CHANGE

28.9K 495 5
                                    

sebulan kemudian...

sejak apa yang menimpa mama. papa tak seperti dulu. papa yang menjaga pakai mama semua papa uruskan. papa menjadi seorang suami yang berguna untuk mama. papa bersyukur yang allah menyedarkannya sebelum segalanya terlambat.

papa menyikat rambut mama.

"limah aku mintak maaf selama ni aku pukul kau..aku tak nampak pengorbanan kau..terima kasih limah kau tak pernah merungut walaupun aku layan kau buruk..aku janji aku takkan buat semua tu.." papa mencium ubun-ubun mama.

mama mengukirkan senyuman dan airmata terharu menitis. tangan mama menggeletar tanpa berhenti kerana penyakitnya.

papa memegang tangan mama dan dikucup lembut. "sekarang tiba masa untuk aku balas segala apa kau buat halimah..aku akan jaga kau sampai hujung nyawa aku..itu janji aku."

mama hanya mampu mengangguk. hatinya benar gembira. akhirnya segala keperitan aku berbaloi. akhirnya dia nampak apa yang aku lakukan terima kasih ya allah bisik hati mama.

************

aku dan gianni melawat papa dan mama. oh lupa nak bagi tahu sejak apa yang berlaku pada mama kami melawat mama setiap hujung minggu untuk memastikan keadaan mama.

semuanya sudah berubah dulu aku benci rumah mama aku benci penghuni dalam rumah tu tapi sekarang tak lagi.

aku menyalam mertuaku.

"mama apa khabar makin sihat?" soalku

"mama makin ok sejak papa jaga.."jawab mama dengan suara terketar-ketar

aku melirikan senyuman. orang yang aku benci dulu sekarang tidak lagi ya mungkin aku layak rasa benci tapi aku tak layak untuk membenci.

mama memegang tanganku "lia mama mintak maaf dengan apa yang mama buat kat lia..."

"takpe ma benda dah lepas jangan dikenang..walau macam mana pun mama tetap mama lia."

"lia terima kasih sebab hadir dalam hidup keluarga kami" papa bersuara.

"sama-sama papa...terima kasih sebab terima lia sebagai menantu papa mama."

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now