Lepas solat Zuhur berjemaah di ruang solat tingkat tiga, Raiza berlari ke biliknya. Suka betul berlari..
"Rai.. Elok elok. Jangan lari laju sangat.. Tersungkur nanti.." Khai hanya menggeleng melihat Raiza yang sememangnya suka berlari itu..
Tak di endahkan..
"Ouch!!" Raiza menjerit.
Khai dan Syahir berlari ke arah suara Raiza yang menjerit tadi..
"Rai!" Khai mendukung Raiza yang kini pengsan kedalam biliknya.
"Aku rasa kita kena bawak dia pergi hospital." Syahir panic. Dia berada di rumah yang tiada kelengkapan hospital yang cukup.
Sesampainya mereka ke Trepic Air Hospital mereka bergegas ke wad kecemasan. Khai mengeluarkan Iphone 6 nya dan segera menelefon ayahnya.
Syahir dah hilang sekali masuk ke dalam wad. Bukan dia sakit gais. Dia doktor pelatih. Dia perlukan latihan jugak masa masa mcm ni.
"Okay ayah datang."
"Kenapa bang?" Hati ibunya menjadi berdebar.
"Rai.. Raiza ada di Trepic Air Hospital. Dia dalam wad kecemasan sekarang."
Perbualan mereka menjadi tontonan kepada seseorang.
"Boleh orang ikut?"
Ibu dan ayah menoleh kepada suara itu.
"Dengan kereta ibu ayah sekali."
"Orang drive," Mereka bergegas ke Lamborgh ayah Raiza.
Dalam perjalanan, mereka hanya berdiam diri. Hanya celoteh Dj radio kedengaran.
Sesekali mereka melepaskan keluhan berat yang terkumpul didada. Buat reunion pulak nafas ni kat dada aku..
Sesampai di Trepic Air Hospital mereka bergegas meluru ke wad kecemasan yang dikatakan oleh Khai.
"Macam mana Khai?" Khai terkejut melihat pemilik suara yang menegurnya itu.
Ok. Bukan masa sekarang.
"Syahir dengan doctor lain tengah rawat Raiza. Harap tak ada apa apa lah.." Mereka mengangguk.
Ibu sedari tadi tangannya menggigil cuba ditenangkan oleh ayah dengan mengusap lembut belakang badan isterinya.
"Jangn risau.. Everything is going to be fine okay sayang?" Ayah bersuara.
Ibu tidak menyahut. Hanya matanya masih melihat pintu bwad kecemasan itu. Semua yang berada disitu hanya melihat pintu wad bilik kecemasan itu.
Syahir menapak keluar dengan coat putih disarung ke badannya. Ekspresi mukanya tidak dapat ditafsir.
"Oh.. Kau pun ada kat sini. Glad to see you here Syaf.. So, you guys, Raiza ok. Cuma.. You guys punya hipnotize tu Syahir rasa, kesan dia dah hilang sepenuhnya. Kaki Raiza terseliuh sikit. Alhamdulillah tak ada pendarahan di kepala. Syah tak tau nak consider berita ni berita baik ke buruk.. But, you guys boleh jumpa dia. Kecuali you Syaf. Bila dia dah terangkan semua, kau boleh masuk."
Syahir tenang berbicara. Mungkin ini Syahir ketika bekerja.
"Korg boleh tunggu sini sementara kami pindahkan Raiza ke wad biasa."
Mereka mengangguk. Menunggu Raiza dipindahkan. Tak sampai 5 minit, mereka dibenarkan melawat Raiza.
Syafiq hanya meraup mukanya.. Kesal mungkin?
Ibu, ayah dan Khai mengangguk kepada nurse yang ditugaskan untuk menjaga Raiza apabila nurse itu memberi tau bahawa Raiza sedia dilawat.
"Nanti apa apa abang panggil kau." Khai menepuk bahu Syafiq. Dia hanya bersandar sambil tersenyum kelat. Mereka bertiga meninggalkan Syafiq dan Syahir duduk di luar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Crush Kat Aku?!
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis menengah atas yang agak.. Kasar. Ya. Kasar. Tidak lansung seperti seorang gadis. Baginya, terlalu lembut, akan menyebabkan masyarakat sekeliling mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia bukanlah seorang yang menarik...