Hampir sebulan Awin Raiza menuntut di BrievlyHills. Segala mak nenek prank telah berjaya dilaksanakan kepada heartbreaker amateur mcm Amran. Amran pun sudah tahu siapa yang telah memalukannya di sekolah. Gembira memikirkan tentang itu. Dia..
"Ouch!"
Jerit Awin Raiza apabila dia terlanggar seseorang yang badannya seperti batu semasa dia masuk ke perekarangan sekolah.
"I'm so sorry. I didn't see you there. Are you hurt?" Getar suara lelaki itu, ya. Lelaki. Dia terlihat bahagian siku baju kurung gadis itu terkoyak sedikit dan beberapa kesan calar di pipi.
"Kau buta ke apa?! Mata kau letak kat mana?! Eh kau ni kan. Aku bagi sekali!" Awin Raiza sudah berasap. Dia lantas bangun dan mengibas ngibas baju kurungnya. Tanpa menoleh lansung kepada lelaki itu. Dia bergerak ke arah papan luncurnya yang berada agak jauh dari tempat dia jatuh, di pagar sekolah. 'Hash!' Rengus Awin Raiza marah. Papan luncurnya calar sikit. "Nasib baik skateboard aku tak apa apa. Lain kali tengok la berjalan tu! Sebelum......." Ayatnya tergantung. Melihat pelajar lelaki yang dilanggarnya tadi. Merah mukanya. Terasa panas. Lelaki yang dia usha kat cafe haritu.
"Awak. Your face......." Lelaki itu menghulurkan tisu mengelap darah yang mengalir di pipi Awin yang gebu. Tak memasal ada sepasang mata memerhati. 'Sayang skateboard ya'
Lengan baju kurung Awin dilipat bagi menutupi bahagian siku yang koyak itu. "Thanks"
Terus dia berlari menuju ke loker menyimpan skate boardnya dan berlari ke tandas. 'Oh,' Dia teringat sesuatu. Dia kembali ke lokernya, mengambil plaster dalam keadaan kelam kabut. Sampai terlupa mengunci lokernya semua. Cuainya Awin Raiza...
Plaster telah ditampal di pipinya. Pedih. Tetapi, lagi pedih hatinya apabila melihat papan luncurnya jatuh dari dalam loker apabila dia membuka loker untuk mengambil buku. Terduduk Awin Raiza memerhati papan luncurnya yang sudah patah. Rodanya pula tercabut. Dia melihat roda yang tercabut itu jatuh bergolek ke muka pintu sekolah. Matanya berkaca. Roda itu berhenti bergolek di hadapan kasut putih converse highcut milik.. Amran. Am berdiri di depan pintu sekolah tersenyum sinis.
Terhapus terus air mata yang bergenang di kelopak matanya. Dia memandang Amran dgn mata yang berapi rapi. Betul betul memancing personaliti kedua Awin keluar lagi.
Oh, yang pertama adalah semasa dia kerjakan Amran akibat dari mempermainkan hati Deen.
Dia bangun dengan tenang. Rambutnya yang paras bahu yang hampir menutupi sebahagian mukanya itu, diselitkan ditepi telinga. Papan luncur yang telah 'cedera parah', disimpan kembali ke dalam loker. Buku untuk tiga subjek pertama telah dikeluarkan dan dipeluk kemas menuju ke kelas. Amran tercengang. Seingat dirinya, Awin Raiza adalah seorang yang pantang dicabar. Jadi, dia terfikir jikalau Awin Raiza bakal mengapa-apa kan dirinya. Namun, tiada apa yang terjadi seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakannya. Tetapi, tidak dinafikan juga bahawa berkobar kobar juga hatinya semasa menunggu pembalasan Awin Raiza tadi. Tak adalah menakutkan mana. Bisik Amran.
×××
Jam menunjukkan pukul 0745 pagi. Masih ada masa untuk dibazirkan bersama rakannya, Awin. Tetapi apa yang mereka lihat kini, sangat memeranjatkan Grey, Marsh dan Deen kerana terlihatkan wajah Awin Raiza yang terdapat plaster di pipinya. Terus mereka bertiga lari ke arah Awin Raiza dalam keadaan gopoh.
"Kenapa muka kau"
"Omg. Who the fuck do this to me my girl?"
"Dayuumm. If I know siapa buat you mcm ni, I siat siat kulit dia"
Mereka tanya dgn satu nafas. Lepas sorang sorang menanya. Awin memandang mereka dengan pandangan kosong. "Bukannya aku mati lagi pun.. Alahai.. Biar je la. Sikit je ni," Awin menolak badan Deen yang kecil ketepi untuk memberi laluan kepada dirinya untuk ketempat duduknya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...