aku dahlia...aku anak kedua terakhir antara 4 adik.
aku selalu melihat pertengkaran antara ibubapaku.
****
"woi! aku kata aku tak ambik aku tak ambik la" bapaku menjerit ke arah ibu dan menolak ibuku hingga kedinding.
"kau boleh tipu semua orang tapi kau tak boleh tipu akulah setan!.. aku ni bini kau! aku hidup dengan kau dah berapa lama! kau fikir aku tak tahu ke kau yang ambik duit tu!!! bagi balik lah anak haram bagi!!!" ibuku membalas jeritan ayahku tanpa rasa takut dan memukul-mukul badan sasa ayahku.
pantas tangan ibuku menarik rambut ayahku membuatkan ayahku mengaduh dan memegang rambutnya ayahku cuba untuk meleraikan jari-jari ibuku yang mencengkam kuat rerambutnya. Setelah jari-jari runcing ibuku terlerai dari rerambutnya pantas ayahku mengendong ibuku dan dicampak ke sofa.
"anak lakhanat kau setan!!"pantas tangan mak aku mencapai helmet yang berada di tepinya dan dicampak tepat ke kepala ayahku.
ayah jatuh tersungkur dek penangan helmet. aku pikir ayah aku sudah tiada masa tu kerana tiada sebarang pergerakan yang dibuat.
beberapa minit kemudian ayah aku bangkit sambil memegang kepalanya.
" kau ni dah hilang akal ke bodoh!!" ayahku membalas kembali pukulan ibuku.
pergaduhan itu berlaku hampir satu jam dan akhirnya kedua-duanya mendiamkan diri. adik beradikku sudah terbiasa dengan pergaduhan ini membuatkan mereka tidak terlalu mengambil peduli.
walaupun aku masih berusia 12 tahun tetapi aku sudah menanamkan rasa benci dengan lelaki yang memukul wanita dan aku takkan pernah sesekali pun akan mengahwini lelaki seperti itu.
Ya dan aku takkan sesekali berkahwin dengan lelaki spesies bapaku. Parasit. Tahu menghabiskan hasil bini. Tak malu ka?. Kaum adam yang sepatutnya menjadi ketua keluarga dan menyempurnakan makan pakai keluarga tapi tidak dia pula yang menghabiskan segalanya untuk dirinya sendiri. Dasar parasit. Aku memaki ayahku dalam hati.
**************************
Holla! How your eid mubarak goes?
This my 3 stories so jangan malu untuk vote or komen dear 😘
Sis harap cerite ni ramai peminat macam the challenger..
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...