Raiza berjalan di taman hospital bersama gitar akustik berwarna hitam ditangannya. Dia memilih bangku yang berhadapan dengan tasik buatan manusia itu.

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Raiza memetik gitarnya mengikut melodi lagu itu..

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Raiza mendongak melihat langit yang gelap ditaburi bintang dan diterangi sang rembulan..

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin di taman hospital itu bertiup lembut menyentuh pipi gebu Raiza.

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Kalini, suara Raiza bergetar perlahan sambil masih meneruskan nyanyian

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Raiza leka bermain alat music kegemarannya dengan ditemani bayu angin yang lembut menerpa ke mukanya yang mengalir mutiara jernih sekali lagi..

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Raiza mengahiri lagu itu dengan outro plucking. Licik jarinya memetik tali gitar itu.

Raiza memandang ke arah tasik buatan itu dan memeluk lututnya. Gitar tadi sudah ditegakkan di sebelah kirinya. Cardigan paras peha berwarna hitam itu menutupi badan tersarung tshirt berwarna chocolate dan skinny jeans berwarna hitam. Tudung bawal berwarna hitam di selempang kiri kanan luar dari cardigan..

"Lepas abang Syaf.. Qid pulak.. Haih. Kenapa mesti orang yang aku paling sayang nak lupakan aku? Aku memang tak layak di ingati.. Ke?" Raiza memandang Converse highcut berwarna hitamnya yang tersarung di sepasang kaki comel itu.

"Bukan macam tu.. Allah nak uji kau. Keimanan kau. Dia nak naikkan darjat kau. Sebab tu dia uji kau mcm ni.. Mesti kau kadang kadang rasa kau tak cukup kuat untuk ni kan? Tak.. Allah berfirman didalam surah al-Baqarah ayat 233 juzuk dua.. 'La tukallafu nafsun illa wus'aha,' yang membawa maksud,  'seseorang takkan dibebani lebih dari kesanggupannya'. Jadi Allah tau kau boleh lepasi ujian ni. Cuma hati kau kena kuat sikit je. Aku tau Qid kau tu mesti baik gila dengan kau. Or maybe havin a relationship with you? Or something else? Tunang perhaps? Thats why Allah nak uji kesetiaan kau kat situ jugak.."

Raiza masih lagi memandang ke arah tasik. Telinganya tekun mendengar suara itu berbicara. Dia kenal. Tapi.. Mungkin hanya kebetulan.

"What if I'm cheating or suicide?" Raiza bersuara tanpa berpaling.

"Thats mean you have failed your test. Nauzubillah hi minzalik. Minta jauh la bab bunuh diri tu. Tak bau syurga kau nanti.." Tuan empunya suara meraup wajah. Dia masih berdiri dibelakang Raiza.

"Thanks Mr.." Raiza berpaling.

Gasp!

"Qidran.." Mata Raiza kembali berkaca.

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang