5 petang
Loceng rumahku ditekan berulang kali membuatkan aku terjaga daripada tidurku. Shit!. Siapa yang mengacau aku tidur ni.
Dengan malas aku bangun dan menuruni anak tangga menuju ke pintu utama. Aku sempat mencapai tuala dan ku letak di atas kepalaku menutupi rambutku.
"Hello cik dahlia.."seorang perempuan cina tersenyum padaku setelah aku membuka pintu. Cantik. Akhir 20-an gitu.
Perempuan cina itu mengenakan baju dan topi yang mempunyai lambang 'wow shop'. Awalnya sampai 'wow shop' ni getus hatiku.
" ya saya.." Balasku sedikit gagap tapi kuselindungkan dengan senyuman.
"Kami daripada wow shop..dan kami diminta hantar set peralatan boxing ini kesini..betulkah?"
"Ah ya..ya..saya yang beli.."
Aku melihat dua orang lelaki keluar daripada van yang berlambang 'wow shop' itu dan mengeluarkan kotak-kotak daripada van mereka. Mungkin itu barang yang ku beli.
"Ok cik dahlia memandangkan cik dahlia orang bertuah hari ini kerana Kami sendiri yang akan menghias dan meletakkan barang-barang ini kedalam.
Gulp!. Gila aku nak bagi diorang ni masuk. Entah2 diorang ni nak samun aku tak?. Perasaan takut mula menyelubungi aku.
Amoi didepanku pula masih tidak lekang dengan senyuman. Tak penat ke dok tersenyum je ke dia ni robot?.
" cik dahlia.." Aku tersedar daripada lamunanku.
"Erm..erm..bo..bolehlah.." Aku menjawab acuh tak acuh.
Amoi cina tadi memanggil dua orang lelaki itu menyuruh membawa barang-barang itu masuk.
"Kat mana tempat untuk letak barang-barang ini ya cik dahlia.."soal amoi itu.
" kat bilik ni..tapi bilik ni takdelah besar sangat just untuk praktis je..sebab suami saya ni muay fit.." Aku membuka pintu bilik stor itu.
"Hmm..okay its okay..i get it..so better kita mulakan sekarang..cepat siap cepatlah dapat hasilnya" jawab amoi itu. Ecewah fasih pula amoi ni cakap bahasa melayu.
Amoi itu mula mengerah tenaga dua orang lelaki yang mengangkat barangan itu.
Aku pula takkan hanya melihat sahaja jadi aku pergi ke dapur dan mengambil kotak jus oren. Lagipun aku ada teringat mak aku kata kita kena melayan tetamu dengan baik sebab tetamu membawa rezeki.
Ku tuangkan kedalam tiga gelas lalu ku hidangkan kemereka.
Kesian pula aku tengok mereka berpeluh-peluh.
"Jemput..minum.."
"Thank you cik dahlia.."amoi itu mengambil segelas air. Peluh didahinya dikesat.
" welcome...bile boleh siap ni?" Soalku.
"Mungkin lagi sejam.."
Aku hanya menganggukkan sahaja. Amoi yang tadinya ditepiku mula menyambung tugasnya kembali.
****************************
Sejam berlalu.
Akhirnya siap juga gelanggang dalam rumah haha.
"Ok cik dahlia sudah selesai..so how? Do you like it?" Soal amoi itu.
Aku melihat segala perkakas sudah disusun rapi. Aku tersenyum puas. Bagus juga hasil kerja mereka.
"Yeah i like..it..nice.."
"Welcome..itu memang tugas kami memuaskan hati pelanggan..so kalau tiada apa lagi..kami minta diri dulu cik dahlia."
Semasa aku menghantar mereka keluar rumah sempat juga aku menghulurkan beberapa not seratus kepada mereka sebagai tips.
Setelah kelibat van tersebut hilang aku menutup pintu rumahku kerana hari sudah semakin senja.
Aku menepuk tanganku sambil bibir mengukirkan senyuman. Tak sabarnya nak tunjuk kat gianni.
Aku mengerling jam hampir pukul 6 30 petang. Solat asar!. Aku menepuk dahiku dengan pantas aku bergegas mengambil wuduk dan solat.
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...