BELOVED

34.3K 491 3
                                    

"Sayang..cepat sikit..jangan lupa kunci rumah." Gianni menjerit daripada luar rumah.

Aku melihat diriku di cermin setelah berpuas hati dengan penampilanku aku bergegas turun dan mengunci pintu rumah.

Hari ini adalah hari paling gembira buat aku. Huh tak sabarnya nak jumpa ibu dengan payyad hatiku mula bersorak riang.

Semasa dalam perjalanan bibirku tak berhenti mengukirkan senyuman.

Gianni melihat isterinya yang tidak lekang dari tersenyum membuatkan hatinya turut gembira digenggam erat tangan isterinya manakala tangan sebelah lagi memegang stereng kereta.

"Suka?" Soal gianni

Aku hanya membalas dengan anggukan.

"Terima kasih abang. Sayang abang.. I love you.."

Gianni mengukirkan senyuman dan dicium tangan dahlia sekejap sebelum kembali fokus pada pemanduannya.

45 minit kemudian tiba dirumah ibuku. Aku segera membuka pintu kereta dan keluar dah tak ingat dah suami aku kat belakang tu.

Gianni memerhatikan dahlia dengan senyuman dan gelengan. Rindu sangat tu sampai suami dia pun dia biar je kan bisik suara hati gianni.

"Assalamualaikum ibu..."aku mengetuk pintu rumah.

" jap2 ibu bukak" kedengaran suara ibu di dalam rumah tidak sampai setengah minit kelibat ibu muncul membuka pintu.

"Ibu!!" Aku terus memeluk ibuku. Ya allah betapa rindunya aku dekat ibu aku ni.

Ibuku membalas pelukan. Airmata kegembiraan mula mengalir dimatanya. Diusap lembut belakang badanku.

Siapa tak sayang ibu wei.

Ibuku meleraikan pelukan.

"Korang daripada mana?"

"Dari rumah bu" gianni menjawab dan menghulurkan tangannya bersalaman dengan ibu.

"Jom2 masuk payyad pun ada kat dalam rumah tu.." Ibuku mengajak kami masuk.

"Ibu sihat?" Soal gianni

"Alhamdulillah sihat..lia sihat?"

"Alhamdulillah..dahlia rindu ibu ni yang datang jenguk ni."

"Lia rindu ibu..selalunya dok lawan cakap ibu.."

"Hish ibu ni lia tak melawan..lia cuma..jawab balik apa yang ibu cakap.."

"Hah tengok tu tengok tu..ada je ayat de nak cakap.."

"Hihi...ala orang gurau je..ibu dah makan? Payyad mana?.."

" dah makan dah...payyad ada kat atas tu main PSP dia dalam bilik."

"Ibu masak apa?" Keplaku dilentokkan ke bahu ibuku.

"Masak ikan keli masak belada je..nak makan pergilah ada kat dapur tu...nihah giann kalau nak makan sekali suruh si dahlia ni isikan.." Mak aku mempelawa gianni makan bersamaku.

"Hihi ibu ni tahu-tahu je lia nak makan masakan ibu..bang nak makan juga ke?"

" takpelah lia makanlah abamg dah kenyang makan lia masak tadi.." Jawab gianni

Aku hanya mengangguk dan menoleh ke arah ibuku yang tersenyum seribu makna.

"Gian ibu nak tanya ni lia ni pemalas tak kat sana?.. Dia masak tak hari-hari..."

"Ibu!! Lia rajin k" aku mula bersuara.

"Hahaha...tak malaslah bu..rajin anak ibu ni..belum pernah lagi anak ibu ni miss masak untuk gian..gian pulak tak sampai hati tengok dia.."

"Hmm tulah ibu dah cakap lepas kahwin mesti kau rajin punye...nasib aku kahwinkan cepat kalau tak melepek jelah kat sini satu kerka pun tak nak usik.."

"Ibux3 janganlah cakap kuat2 habis rasia lia.."

"Ceh..rasia sangat..dah yang dok kot sini lagi ni kenapa tadi kata nak makan sangat..dah2 pergi sana ibu nak berborak dengan menantu ibu."

"Ala nak dengar?"

" tak boleh..ni rasa ibu dengan menantu ibu..pergi main jauh-jauh" ibu menolak-nolakku menyuruh aku pergi.

Aku memuncungkan bibirku dengan berat hati aku melangkah masuk kedalam dapur sesekali aku memasang telinga juga mendengar apa yang dibualkan ibuku dengan gianni tapi malang satu habuk pun aku tak dengar akhirnya aku berputus asa dan makan makanan yang di masak oleh ibuku.




ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now