Bab 26

595 41 0
                                    

Syafiq sudah mula tinggal bersama ibu dan ayah kandungnya. Finally..

Maklong dan Paklong gembira dengan berita tersebut bila disampaikan melalui skype. Gembira kerana akhirnya Syafiq dah boleh balik kepangkuan keluarga. Tak ada lah nak tengok Syafiq asyik murung je..

Masa berbuka tadi, mereka sekeluarga berbuka puasa di Kl tower. Sungguh meriah. Lebih meriah dari sebelum ni hanya berlima.

Di meja makan..

"Patutlah haritu Pak Leman tu kata dia ada jumpa abang Syaff dekat ladang kuda tu.. Pastu Raiza cakap la abang dah tak ada. Pastu terus gerak.. Tinggalkan pakcik tu dengan muka confius dia.. Seram Raiza haritu.. Pastu balik kena marah dengan abang Khai.."

Khai tergelak. Yela.. Mana taknya dah nak senja baru balik. Sorang pulak tu..

"Tau tak apa yang bawak Raiza pi ladang kuda tu? Sebab Rai ingat Rai jumpa hantu abang Syaff tengah minum starbucks.." Meletus ketawa mereka sekeluarga. Tapi Raiza hanya memandang mereka sambil menyuap lamb chop kedalam mulutnya.

"Serius laa.. Dah la Raiza tengah nak lepas mood bosan.. Datang pulak hantu. Pastu dah keluar tu terlanggar Qid. Nampak dengan perempuan lain pulak tu.. Sakit hati Rai.. Tapi rupanya tu kakak dia. Hahaha." Raiza gelak sendiri. Krik krik bunyi cengkerik keluarganya keluarkan.

"Siapa Qid?" Ayah.
"Qid tu budak ke?" Ibu.
"Tapi kenapa Rai kata perempuan lain sakit hati semua?" Ayah memandang ibu.

Raiza tau dia sudah terlepas cakap. Dari anak matanya, dia nampak Syafiq sedang menahan tawa. Muka Raiza sudah menaik rona warna merah.

"Qid tu boyfriend Raiza." Syahir selamba menjawab.

Khai hanya mengangguk sambil menyedut sedikit fresh orange dari gelasnya.

"Hoi!" Raiza hampir mengorek biji mata abang Syahir yang berada di depannya dengan garfu. Phew. Seram.

Nasib tangan Raiza pendek.

"Tangan pendek." Syahir ketawa.

Ayah dan ibu hanya memandang Raiza meminta penjelasan. Pelik. Anak gadisnya selama ni tak pernah pun nak main suka suka ni..

"Alaa.. Abang Syahir la ni.. Ish.." Raiza menendang kaki Syahir dari bawah meja. Raiza memandang ke arah pinggannya yang masih berisi sedikit lamb chop.

"Qid tu..."

"Qid tu kawan sekolah kitorang. Rai ni ada kawan perempuan tiga orang. Tapi ada sorang mamat ni suka gak la menyebok kalau gosip gosip dorg empat orang perempuan. Tu nama dia Qid. Fariz Qidran. Dia duduk sebelah Raiza sebelum ni sebelum Syaff datang. Pastu sekarang Qid duduk sebelah Syaff. Sebab time tu dia tak kenal Syaff lagi. Qid takut Syaff apa apakan Rai.. Sebab masa first time Rai nampak Syaff, dia pengsan."

Syafiq tersengeh memandanf Raiza yang berada disebelahnya. Menarik nafas panjang dan menyambung..

"So, dia suruh Rai duduk sebelah Ridhuan. Ridhuan ni abang dia. Lahir lain tahun tapi abang dia tu tahun lompat. Ridhuan lahir 98. Tapi dari pandangan Syaff dua bulan ni, Qid tu budak baik. Takde buat pasal pun. And thats why la Syaff berani cakap Qid tu budak baik. Ok kesimpulannya Qid tu crush Rai."

Ngap. Masuk satu potongan chicken chop kedalam mulut.

Semua ternganga mendengar penerangan panjang lebar Syaff. Terutama Raiza. Tak tau pula Syaff sangat prihatin dan teliti walaupun baru dua bulan kat sekolah tu..

"Ha.. Ha ada tambahan! Qid tu orang paling cemburu bila Raiza cakap Abang Syahir tu boyfriend Rai. Muka dia merah je lepas duduk tempat dia balik tu Rai tau.."

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang