Semalam, Raiza terus balik ke rumah lepas solat asar. Dipaksa Syafiq memandangkan si Raiza berada dalam keadaan yang sangat lemah.. Harini, dia melawat Qid lagi..
"Assalamualaikum.. Hi Fariz Qidran.."
Sekembalinya Raiza ke hospital melawat Qid selepas usai solat asar, membaca yassin, berbuka di cafe, bersama Khai, Syahir, Dhuan dan Syafiq.
Dia sudah lama berada di hospital.. Cuma tiada kekuatan. Sekarang, dengan kudrat yang bersisa dia bergerak menjenguk Qid.
Ridhuan yang sudah bergerak kedalam bilik rawatan Qid meninggalkan Raiza, Syafiq, Khai dan Syahir berbincang entah pasal apa.
Sekembalinya Raiza kedalam bilik Qid, kelihatan Ridhuan sudah melentokkan kepala ke tepi katil Qid. Raiza menapak keluar dan berjumpa Syahir. Syafiq dan Khai yang berada di bilik tv asyik memandang kaca tv yang entah menyiarkan entah apa apa cerita.
"Abang.. Could you do me a favor?" Raiza menegur abangnya yang berada di kaunter nurse.
"Yes my dearly sister? Ada apa?" Syahir memandang adiknya yang mukanya layu bak bunga nak mati.
"Abang masukkan la satu lagi katil dalam bilik Qid. Sian Dhuan.. Nanti dia pulak sakit.." Raiza berkata sambil memandang ke arah pintu bilik Qid.
Syahir hanya mengangguk dan memanggil nurse yang bekerja dibahagian pembersihan.
Katil berwarna putih beroda dibawa masuk dan diletakkan disebelah katil Qid.
Raiza memeluk abangnya dan masuk ke dalam bilik menemani Qid.
"Dhuan.. Dhuan.. Bangun la.. Kau baring kat katil tu. Aku dah amik satu katil untuk kau." Dhuan dengan mata yang terpisat pisat hanya mengangguk. Dia letih. Raiza faham.
"Kau taknak rehat ke Rai?" Dhuan bersuara dari pembaringannya memandang Rai dan Qid silih berganti.
"Kau rehat je la. Aku ok." Raiza menongkat kepala memandang wajah yang masih tertutup matanya.
"Weh.. Qid.. You better wake up.. Talk to me is better than sleep tau.. Qidran.. I miss you.. Jangan la tidur masa aku bangun.. Tak aci tau weh." Suaranya terketar ketar pabila berbicara dengan Qid yang tidak akan menjawab. Ya. Takkan. Buat masa sekarang. Mukanya menunduk menghadap kaki yang disarungkan converse hitam highcut.
Matanya berkaca.
"Kau menangis dah kenapa.. Walaupun aku tak kenal kau.. Tapi, you better dont. Aku tak suka." Suara yang dia amat amatlah teramat kenali.
Sepantas kilat Raiza mengangkat muka.
"Nurse!!! Abang!!!" Raiza menjerit. Dhuan yang sedang lena diulit mimpi terus tersentak. "Gash.." Ridhuan mengeluh. Terkejut la woi!
'Dia kata tak kenal kau? Memain la Qid ni..' Raiza memandang Qid dengan senyuman dan air mata menemani senyuman itu. Qidran memandangnya dengan pandangan kosong.
"Qid.. Syukur kau dah bangun weh. Aku risau kau tau. Lebih lebih lagi Raiza. You should be glad to have her as yourrr.. I dont have an idea with that. hehehe" Ridhuan memandang adiknya yang masih berbaring diperiksa oleh beberapa orang nurse dan abang Syahir.
"Aku ok kot bang.. Jangan nangis bang. Hahaha." Qid tergelak lemah.
"Raiza.. Dhuan, boleh abang cakap dengan korang? Kalau boleh.. Call your parents sekali Dhuan.." Mata biru Syahir bertukar menjadi biru pekat. Memandang dua orang manusia kecil didepannya.
Dhuan mengangguk. Dia bergerak jauh dari mereka berdua dan mengeluarkan Sony Xperia Z5 nya.
"Abang pakai lens?" Raiza menjongketkan kakinya mendekati muka Syahir.

KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Novela JuvenilMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...