Bab 36

489 34 0
                                    

"Yeay yeay ice skate classes!" Raiza menyanyi nyanyi sambil menapak masuk kebiliknya.

Tudung dibuka dan dicampak keatas katil. Mencuci kereta memang bagai azab baginya. Tapi seronok, dapat main air!

"Rai.. Mandi atau tukar baju cepat. Kita pergi subang.." Syafiq mengetuk pintu bilik Raiza dan seraya bercakap dengannya dari luar bilik.

Persis orang gila. Cakap dengan pintu tak bernyawa.

"Ha okay!" Raiza bingkas turun dari katil dan menuju ke tandas. Bilas badan sikit. Berpeluh katanya.

×××

"Ish.. Tak sangka aku boleh lari secepat ni.. Panjat tangga menegak pulak tu.. Err.. Kalau kena tangkap ni, maunya Raiza benci aku sampai mati.." Seseorang bersuara kecil sambil terbaring mengurut dada dan melepaskan keluhan lega.

×××

Baju lengan panjang loose dan labuh berwarna biru muda menjadi pilihan Raiza. Lansung dia lupa akan satu hal itu. Skinny jeans berwarna hitam menjadi pilihan sebagai OOTD Raiza pada hari yang boleh dikatakan agak indah bagi Raiza. Tudung bawal berwarna biru juga disarung dan dipinkan ekornya kebahu kiri dan kanan.

Menepek sedikit bedak compac dan mencalit sedikit eyeliner serta vaseline ke bibir menjadi rutin jika Raiza ingin berjalan.

Iphonenya dicapai. Terus berlari menuruni tangga.

Ok tak. Dia slide dekat pemegang tangga itu sampai kebawah.

"Bertuah punya budak! Kalau jatuh tadi sesia je kena reject dengan Qid awal awal!" Syafiq dah mula nak mengusik sambil menyiku lengan Qid yang sedang termenung memandang kaca tv di sofa.

"Accept me by who I am and who I was. I don't need somebody who love me by looking someone else in me. Huh." Raiza berpeluk tubuh dan menjeling abangnya serta Qid.

"Yela yela.. Adik abang.. Kau sejak bila pandai menjawab ni?" Syafiq sudah berdiri dihadapan Raiza dan mecubit kedua belah pipi milik Raiza sampai warna kulit mukanya bagai udang kena panggang.

"Kurang asam punya asam!" Raiza mengejar Syafiq keluar rumah tanpa menghiraukan mata mata yang melihat dirinya sebagai drama.

"Okk dah. Abang penat. Abang puasa laa..." Syafiq menunduk termengah mengah dia bercakap.

"Dasar pakcik kerepot. Blah la ish." Raiza mula menapak masuk kedalam rumah.

Kelihatan Khai, Syahir dan Qid sudah berada didalam kereta milik Raiza.

"Abang nak pergi mana?" Raiza bertanya sebaik sahaja Khai menurunkan tingkap kereta.

"Nak pi ice skate class kan? Abang nak hantar. Nak tengok jugak mcm mana kelas dia.."

"Ha. Ingat abangs abangs kacaks awak ni nak biar awak lepas macam tu je pergi tempat yang tak familiar centu? Harapan.." Syafiq sudah membuka pintu belakang dan berangan angan ingin masuk kedalam perut kereta.

"Yang Qid dengan kau pun ikut kenapa?" Raiza menyoal. Lebih kepada pelik. Tadi nak main ps la.. Eh.

"Okk. Im out. Blah Syaf. Aku keluar." Qid bagai merajuk.

"Ayokk.. Tak tayokk. Qid merajuk.." Syafiq menggerak gerakkan jarinya memandang Raiza. Sama dengan Syahir yang duduk disebelah Qidran.

"Er.. B.. Bukan.. Tadi Qid kata dia datang nak teman abang main Ps . So mcm.. Ha. Okay la.. Tup tup korang reramai hantar buat rombongan sekali. Tu.. Tu pelik.. Qid.. J.. Jangan la merajuk. Huduh." Tak semena mena dah kena kutuk dah Qid pulak.

"Kau nak pujuk pun gak gak la Rai.. Siap kutuk aku plak.." Qid memandang Raiza sekilas dan berpeluk tubuh.

"Dah dah..Enough with all this drama. Simpan masa korang kawin nanti. Rai, masuk kereta. Kita janji nak jumpa mamat tu pukul 1200." Khai sudah malas melayan perangai adik adiknya dan adik iparnya. Eh?

×××

"I'm in love.. I'm in love.. I'm in love with a monster.." Raiza menyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan oleh radio Hitz.Fm sambil matanya dibuang pada pemandangan luar.

"Qid is not a monster Ms.Raiza,". Syafiq.

"Well hello he is. He he attack my heart and my soul with his eyes and his smiles and ofc with his dimples.. Oh my gosh.. And there is no Ultraman could beat him down.." Raiza bersuara persis gadis yang sedang angau bercinta.

"Ehem.." Qid berdeham. Lantas Raiza tersedar dari lamunan.

Sumpah dia terlupa kehadiran raksasa yang dia baru puji tadi.

"Nn.. No.. No.. I meant.. Er.." Raiza mati kata.

Terhambur gelak seisi perut kereta melihat muka Raiza yang sudah memerah.

"Sh.. shut up!" Raiza menjerit. Tapi tak diendahkan lansung leh abangnya. Dan dengan itu Raiza memeluk tubuh dan hanya membuang pandangan keluar tingkap. Malas melayan.

×××

"Okay. Breath in and out.. Tenang okay.." Ziqri berdiri memeluk tubuh memandang Raiza yang sedang berdiri tegak dengan hujung kaki yang disarungkan kasut luncur.

"Semua ni untuk apa?" Raiza masih lagi berdiri tegak dengan tanfan diangkat keatas lurus bagai patung lilin.

"Kestabilan." Ziqri menjawab sepatah tersenyum senget melihat Raiza.

"Now, kuak kaki sebelah kanan dan bengkokkan kaki kiri serta rendahkan badan paras lutut kiri dan berpusing.." Ziqri beranjak kebelakang memberi Raiza ruang.

Raiza hanya menurut sehingga dia jatuh terjelepuk hampir 5 kali.

"Whatta.." Raiza cuba bangun untuk mencuba lagi dsn sekali lagi dia gagal.

"Saya nak pergi solat Zuhur kejap." Raiza terus meluncur kearah pintu masuk gelanggang itu sebelum Ziqri menberinya kebenaran.

"You okay?" Syafiq bertanya sambil memaut lengan Raiza supaya gadis itu mendapat keseimbangan.

"I think. Can we talk about this outside?" Khai membuka satu persatu tali kasut luncur Raiza.

Raiza hanya menurut. Mungkin tak larat nak bertekak. Dah la tadi dah buat dosa kering kat mamat tu..

"Rai.. Don't you think dia nak amik kesempatan atas Rai?" Syafiq memulakan bicara setelah setapak kaki mereka ke luar dari tempat meluncur itu.

"Why do you think so?" Raiza mengangkat keningnya dan memandang Syafiq.

"No lah.. Tengok la tadi. Dia kata nak praktikkan keseimbangan Raiza. Don't you think it's to obvious? Dia tau Rai pandai meluncur and yah dah mcm profesional.. Why must him nak uji kestabilan Raiza lagi?" Syafiq memeluk tubuh. Khai Qid dan Syahir hanya mengangguk mengiyakan fakta yang dikeluarkan oleh Syafiq.

"Tengok la tadi.. Kan Rai jatuh banyak kali bang.. Maknanya Rai tak bagus lagi la tu.." Raiza bersuara perlahan. Dia letih.

"Tu sebab kaki tu letih penat kejang berdiri lama mcm tadi tu. Ingat abang tak kenal Rai ke Raiza?" Syafiq masih mempertahankan faktanya.

"Okk fine. Kalau Rai masih nak teruskan.. Go ahead. I won't stop you." Syafiq mengangkat tangan separas bahu tanda mengalah.

Raiza hanya melangkah pergi memasuki kawasan kelab luncur ais dan menyarung kasutnya untuk berlatih lagi.

Tanpa disedari, babak tadi telah diperhati.

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang