Skateboardnya meluncur laju memasuki kawasan perkarangan sekolah. Awin Raiza membuat heelflip melepasi 3 anak tangga sebelum masuk ke kawasan dalam bangunan sekolah. Tidak berkelip mata mata pelajar yang sempat memerhatikan Awin Raiza dgn aksi skateboardnya.
PAPP!
Papan luncur Awin Raiza selamat mendarat di kawasan dimana loker ditempatkan iaitu dibahagian laluan selepas pintu masuk sekolah. Dia meluncur laju ke lokernya.
Dia tidak nampak kelibat Grey dimana mana. Adakah dia terlalu awal? Jam di pergelangan tangan ditiliknya. Jarum pendek di nombor 7 dan jarum panjang di nombor 6. Mungkin bangun lambat kot. Fikir Awin Raiza memandangkan Group Whatsapp mereka berempat masih aktif sampai tengah malam menceritakan dari A sampai Z tentang semalam. Bagaimana Deen kenal Am, siapa Am, bagaimana Am, dimana kelas Am, sebab break and all that nonsense stuff. Awin Raiza hanya menjadi 'silent reader' dalam group tersebut sekali sekala menanyakan beberapa soalan dan mengajukan beberapa pendapat. Tapi takde lah pulak nak cerita pasal prank yang sebok bermain dalam kepala otak tang bergeliga Awin Raiza tu.
Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7:45, masih tak nampak bayang rakannya pun, hatinya tergerak untuk 'check it out' di mana kelas Am terletak. Oh.. Rupanya kelas senior tersebut di aras atas kelasnya sahaja. Betul betul di atas kelas mereka. Untungnya nasib Awin Raiza, meja mereka semua telah ditampal sticker berwarna biru untuk lelaki dan pink untuk perempuan dengan nama masing masing tertulis di atas sticker tersebut. Baru bergerak merentasi beberapa meja, tertera nama Amran dia atas sticker berwarna biru tersebut. Dan nasibnya baik sekali lagi apabila dia baru teringat semua pelajar tingkatan 5 akan berada di dewan untuk motivasi awal tahun untuk SPM tahun ini. Cepat cepat dia mengeluarkan gam gajah yang berada di dalam beg nike berwarna hitamnya dan terus mengamkan kerusi Amran. Di tempat duduk mahupun tempat sandar. Nasib warnanya jernih.
Baiknya nasih si Awin Raiza harini.
•••
Dia menapak ke kelas dengan hati yang senang bila jam sudah menunjukkan hampir pukul 8. Begnya diletakkan di kerusi dan terus ke tempat Marsh, Deen dan Grey melepak.
Sebenarnya, Grey yang membawa kerusinya ke tempat duduk Marsh dan Grey.
Grey berganjak sikit untuk memberi ruang kepada Awin Raiza untuk duduk. Tapi, Awin Raiza terus duduk di atas meja antara Marsh dan Deen. Deen kelihatan gembira sedikit hari ini memandangkan malam tadi telah berlaku satu sesi perbicaraan di dalam group whatsapp. 'Tunggu berita lepas ni pulak, confirm kau lagi gembira,' Bisik hati kecil Awin Raiza.
"You are late today Awin Raiza. Why?" Tegur Grey selepas mereka kehabisan idea untuk bercakap. Sekali lagi nasib si Awin Raiza ni baik, sebab Puan Rash tidak hadir kerana sakit.
Tiada guru ganti.......
"Hah. Kenapa lambat?" Marsh dan Deen bertanya serentak. Terhambur gelak kami. Bagi kami ianya sangat mencuit hati. Hahaha.
"Aku dah datang awal tdi. Aku tunggu korang nak dekat 15minit jugak la, aku bosan aku pergi la toilet pastu aku gerak cafe beli air." Bohong Awin. Dia nak rancangan tadi jadi kejutan. Hahaha. Gelak setannya sudah keluar.
Semua pelajar tingakatan 5 sudah berada dalam perjalan balik ke kelas masing masing. Tak sabar rasanya dia untuk melihat rancangannya berjaya. Terlihat kelibat Amran sedang gelak ketawa dgn rakan rakannya semasa menaiki tangga. 'Gelak la kau puas puas sekarang, lepasni aku pulak gelakkan kau' Habislah.. Keluar sudah tanduk si Awin Raiza. Cepat cepat dia menarik tangan sahabat sahabatnya naik ke kelas 5 Akaun 2.
Mereka seperti kerbau dicucuk hidungnya mengikut sahaja langkah Awin Raiza ke kelas Amran. Lansung tak bersuara.
Kami memerhati Amran dari luar tingkap kelas mereka. Nasib tiada yang perasan kerana semua sudah berkerumun di tempat Amran. Bising. Aku hanya suruh mereka memerhati Amran.
Alangkah terkejutnya classmates mereka apabila seluar dan baju sekolahnya terkoyak akibat penangan gam gajah Awin Raiza. Terus kami berlari menuju ke kelas. Diam. Pandang muka sahabat masing masing. Terhambur gelak tawa mereka yang ditahan dari tadi.
Hahahahahahahhahahahahhah. Tanpa henti. Rakan sekelas kami sudah pelik melihat kami yang bagai orang gila.
"Omg, did you guys see that?"
"Ya tohan, are you the one who did that prank Awin Raiza?!"
"Kk stop. HAHAHHAHAHAHAHA. K stop." Grey, Marsh dan Deen gelak tanpa henti. Terutama Deen. Sampai merah berair air mata kerana ternampak boxer Am berwarnya merah hati dan baju dalam berwarna putih "I Love Mom"Hanya Tuhan sahaja yang tau betapa seronoknya mereka. Terutama Deen.
"Sumpah la aku cakap, aku pantang tengok member aku sedih sebab jantan. Hampa belum kenai aku sapa. Hahhaha" Tawa Awin Raiza masih bersisa dalam percakapannya. Deen bangun terus memeluk Awin Raiza.
Masih. Rakan sekelas mereka hanya memandang mereka pelik.
Hari ni berlalu cukup pantas.
Am lalu dihadapan mereka dgn pakaian sekolah. Mungkin dipinjam oleh guru? They don't care.Malam itu mereka tak habis habis bercerita tentang perkara pagi tadi di Skype. Berguling guling Deen sampai jatuh katil. Hahaha.
Offline. Masa untuk tidur.
![](https://img.wattpad.com/cover/56859460-288-k380616.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Roman pour AdolescentsMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...