Bab 45

529 36 0
                                    

"Akak!"

Qidran menjerit kecil. Raiza yang kini berdiri dibelakangnya hanya tergelak kecil.

"Ooooo.. Ni kerja awak ye Qidran! Patut la taknak balik! I'll tell mama and papa!" Iris mencekak pinggang.

"Kak. No.. Bukan mcm tu kak.. mi emoziono e io non riesco a controllarmi! sis, non ti senti felice qualcuno visto che si ama è finalmente svegliarsi da un sonno lungo tempo ?!" Ah sudah.. Keluar pulak bahasa Itali Qidran.. I get excited and I just can't control my self! Sis, don't you feel happy when you finally get to see someone that you love is finally wake up after a long time sleeping?!

Iris hanya ketawa kecil. Dia faham dengan perasaan adik bongsunya itu.

"Pergi mandi sana." Iris mencampakkan beg kertas yang berisi baju dan seluar Qidran. Qidran menarik muka masam kerana kakaknya lansung tidak memberi respon malah, memalaunya sebaik mungkin.

"Jadi, Raiza, Raiza okay? Qid dah cerita semuanya.." Iris duduk disebelah katil Raiza dan memandang wajah yang agak pucat itu. Raiza tersenyum.

"Saya ok kak.. Alhamdulillah semua ok. Kadang kadang je sakit dekat bahagian kena tembak tu.. But, so far, everything is okay." Raiza memandang beg plastik yang berada di atas meja di sebelahnya.

"Oh! Rai, ni akak bawak makanan dari rumah, mama masak. Dia kata Raiza suka ayam masak merah, so, dia bekalkan nasi lemak dengan ayam masak merah. Literally home made!" Iris membuka bekas yang berwarna lut sinar itu. Dua bekas semuanya.

"Satu ni untuk Qidran?" Iris mengangguk. Raiza juga mengangguk. Nasi lemak yang harum semerbak memenuhi bilik itu membuatkan air liurnya kecur.

"Mana mama kakak tau Rai suka ayam masak merah?" Raiza menguis nguis nasi yang terlekat di penutup.

"No idea.." Iris menjongket bahu.

"Waaahhhhhh! Nasi lemak!!" Qidran terus meluru ke arah kerusi yang Iris sedang melabuhkan punggung. Lantas dia menolak perlahan kakaknya dengan punggungnya.

"Maners!" Raiza memandang Qidran.

"Kak, saya nak duduk boleh? Kal dah melantak kat rumah tadi saya tau, jadi bagi la adik yang kacak lagi bergaya ni makan pulak.." Qidran dengan suara manja yang dibuat buat. Kembang tekak.

"Makan kat bawah tu!" Iris memeluk tubuh.

"Dekut!" Qidran bersiap siaga ingin melabuhkan punggung di atas lantai simen putih itu..

"Oi oi.. Duk atas! Kotor la bawah tu!" Iris menarik lengan Qidran.

"Kak ni cakap mcm kel la!" Qidran menjeling kakaknya manja dan terus melantak sesudah sahaja meja beroda itu didekatkan kepadanya.

"Alhamdulillah.." Raiza memegang perut dan tersandar. Seperti juga Qidran.

"Assalamulaikum.." Pintu dikuak.

"Ibu ayah!" Raiza duduk tegak. Tak lekang bibirnya dari senyuman.

"Laa. Dah makan?" Ibu bersuara lemah.

"Haa.. Kenapa bu? Tadi mama Qidran bekalkan Raiza nasi lemak." Raiza memandang ibunya. Tersengih.

"Ibu bawakan wafel, butter dengan syrup your west fav.. But it's okay.. Rai dah makan.." Ibu meletakkan plastik yang berisi wafel ke atas meja.

"Bu.. Meh letak sini bu.. Raiza boleh makan lagi.. Ibu jangan la nangis.." Raiza menarik tangan ibunya seraya memeluk lembut. Qidran mengundurkan diri dan berdiri di tepi tingkap bersandar ke dinding.

"Boleh makan lagi ke? Yela.. Nasi tu banyak.." Ibu masih bersuara lemah.

"Boleh bu... Ni Raiza laa.. Anything for my love!" Raiza mencium pipi ibunya.

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang