Sebulan kemudian..
Gianni pasrah dengan sikap dingin yang diberi oleh dahlia. Mati kutu dibuatnya. Diri gianni menjadi tak terurus. Jambangnya pun tidak dicukur macam orang baru mati anak bini. Rambut semakin panjang dan serabai.
Payah sungguh nak pujuk isterinya ini. Pelbagai cara dia gunakan tapi tak berkesan. akhirnya gianni pasrah jadi setiap hujung minggu gianni akan pergi ke gelanggang melepaskan semua rasa geram dan terkanan di gelanggang. Kawal nafsu memukul punya pasal.
Hari ini hari ahad waktu cuti gianni dan hari ini juga tamatlah hukuman yang aku berikan pada gianni tapi. Aku masih bersikap dingin walaupun aku rindu setiap sentuhan gianni yang membuatkan aku hanyut dalam nikmat dan rasa cinta.
Gianni tahu hari ini tamatlah perang dingin itu tapi dahlia masih tidak memberikan kata putus.
Gianni redha pantas mencapai kunci keretanya.
"Awak nak pergi mana tu.." Soalan cepumas aku keluarkan
"Nak pergi gelanggang" jawabnya.
"Saya nak ikut tunggu.." Aku bangkit dan naik ke atas untuk menyiapkan diri.
Gianni hanya mengangguk
Aku memakai seluar tracksuit dan baju lengan panjang yang agak mengikut badan dan juga tudung crepe hitam. Senang tak payah seterika.
*****************************
20 minit kemudian kereta gianni tiba di gelanggang ramon.
Aku dan gianni keluar.
"Hey ssup gian..siapa perempuan kau bawak ni.."
"Dia ni.." Pantas aku memintas kata-kata gianni
"Saya nak berlajar muay fit. Boleh" aku menoleh ke arah gianni yang sedang memandang tajam ke dalam anak mataku.
"Boleh2 kejap saya inform kat ramon.." Zack berlalu pergi meninggalkan aku dan gianni sempat lagi si zack menghadiahkan aku senyuman yang paling manis.
Gianni memegang lenganku. "Awak biar betul dahlia..this is not funny"
Aku menjongketkan keningku. "Siapa cakap saya buat lawak..saya memang betul-betul nak belajar muay fit ni..sebab nanti bila awak belasah saya boleh saya balas balik." Selamba aku menjawab.
"But.."
"Takde but-but..keputusan saya tetap sama...ini untuk kebaikan saya"
Aku terus melangkah masuk kedalam gelanggang meninggalkan gianni.
*****************************
Sesi perkenalan aku bermula. Ramon mengenalkan semua pelajarnya kepadaku termasuklah suamiku sendiri gianni.
"So dahlia...kita akan mulakan dengan asas dulu ok..saya akan suruh zack bantu awak.." Ramon menjerit memanggil zack menyuruh zack mengajarku.
"Terima kasih..mr ramon"
"Welcome dahlia...saya bangga sangat ada perempuan macam awak untuk menceburi seni mempertahankan diri."
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...