MISS IBU

42.2K 545 8
                                    

Aku terjaga pada pukul 10 sepuluh pagi. Haish terlepas solat subuhlah nampak gayanya.

Aku mencium dada bidang suamiku.badan Gianni bergerak  bibirnya mengukirkan senyuman menandakan gianni sudah terjaga walaupun matanya masih tertutup.

"Baby..kita terlepas subuh..its your fault" aku bersuara malas+serak.

"Siapa suruh nakal sangat.." Gianni menjawab.

Aku tersenyum dan tanganku melingkari badannya.

"I hate you bad devil" aku kembali menutup mataku.

Gianni tersenyum dan membalas pelukanku. Gianni mencium ubun-ubunku sebelum sekali lagi kami dibuai mimpi.

Aku terjaga pada pukul 11. Aku bangun dan melihat gianni masih nyenyak di buai mimpi niat ingin mengejutkan gianni terbantut. Tanganku mengusap rambutnya lembut. Kacak.

Suami siapalah yang hensem sangat ni hatiku mula bersuara manakala bibirku mengukirkan senyuman. Aku mencium ubun-ubunnya dan berlalu masuk kedalam bilik air membersihkan diriku dan memulakan tugas sebagai seorang isteri.

***************************

Beberapa minit kemudian gianni turun dengan rambut basahnya yang baru lepas daripada mandi.

Aku hanya memberikan senyuman yang paling manis pada masa yang sama tanganku masih lincah menghidang makanan.

"Sayang..masak apa..lapar.." Gianni memuncungkan bibirnya sambil menempatkan diri di kerusi makan.

"Ala..sian baby saya... ni saya masak Nasi goreng..makan sampai kenyang"

Aku meletakkan dua senduk nasi goreng kedalam pinggannya dan beralih pada air yang tadi kubuat. Aku tuang air ke dalam cawannya.

Akal nakal gianni mula muncul.

"Ah!.." Gianni mengerang kesakitan.

Aku yang terkejut pantas memegang badan dan mukanya.

"Kenapa abang...sakit ke? Kat mana.hah bang.." Suara aku mula tidak teratur dek kerana terlalu takut.

"Nak suap.." Gianni senyum sambil menayangkan giginya. Ceh aku tertipu.

Aku memukul lengannya. "Abang! Ingatkan apalah tadi..sajakan nak kenakan lia.."

"Huhu..cepatlah nak suap lapar ni.." Gianni mula merengek macam bayi kelaparan

"Ye baby beso.." Aku menyuap gianni menggunakan sudu.

"Tak nak guna sudu..nak guna tangan.." Gianni menarik sudu dari tanganku.

Aku hanya menggelengkan kepalaku bibirku tidak lekang daripada tersenyum melihat gelagat suami aku seorang ni. Comel je.

Aku menyuap gianni menggunakan tangan.

"Ermm macam ni baru lagi sedap rasa nasi goreng ni.."

"Macam tu pula.." Aku menjongketkan keningku.

Gianni hanya mengangguk dan dinganga mulutnya meminta aku menyuapnya lagi.

Perasaan rindu mula menjalar. Rindu ibuku. Haish dulu aku yang menggedik macam ni kat mak aku sekarang ni suami aku pula menggedik kat aku. Ibu ibu. Ibu buat apalah tu?. Rasa sedih mula menyelebungiku.

"Sayang kenapa ni.." Gianni bertanya bila melihat aku kelihatan sedih.

"Takdepape rindu kat ibu..lame tak jumpa ibu..rindu payyad sekali."

"Ala ciannye dia..lepasni siap-siap kita jumpa ibu"

"Betulke" aku mula bersuara girang

"Ye sayang.. Dah cepat suapkan abang..lapar ni..nak2 air tangan sayang memang terbaiklah."

"Baik baby beso.." Aku melirikkan senyuman dan menyambung suapanku.

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now