"ARCHERY!"
Raiza melompat lompat didepan pintu masuk yang mempunyai papan tanda "selamat datang ke pusat memanah"
Syahir menggeleng melihat telatah adik saudaranya sorang ni. Alahai..
"Suka?"
"Tak!!"
"Ok jom balik"
"Abang ni bang ke ngang? Dah Rai melompat mcm monyet tadi mesti la Rai sukaaaaa!"
Belum sempat Syahir cakap apa apa Raiza memeluk abang saudaranya.. "Saaaaaayangg abang!" Pipi putih itu dikucup lembut oleh Raiza.
×××
"Katniss Everdeen versi Malaysia, Wow!"
Satu panahan pun tak pernah miss. Tepat kena sasaran warna merah ditengah.. 100pt!
"Lama rasanya tak memanah dah.. Tapi perkerja kat sini tetap kenal Rai. Heh. Seronok gilaaaaaaaaaa"
Rai kononnya nak peluk Syahir yang ada dekat lane sebelahnya tu. Tapi Syahir berundur. Sengaja. Hehe..
Guess what? Panah dan busur Raiza bukannya mcm panah dan busur biasa yang korang korang pi main kat mana mana centre memanah.
Panah mereka dibuat daripada kayu. Absolutely kayu semata. Ringan..
"Abang tak suka Rai dok muram mcm tadi tu. Tengok tengok.. Ciri ciri abang yang baik.. Kan?" Syahir mengangkat ngangkat keningnya.
"Cehh.." Raiza buat muka..
Busur diletakkan di atas meja. Dia duduk dan menyedut green tea yang di ordernya tadi..
Syahir mengambil tempat di sebelah Raiza.
Lepas asar, Raiza dan Syahir bersiap untuk pulang. Mereka solat disurau yang disediakan.
"Abang.. Jom pergi jalan jalan kl kejap?"
"Buat apa? Kang balik lambat kena bebel dgn ibu ayah.. Oh, tak lupa Abang Khai kesayangan.."
"Alaa keluar dgn abang kott.. Kejap je abang.. Duk rumah tak buat apa pun.."
"Dengan busur ni lagi?"
Oh yaa.. Tadi cik yang menguruskan tempat ni kata dia boleh bawa balik busur dan panah miliknya kerana dulu dia masih kecil tak dapat kepercayaan org dia dapat jaga busur berharga tu. Tapi sekarang.. Dia dah boleh diharap. Maybe...
Syahir menyandang beg sekolah Raiza.. Syahir yang sedia berada dia atas motor menghidupkan enjin, menegakkan kawasaki ninjanya dan Raiza melompat naik membonceng motor itu. Beg berisi panah disandang Raiza di bahu sebelah kiri.. Busur pula disilangkan ke badannya.
Daripada 140km/j Syahir memperlahankan motornya semasa sudah sampai area Kuala Lumpur. Bandar yang sebelum ni berlumpur dan sekarang sudah membangun pesat. And for sure, even now, Kuala Lumpur masih dalam proses pembangunan..
Raiza melompat turun dari motor dan berjalan di sekitar dataran merdeka. Ramai mata mata memandangnya pelik..
Mana taknya, dengan busur la segala. Nak memburu kot?
Ouch!
Hampir tersungkur Raiza dibuatnya apabila seseorang melanggarnya dari belakang.
Lelaki kurus keding berpakaian lusuh berlari pantas sambil memegang tas tangan berwarna hitam. Eh apa kes do.. Dah la bawak beg perempuan..
"Weh berhenti!" Suara lelaki yang sedari tadi surub lelaki itu berhenti.
Ohh.. Pencuri la tadi tu.. Apa la kau lembab sangat Rai..

KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Ficção AdolescenteMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...