Bab 42

508 29 1
                                    

"Aku bagi kau sebulan Redzi, bawak dia datang jumpa aku hidup hidup! Kalau tak, dengan kepala kau hilang sekali." Zakiah memberi amaran.

Bulatan merah diskrin ditekan.

×××

"5minutes starting from now! Chop chop!" Khai menepuk tangannya dua kali dan Raiza terus berlari kedalam bilik.

Baju tshirt berwarna hitam loose dan labuh melebihi punggung disarung kebadan. Skinny jeans berwarna hitam dipilih. Tudung bawal berwarna hitam yang dipintakan dibahu kiri dan kanan memadai. Bibir dicalit sedikit lipstick hitam dan diratakan. Celak juga dipakai.

Serba hitam engkau!

Syahir, Khai, Syafiq dan Redzi menyarung kot hitam lengkap kebadan. Spec mata hitam dikenakan.

Syahir menaiki kawasaki ninjanya. Honda Crz dipandu Khai dan bersama Redzi berbekalkan revolver dan beberapa senjata api yang lain. Raiza pula membawa Mitsubishi Lancer miliknya. Syafiq pula menaiki Lamborghini miliknya yang berwarna hitam yang ditinggalkan di rumah maklong.

"Ingat. Cover Raiza sebaik mungkin. Syaf, Syah, Rai.. Ada revolver dengan korang?" Khai bersuara melalui audio tanpa wayar yang dilekat pada telinga.

"Ada!" Jawab semua serentak.

"Mission Imposible guys. So, take care. Remember, I do love you so much." Khai berhenti bersuara dan enjin kereta masing masing mengaum semasa meninggalkan perkarangan rumah.

×××

"Qid!!" Nama Qidran dilaung.

"Eh? Siapa pulak yang gila datang tetengahari buta masa puasa ni?" Qid bangkit dan menapak kearah tingkap.

"Raiza?"

Qid memanggil, membuka pagar dan tak semena mena mulutnya ditekup dengan kain yang sangat busuk. Matanya yang kabur akhirnya kelam.

Terus Qid dicampak kedalam CRV berwarna hitam itu.

×××

"Assalamualaikum, Qidran.. Qid!" Sekali lagi namanya dilaung.

"Eh Raiza? Tadi.. Bukan Rai dah datang ke? Lepas tu keluar dengan Qidran?" Iris membuka selak pagar pintu depan.

"Eh?" Dahi Raiza berkerut.

"Rai. Qid dah dibawa pergi. Cakap alasan elok, pastu kita teruskan plan kita!" Khai memberi arahan kepada Raiza melalui audio suara yang dilekap ditelinga.

"Oh.. Haah. Tadi abang Khai amik dia.. Saya balik dulu kak. Hehe. Assalamualaikum." Raiza menyalami tuan rumah dan melompat masuk kedalam keretanya. Memecut laju keluar dari kawasan itu. Di ikuti lagi 3 kenderaan.

Iris menjongket bahu dan masuk kedalam rumah semula.

×××

"Kau nak apa ha pompuan! Aku tau kau apa apakan Raiza, aku kerat kau Zakiah!" Qid menjerit.

"You nak buat apa? Hah Qidran? You kena ikat tu kan.. You ni.. I nak selamatkan you dari bomoh Raiza tu, tu pun you nak marah.." Zakiah memegang pipi Qid. Qid merengus marah.

"Ow fuck. Don't you dare touch me Zakiah! Dah dah la tu.." Qid melarikan pipinya dari tangan Zakiah.

"Tak pe sayang. Don't worry. Kita akan bahagia bersama nanti." Zakiah ingin mencium pipi Qid tetapi kepalanya lagi pantas bertindak menjadikan dahi  yang keras Qid "bercium" dengan bibir berwarna merah lipstik Zakiah itu.

"Dasar jantan sial!" Zakiah menyepak perut Qidran sebelum melangkah keluar dari bilik seperti penjara itu.

"Kau tunggu la kepala Raiza ada dekat depan muka kau! Baru kau tau siapa Zakiah Zamri!"

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang