"Weh weh! Awin Raiza kan tu!"
"Ha lah weh.. Hallamak, dia masuk kelas kita ka?"
"Dia datang dgn Puan Rash tu.. Ha ye la tu.."
Semua kembali ke tempat duduk masing masing setelah Puan Rash, guru kelas 4 Sains 1 menjejakkan kakinya di pintu kelas. Memandangkan Puan Rash seorang yang tegas, jadi semua pelajar di SMK BrievlyHills gerun akan dirinya. Tidak kira oleh pelajar gred berapa sekalipun..
"Saya Puan Rash akan menjadi guru kelas kamu semua pada tahun ini seperti yang sudah dimaklumkan oleh Pengetua."
Ternyata air muka pelajar dikelas itu berubah sekelip mata.
"Jangan nak buat muka sangat!"
Puan Rash nampak akan perubahan wajah pelajar-pelajarnya.
"Ok, Now, disini, seperti yang kamu lihat disebelah saya, terdapat pelajar baru yang baru masuk di sekolah ini. Harap kamu semua menjadi rakannya dan bukannya musuh!" Tegas Puan Rash.
"Perkenalkan diri kamu,"
"Hai, saya Awin Raiza. Berpindah dari Sekolah Sains Kuala Lumpur ke BrievlyHills. Saya mmg stay area sini je. So, no wonder kalau ramai dah kenal saya. And untuk yang tak kenal, selamat berkenalan.."
Awin Raiza mengenalkan dirinya kepada pelajar 4 Sains 1 sambil membongkok sikit sebagai tanda hormat dan salam pengenalan.Awin Raiza memerhati satu tempat duduk kosong di bahagian tengah kelas di sebelah budak lelaki. Matanya melilau untuk mencari tempat duduk kosong yang lain. Tetapi, hampa. Lalu, dia berjalan ke tempat duduk kosong tersebut setelah Puan Rash menyuruhnya duduk di sebelah budak lelaki berambut seperti badan landak itu. Tajam sana tajam sini..
Dirinya yang berambut pendek berwarna hitam keperangan serta matanya yang berwarna hazel cair mendapat perhatian oleh semua pelajar dari setiap penjuru kelas. Tetapi budak lelaki yang bakal menjadi 'deskmate'nya hanya diam menikus dan hanya menfokuskan pandangannya ke hadapan, bersiap sedia untuk belajar.
Awin Raiza perasan bahawa dia diperhatikan. Tapi dia buat tak endah je. 'Tau la tak lawa mcm korang. Tak payah usha mcm aku ni baru bunuh najib. Hak alah..' Omel Awin Raiza sendirian. Bagi Awin Raiza, dirinya tak lebih dan tidak kurang macam seorang gadis biasa seperti gadis lain.
×××
'Pergh.. Habis dah 3 kelas.. 2 jam setengah duduk sini. Kematu bontot aku. Dah la bosan.. Haih..'
'Tak habis habis cakap sensorang perempuan ni, baik aku pergi rehat sebelum aku pun gila mcm dia,' Omel lelaki yang menjadi jiran meja sebelah Awin Raiza. Lelaki itu naik rimas mendengar keluhan dan omelan Awin Raiza sedari tadi mengongoi kerana kebosanan. Lalu, dia berdiri dan menapak keluar dari kelas dan bersama rakannya ke dewan makan.
×××
"Hi! Boleh kawan? Nama aku Marsha, tpi panggil je Marsh." Seorang perempuan berambut panjang dibuat messy bun mengenalkan dirinya. Dan 2 orang pelajar yang duduk di belakangnya di kelas tadi juga menyapanya.
"Hi beautiful! My name is Elliot Grey! You may call me Grey.." Grey menerangkan dirinya dengan slang British yang agak pekat. Matanya bulat berwarna kelabu sesuai dengan namanya. Awin tersenyum.
"Hello.. Aku Deena. Panggil aku Deen." menghulur tangannya untuk bersalam.
Awin Raiza menyambut salamnya dan kepada Marsh serta Grey.
Mereka berbual dan menceritakan tentang diri masing masing ketika perjalanan ke Cafe sekolah. Sampai ke cafe dan setelah mengambil makanan mereka, mereka sambung berbual di meja makan. Tak putus putus mereka bercerita diselang selikan dgn gelak ketawa.
Awin Raiza tak sangka dia akan dapat kawan secepat itu. Made her day betul.
Setelah 40minit masa rehat dihabiskan dengan makan sambil bercerita, mereka masuk ke kelas dan kembali ke tempat duduk masing masing.
Loceng berbunyi tepat pada jam 1400. Tandanya sesi persekolahan telah tamat. Mereka berempat, Awin Raiza, Marsh, Grey dan Deen berjalan bersama hingga ke loker, meletakkan buku mereka yang tiada kerja rumah. Awin Raiza mengeluarkan skate boardnya dari loker. Terkejut mereka bertiga yang melihat Awin Raiza mengeluarkan skate board, menyelak kain, menampakkan leggingnya dan meluncur terus ke rumah setelah mengucapkan "bye bye"
"Rarenya dia..."
Beberapa suara termasuk Deen juga mengungkap ayat tersebut.
Nota kaki
Maaf kalau bab ni mcm hambar sikit. Tak suka sebenarnya buat bab pengenalan ni. Hahahah . okay bye! Enjoy and vote!

KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...