"Hm.." Raiza membuka lipatan kertas itu perlahan-lahan.
Saja nak buat cerita dramatik sikit..
Dear Awin Raiza Yusof...
Aku di sini sedang menungguk engkau datang kemari membawa sekeping hati untuk aku yang sepi.
'Ceh.. Poetic sangat!' Raiza mengomel.
Aku bukan ingin berkarya. Aku bukan ahli sastera. Tetapi aku pencinta seorang wanita bernama Awin Raiza.
Muka Raiza membahang.
Raiza.. Aku tau kau suka makanan manis.
Kau suka makan. Aku tau.. Jadi aku sediakan makanan untuk kau di cafe. Jangan risau, aku sayang kau. Aku takkan letak racun dalam makanan tu.
Dahi Raiza berkerut. 'Ish dia ni.. Tulisan dah tulisan Qidran. Ridhuan pun bermuka selamba je bagi surat ni. Tak ada pun nak muka takut ke apa ke.. Hish.. Pergi je la..'
"Awin! Meh sini!" Makcik cafe menjual kuih muih melambai memanggil.
"Awin! Ni makcik sediakan cream puff untuk Awin! Makcik masak lebih tadi, sengaja nak jual lebih. Tengok tengok ada baki. Ada kamu lalu, makcik bagi la!" Makcik cafe menegur mesra.
Raiza tersengeh dan mengucapkan terima kasih. Semasa memegang dulang, Raiza perasan ada surat dilekatkan dibawah dulang itu.
Gotcha! See? Cream puff? Sedap kan?
Raiza mengangguk walaupun dia tau Qidran takkan nampak. Agaknya? Dia menyua lagi cream puff kedalam mulut.
Kau suka main teka teki tak?
Raiza mengangguk lagi sekali.
Jadi, teka la apa aku.
'Challenge accepted Faris Qidran!' Raiza tersengeh.
Aku diperbuat daripada kayu, tebal dan keras. Permukaan mukaku dijadikan rata supaya barang tidak terjatuh kedepan kebelakang ketepi. Bahagian perut ku selalu dijadikan tempat penyimpanan barang. Kadang kadang aku dijadikan tong sampah.. Aku sedih! Aku juga sering dilanggar engkau bila engkau berlari. Jadi, apakah aku?
'The hell?' Raiza mengerutkan dahi. Raiza membaca petikan itu berulang ulang kali.
'Mesti bukan luar sekolah ni.. Perut? Tong sampah? Barang? Lari? Dilanggar?'
"Laci meja!" Raiza terjerit.
'Wait.. Laci meja siapa?'
Raiza membelek surat itu lagi.. Terdapat beberapa garisan dan garisan di atas beberapa selang garisan ada dibawah selepas itu ada lagi tiga garisan berselang seli dibawah.
'Alah! Trick budak!' Raiza melipat dan melipat lagi dan lagi. Sedaya upaya dia mencuba.
'Yes!'
Aku dipenuhi manusia yang suka bermain dengan bahan kimia dan dipenuhi saintis muda.
'Kelas aku?'
Raiza menyumbat sisa Cream Puff kedalam mulut dan berlari ke arah kelas 4Sains1.
Jenis Qidran, dia takkan sesuka hati masuk ke kelas orang lain, jadi fikiran Raiza tak lain tak bukan kelas dia je la..
"Surat.. Surat.. Su.. Yah!" Raiza berlari ke arah sebuah meja yang diletakkan kertas putih dilacinya.
"Meja.. Meja Qidran?" Raiza menyoal.
Kau tengok laci sebelah.
Raiza menyeluk laci sebelah meja Qidran iaitu meja Ridhuan.
Cuba kau cek meja ketua kelas?
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...