IM SORRY

43.7K 726 20
                                    

Gianni mula merenggangkan tangannya yang memegang pipiku. Giginya masih diketap dan keningnya masih berkerut. Nafasnya dihembus kasar.

Matanya memandang tajam mataku seperti raksasa yang kelaparan.

Tanganku mula menggigil. Ya walaupun aku sudah mempelajari sedikit cara asas untuk melawan sewaktu di gelanggang tetapi aku tidak tahu mengapa aku kaku untuk melawan bila didepan gianni.

Airmataku mula mencurah-curah jatuh ke pipi.

Gianni meninggalkanku sendiri rambutnya diramas kasar. Serabut.

Aku terduduk tanganku menekup mulutku. Mataku ku tutup sebentar. Rasa takut tadi mula beransur hilang.

Hampir setengah jam aku berteleku disitu. Setelah aku rasa tenang aku bangun dan mengesat airmataku.

Dan aku melangkah masuk kedalam bilik. Aku melihat gianni sudah terbaring sambil tangan kirinya menutup matanya.

Aku meletakkan begku di atas meja solekku. Tudung yang sudah serabut aku tanggalkan.

Mataku kerlingkan pada gianni yang masih tidur.

Terasa melekit badanku. Aku membuka satu persatu baju di badanku dan beralih pada seluar dan meninggalkan badanku tanpa seurat benang di badan. Aku mengerling lagi ke gianni yang sedang tidur. Takut juga dia terjaga tengok aku naked macam ni. Malu kot.

Pantas aku mengambil tuala dan ku balut badanku.

Aku melihat badanku daripada pantulan cermin. Ada sedikit kesan lebam di lengan. Tanganku mula menyentuh pipiku yang merah akibat gianni menekan kuat pipiku tadi.

Lama juga aku menelek mukaku dicermin. Marah+kesal+sedih semua bertandang tapi nak buat macam mana benda dah jadi.

Dengan malas aku melangkah masuk kedalam bilik air merendamkan diriku dalam bathtub.lama.

Setelah rasa tenang aku keluar dan menyarungkan baju tidur satinku. Pakaian dalam?. Malas aku pakai lagipun kan nak tidur nak buat apa pakai bra dengan spender.seluar dengan baju tidur satin ni dah cukup dah.

Aku menyapukan losen dan sedikit alovera di badan dan muka. Setelah selesai perlahan-lahan aku menempatkan diriku disebelah gianni.

Aku jauhkan sedikit diriku. Perasaan marah tu ada lagi ok. Aku mengambil bantal peluk yang terjatuh dan kuletak di tengah antara aku dan dia.

Gianni terjaga apabila merasakan tilam di sebelah kiri tenggelam sedikit menandakan dahlia sudah mahu tidur.

Aku menutup lampu. Gelap. Aku menyelimutkan diriku dek kerana kesejukan aircond.

Aku tidur membelakangi gianni malas nak tengok muka dia. Tiba aku rasakan tangannya melingkari pinggangku.

Cis bukan aku dah letakkan bantal peluk kat tengah-tengah ke sampai juga tangan dia ni. Aku cuba mengalihkan tangannya. Tapi tangannya makin mengeratkan lagi pelukan.

Belum tidur lagi rupanya mamat ni.
Kepalanya makin mendekat ke leherku dan dikucup perlahan tengkukku. Ah! Fuck! Tahu je kelemahan aku kat mana.

"I'm sorry" suara serak bangun tidur+ garau berbisik di telingaku.

Lemah wei. Lemah. Tapi aku kuatkan egoku. Dah buat macam tu senang-senang je nak minta maaf. Aku mendengus marah.

"Enough with your sorry." Aku mengalihkan tangannya dari pinggangku. Airmataku mula bergenang. Shit. Lemahnya aku ni.

Kepala gianni menyentuh bahuku.

Dia memusingkan badanku menghadapnya.

Aku berpura-pura menutup mataku.

Air mata yang jatuh dipipiku tadi dikesat oleh gianni menggunakan jarinya yang kasar.

Dahinya dilekatkan didahiku.

"I love you dahlia" Suara seakan berbisik.

Aku membuka mataku dan memandang matanya. Walaupun agak samar disebabkan gelap. Aku kembali menangis. Aku menjarakkan wajahku dengan wajahnya

" love?. Kalau kau cintakan aku kau takkan pukul aku gila..kalau kau cintakan aku kau back up aku masa mama buat aku macam tu...kau pun tahu bukan aku yang salah..mama yang salah...kenapa setiap kali mama salah aku yang kena!!." Tangisan aku mula menjadi kuat.

"Shhh! Sayang..im sorry..my mistake..sayang im sorry.." Pantas gianni menarik mukaku dan dibenamkan kedada bidangnya.

"Fuck!!fuck.." Aku memukul-mukul badannya tangisanku masih tidak berhenti.

"I know..saya tahu saya salah..im sorry.."gianni mengulangi ayat maafnya dan mencium ubun-ubunku berkali-kali

******************************

Korang rasa dahlia nak maafkan ke tak?

sebelum tu jangan lupa komen and vote ok 😌

btw this chapter for merdeka...next chapter sis akan update bile sis dah habis exam...bubye

#love_ya 💋

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now