BAD NEWS

28.5K 502 6
                                    

tepat pukul 7 30 malam kami tiba di rumah. hari yang meletihkan gianni sudah terbaring di atas sofa.

"abang solat maghrib belum lagi..bangun"

gianni mengeluh dan digagah dirinya untuk bangun.

*************************

9 malam

aku dan gianni sudah menempatkan diri di katil. beberapa minit kemudian gianni terlelap. selepas menyapu losyen dan sebagainya aku tidur.

2 pagi

telefon gianni berbunyi menandakan panggilan masuk. berkali-kali telefonnya berdering sampai naik rimas aku dibuatnya. aku menolak gianni.

"bang telefon tu."

gianni menghempas-hempas tangannya ke meja mencari telefon.

"hello...siapa ni?"

"hah papa kenapa?"

"hah!! mama masuk hospital. ye3 gian datang."

"kenapa abang?" aku terjaga.

"mama..mama masuk hospital...sekarang dia kat emergency"

"huh kenapa?.." aku membulatkan mataku seakan tak percaya.

"abang pun tak tahu..dah abang nak pergi siap..."

"lia nak ikut bang.."

"sayang nak ikut.." gianni memikirkan sesuatu sebelum menyambung ayatnya." sayang pasti.."

aku mengangguk.

"kalau macam tu pergi siap."

aku terus bangkit dan menyiapkan diri secepat mungkin.

*************

sepanjang perjalanan ke hospital muka gianni nampak sungguh gelisah. aku memegang tangannya dengan harapan dapat menangkan kegelisahannya. sejuk.

sebenarnya aku pun gelisah tapi aku tak nak tunjukkan depan gianni. benci? jujur aku menang benci dekat mertuaku tu tapi walau macam mana benci aku diorang tetap sebahagian daripada keluarga aku.

*********

2 45 pagi

kami tiba di hospital

"papa mama macam mana?" gianni duduk disebalah bapanya.

"semua salah papa gian..salah papa..papa bodo! bodo!"

bapa gianni menghentak-hentak kepalanya ke dinding.

"papa jangan macam ni..kita tak tahu keputusan doktor lagi.."

"papa salah gian.." airmata membasahi pipi papa. khilaf.

"pa cuba cerita apa yang jadi" aku cuba bersuara.

papa memandangku sekilas dan ditundukkan kembali wajahnya sambil mengeluh.

"pa..pa... balik dari kerja...dan..dan.. papa pu...pukul mama sebab dia tak masak..tapi lepas papa pukul mama tak berhenti menggeletar..papa jadi takut...papa salah papa salah!!.." papa kembali memukul-mukul kepalanya.

gianni menghentikan apa yang papa lakukan dan dipeluk erat papanya.

beberapa jam selepas kemudian doktor memanggil papa dan gianni.

"saya doktor karen.." doktor perempuan berbangsa india memperkenalkan dirinya.

"dalam pemeriksaan saya..isteri en.jamal menghidap Parkinson..parkinson ni selalu terjadi pada peninju atau orang yang selalu menerima gegaran otak yang kuat dalam kadar yang banyak. jadi boleh saya tanya..puan halimah..ada pernah masuk apa-apa sukan."

"tak.." jawab papa sambil menekup mulutnya.

"hmm... saya masih tak tahu punca penyebab terjadinya parkinson..sebab jarang terjadi pada orang yang melakukan kerja biasa..saya akan terliti dengan lebih lagi..harap en jamal tabah...dan saya rasa puan halimah kena mendapat pemerhatian yang lebih.  kalau takdepape saya pergi dulu."doktor karen berlalu pergi

papa terduduk airmata kembali berjuraian. jamal kau bodoh bodoh. rasa penyesalan mula bertandang dalam hati. selama ini kau pukul dia tapi dia masih setia. kau cinta dia tapi kenapa kau buat macam ni...kau bodoh jamal bodoh. suara hati papa memaki dirinya sendiri.

"apa papa dah buat gian..apa papa dah buat.."

"papa sabar pa..benda dah jadi kita tak boleh nak patah balik."gianni menepuk-nepuk bahu papa berharap dapat menenangkan papanya.

dunia. manusia takkan sedar selagi benda tak terjadi tapi bila semua dah terjadi takkan ada jalan untuk berpatah balik.

************************

holla guys..i wish cerita ni you like it.

vote&komen ok...

#love ya 💋




ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now