Bab 8

797 55 1
                                    

"Ibu.. Bagi lah Rai travel sorang.. Atau at least Rai ajak Grey, Marsh dengan Deen.. Please ibu.." Raiza memeluk lengan ibunya.. Hampir sejam dia berkedudukan seperti itu..

Bukannya Raiza tidak pernah travel seorang diri. Cuma kali terakhir Raiza melancong seorang diri di Singapura, dia tiba tiba.....

Kk. Nanti flashback.

"Ibu.." Raiza mula mengalirkan air mata. Drama Queen sungguh.

"Ye lah ye lah.."

Ibu Raiza pasrah. "Tapi.."

'Dah agak dah' getus hati nurani Raiza.. Ceh.. Nurani sangat..

"Bawak kawan kawan kamu sorang dua. Perbelanjaan dan penginapan biar ibu dan ayah support." "Ok tak?"

"Saaaaayaaang Ibu!" pipi tua yang tak berapa nak tua tu dicium kiri kanan

×××

Malangnya.....

Mereka bertiga, Marsh, Grey dan Deen mereka sudah mempunyai rancangan sendiri sepanjang cuti mereka.

Terpaksa lah pujuk ibu lagi..

"Ibu boleh la boleh la boleh laaaaaaaaa" mahu pengsan tubuh genit ibu Raiza bila digoncang tanpa sudah. Ingat dapat la kot pujuk mcm tu.

"Tanya la ayah kau"

Gulp!

Ayah. Sungguh dia tak berani bersemuka dgn ayah sekiranya ianya berkenaan Rai.. Travel. Sorang.. Bla bla bla..

"Err.. Ayah.."

Raiza mencuit bahu ayahnya yang sedang asyik menonton televisyen. Entah apa di tengoknya entah la..

Ayah Raiza menoleh kearah suara yang menanggilnya.

"Ha Rai.. Ada apa?"

Wah.. Mood ayah baik.. Raiza bermonolog.

"Meh sini duduk sebelah ayah.. Ada apa?" tegur ayah.. Mematikan lamunan Raiza..

"Err.. Ayah.. Kalau.. Rai.. Nak travel......" Belum habis kata ayah mencelah..

"Ha.. Travel.. Boleh.."

"By my self? Alone?"

"Boleh.. Ayah percaya Rai.. Walaupun last travel Rai buat kami separuh mati.."

Wait.. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ayah.. Dengan tenangnya bagi aku kebenaran?

"Tapi.."

Hm. Dah agak.. Raiza buat muka..

"Buat muka.. Ayah tak bagi karang.. Tapi.. Tempat yang Raiza pergi mesti ayah dan ibu yang tetapkan"

Eh? Alaa. Bolehla.. Dari mereput kat rumah.. Bukan buat apa pun.. Gemuk aku nanti..

"Ha.. boleh kot.. Pergi mana?"

"Perth, Australia?"

Terkejut orang tua tu bila anaknya yang bongsu itu memeluknya secara tiba tiba. "THANK YOU DAADDDDDD!!"

Melompat lompat Rai memandangkan dia memang ingin ke Perth..

"So.. By my self, destination? Perth, Australia?"

Dia membuka komputer ribanya dan melayari internet untuk membuat tempahan tiket kapal terbang, hotel, dan kereta sewa.

"Tiket kapal terbang Air-Asia berlepas jam 10 pagi dan.. Yah.. Ayah dan Ibu hantar ye?"

Dia masih belum menempah tempat duduknya. Baru sahaja nak tekan enter di komputer ribanya....

"Kau nak pergi mana Rai?" Abangnya Khairul Irfan yang dipanggil Khai turun dari bilik.. Dia baru pulang dari UIA.. Cuti sem juga.. Tapi lagi lama.. 3 bulan.. Baru semalam dia pulang tapi terus membongkang sebab letih sngat drive dari Kuantan ke sini..

Crush Kat Aku?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang