Nota kepala
And again guys, I've been pushed to continue my writing by my friend! Ish! Tak semenggah betul sampai dok spam my wechat and whatsapp. Sakit la otak jadinya. Hahaha. okk for you my best, I'll continue non stop!Enjoy!
"Hmarghh.." Raiza duduk dan menggeliat meregangkan otot otot badanya yang mengecut semasa tidur..
Matanya digosok gosok bagi menghilangkan aura mengantuk yang masih tergantung dimatanya.
Raiza membuang pandangan keluar tingkap. Cahaya matahari memancar menerangi biliknya yang berwarna kelabu itu..
Perempuan period, biasa la bangun lambat.. Ish...
Raiza masih lagi bermalas malasan diatas katil.. Mengira ngira untuk tidur balik atau tidak.. Dia bersandar di kepala katil. Masih membuang pandangan keluar tingkap. Matanya berwarna coklat gelap yang tertangkap cahaya itu, bertukar menjadi warna hazel.
Ish.. Memang normal la gais. Korang pi tengok cermin kalau mata korang kena cahaya matahari jadi warna apa..
Raiza bangun turun dari katil dan mengatur langkah ke bilik air. Mencuci muka dan menggosok gigi. Menukar ehem dan keluar semula duduk di atas katil selepas mengeringkan muka dengan tuala lembut.
Iphone 5s gold miliknya dicapai.. 09:45..
Raiza bergerak keluar dari bilik. Biliknya dibiarkan bersepah. Nanti nak masuk balik. Sekarang dia tengah starving.
"Hm.. Nak makan apa.." Raiza berjalan kearah dapur sambil kepalanya mencongak apa yang boleh dimakannya..
Peti ais dibuka. Oh. Tak bukak lagi.. Dia ternampak kertas putih ditampal di peti ais..
"Hi Rai, goodmorning dari abang abang kacaks.. Makan la pizza yang ada dalam oven tu.. Abangs kacak, ibu ayah keluar kejap. Pergi hospital. Nanti abangs balik, kita pergi beli baju raya!!
-Abangs abangs Awin Raiza."
Raiza tersenyum senget. Confirm kerja si budak tak cukup kematangan ni.. Abang Syafiq..
Raiza berbisik sendiri.
Dia memanaskan Pizza yang sedia berada di dalam oven.. Rambutnya yang panjang di ikat messy bun.
Ting!
'Wah.. Dah panas.....' Raiza menyarung sarung tangan dan mengeluarkan Pizza yang baru dipanaskan tadi.
Raiza menuang air suam kedalam cawan, mengangkat pinggang yang berisi Pizza ke meja depan ruang tamu.
Makan!!
×××
"Assalamualaikum.." Qid yang baru lepas memakai baju tersentak. Siapa yang datang pepagi buta ni..
09:30
"Waalaikumussalam.." Qid bergerak keluar dari tandas dan melihat abang Khai, Syafiq abang Syahir serta dua orang tua yang agak familiar bagi Qid.
"Hi Qid.. How's your feeling today?" Syahir memegang buku catatan sambil memandang Qid sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.
"I'm too way fine abang.. Heee" Qid tersengeh.
"So, my ipar-to-be, bila boleh keluar?" Khai menepuk bahu Qid.
"Tak tau la bang.. Abang Syahir tu ha nak tengok apa pun tah tak tau la dia.." Qid memuncungkan bibirnya sedepa engkoo~
"Hahahaha. Hodoh la woi.. Rai tengok ni, dia reject kau awal awal tau.." Syafiq tergelak. Yela.. Lelaki merajuk? Haha..
"Eh kau.. Sesedap. Kau datang dengan abang Khai ni pahal? Cemana kau kenal abang Khai?" Qid masih tersengeh..
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...