Bab 5

1K 60 3
                                    

Melenggang kangkung si Singa betina ni berjalan ke kelas. Tak dinafikan hampir kesemua pelajar yang berada di dalam kelas 4 Sains 1 terkejut dgn kehadiran Awin yang tersenyum lebar. Kalau ikutkan semua pelajar yang akan mengikut Puan Rash ke pejabat dan berjumpa dengan Pengetua tidak akan menjejakkan kaki ke kelas masing tanpa tangisan. Yang ni, bukan takat tangisan. SIAP SENYUM LAGI. Dan ada yang tersenyum kecil melihat Awin Raiza 'selamat' dari cengkaman Beruang kutub, Pengetua dan Syaitan Duniawi, Puan Rash. Hahaha.

Sekarang masa Biologi, Puan Rash jugak. Dia mengeluarkan bukunnya dan menyalin nota nota yang ditulis di papan putih.

×××

"Macam mana kau boleh lepas dari cengkaman depa?" Qid berbisik. Fuh. Terkejut. Masih. Luruh hatinya mendengar suara jejaka tersebut.
"Entah. Pengetua loves me maybe? Hehe" Tersengeh je Awin memandang Qid.

×××

"Macam mana kau escape?!" mereka bertiga tanya serentak ketika masa pertukaran guru. Mmg misteri. Suara mereka bertiga menarik perhatian seluruh warga kelas 4 Sains 1. "Hish korg ni. Slow down your voice please. Ee" Aku cerita A sampai Z apa yang jadi dalam pejabat.

Flashback;
Dalam pejabat Pengetua

"Kamu Am! Kamu akan mendapat pantauan dari guru kaunseling dan pengawas dalam sekolah ni. Kamu akan diberikan tindakan khas dan parents kamu akan dipanggil" Tegas suara pengetua. Belum sempat Amran membuka mulut, Pengetua membidas lagi "Saya taknak dengar apa apa alasan. Pergi ke bilik kesihatan bersihkan luka kamu dan kembali ke pejabat saya. Saya dapat tau kamu lari. Tindakan yang lebih keras akan diambil." sambungnya lagi "Cik Raiza boleh kembali ke kelas. Maaf sebab menuduh kamu bukan bukan."

Am memandang Awin dari anak matanya. Jelas riak ketidakpuasan hati tertera di wajahnya yang dah sumbing. Hahahaha. Kisah apa aku..

End Of Flashie.
***************

Masing masing memang tak menafikan keberanian Awin Raiza itu.

×××

"Weh, aku nak number kau boleh?" Tanya Qid. "Kau tak malu ke mintak terus terang mcm tu je?" Balas Awin tanpa memandang sikit pun muka Qid kerana sibuk menyiapkan kerja sekolahnya. Padahal muka Qid dah macam udang panggang dah. HILANG MACHO!

"Hak alah. Kawan kot. Lek la." Menyembunyikan rupanya yang sudah merah menyala dgn menunduk konon menyiapkan beberapa kerja rumah. Lol?
Awin menghulurkan kertas yang tertera nombor telefonnya, serta namanya "Awin Raiza". Senyuman Qidran tak lekang dari mulutnya. "Hee.. Thank you!" "hmm." balas Awin malas.

×××

"Awin Raiza Dato' Yusuf! Turun kebawah sekarang!"

"Opocot aku taklawa!" Terkejut Awin Raiza yang baru usai solat Zuhur. Kalau masa solat ni, sia sia dia batal solat sebab melatah.

Awin Raiza POV

"Ya ibu.."

"Buat hal kat sekolah lagi ya? Dengar cerita kamu hentam senior kamu? Awin Raiza.. Kamu tu perempuan, elok ke dok pukul orang Awin Raiza? Astaghafirullah.. Ibu tak tau la nak cakap apa dgn awak ni Raiza.. Elok ibu besarkan awak. Tak tau la mana silap ibu dalam besarkan awak.." Terang ibu. Sambil mengurut dadanya. Sambil beristighfar panjang. Aku tau, aku telah menyinggung perasaan ibu lagi.

Tubuh kecil ibu aku peluk. "Ibu, Rai minta maaf. Rai bukan sengaja. Rai tak suka kawan Rai sakit hati. Rai sayang kawan Rai. Bukannya Rai nak sangat pukul lelaki tu. Tapi Rai tak suka kawan Rai sedih. Ibu jangan la sedih. Kan Rai tak kena tahan dgn Pengetua," Aku kesat air mata Ibu. Cium pipi dan dahi ibu. Sungguh aku hancur melihat ibu menangis.

"Rai jangan buat benda tak baik ya nak?" Ibu usap rambut aku lembut.

"Ibu.." Aku dah bersila atas lantai menghadap ibu. "Skateboard Rai patah. Skateboard yang abang bagi. Skateboard abang," Air matanya deras mengalir. Diseka, tapi masih mengalir. Ibu diam. Memandang aku yang sedang menangis teresak esak dalam pelukan ibu. "Macam mana boleh patah, Rai?" Ibu tanya. Lembut. "Senior yang Rai pukul tu dia patahkan skateboard Rai. Sebab tu la Rai pukul dia. Rai sayang skateboard Rai mak. Abang punya..." Ibu diam. Ibu bangunkan aku yang sedang berada dalam pelukkan hangat ibu. Ibu kesat air mata aku. Ibu cakap "Sayang, tak apa la. Kita beli lain. Skateboard tu kita buat hiasan. Simpan? Ya?" Ibu sambung.. "Nanti kita pergi kedai beli skateboard baru untuk Rai." Ibu tersenyum mengharapkan aku juga tersenyum. Ya. Aku turut tersenyum. Aku sayang Ibu.

×××

'Hm..' Qid merenung nombor yang ditulis di atas kertas tersebut. Lalu dia mencapai Iphone 5s berwarna hitamnya terus save number tu. 'Singa Raiza' 'memandangkan si Awin Raiza tu garang dan kasar, jadi.. boleh la nama ni' dia tersengih. Cepat cepat dia membuka ws dan mencari nama 'singa' 'hmm' takut ditipu katanya.

Singa Raiza
'Online'

Yassss!!! Melompat lompat Qidran didalam biliknya. 'Ingatkan dia tipu'

Singa Raiza
Online

Hi

Siapa ni?
Mana dapat number?

Ni Qid yang handsome, kacak tampan dan bergaya


Awin Raiza POV

Eyuuwwww siap emoji lagi. Malas aku nak melayan. Serius ke taknak layan? Hm.

•••

Qidrian Udang Panggang
Online

Malas aku nak layan kau.
Aku nak buat hw.
Bye.

Alaaa. K fine.
Btw, kita kelas sama.
Mana ada hw harini.
Duduk pun sama sama.

Maksud aku..
latihan aku la. kan nak
Spm dah next year.

Ye. Okboi

'offline'

•••

Aik? Merajuk ke? Eh. Kisah pulak aku. Esok jumpa jugak.

Eh. Esok cuti.. Hm.

Keluar cari skate sendiri la. Taknak susahkan ibu. Nak jaga adik lagi.

×××

"Ha. Pergila. Elok elok!"
Awin menyalam ibunya dan meluru keluar mendapatkan Grey. Dia hilang dalam perut kereta. Marsh dan Deen juga turut serta. Bak kata Marsh 'Girls Day Out'

Awin Raiza POV


Grey membawa kami ke Seksyen 7, Shah Alam, LAZCA Skateshop. Rambang mata aku melihat semua dari deck sampai ke roda. Hampir sejam jugak la memilih menilik deck dan roda yang diminati. Almaklumlah Ibu kasi duit. Bukannya aku nak susahkan ibu, tapi ibu yang paksa terima. Hm.

"Woi. Cepat la pilih. Aku lapar ni" Deen mengusap ngusap perutnya. Aku pun lapar. Tapi sebab skateboard punya pasal. Huhuhu. Boleh pengsan. Tak makan seminggu pun takpe. Ceh. Hahahah.

Aku keluar membawa paperbag yang agak besar. Peluk sampai masuk kereta. Hehee.

Kami menuju ke Sunway Pyramid. Nasib kami baik. Masuk parking lot terus dapat parking. Tak payah cari cari dah. Skate diletakkan didalam bonet kereta Honda Crz berwarna merah milik Grey. Terus menapak ke Starbucks.

Satu hari berjimba sampai tak sedar hari dah hampir lewat malam. Terus kami memecut laju pulang ke rumah. Takde apa pun jadi kat Sunway. Jalan shopping je. Kekeke.

Nasib baik ibu tak marah sebab balik lambat. Hehe. Aku keluarkan skate board aku dan.. beraksi la, apa lagi. Tak menyempat tunggu pagi esok. Awin awin..

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang