NEIGHBOUR

35.5K 624 16
                                    

Selepas solat subuh aku keluar menyidai baju.

Pada mulanya aku tak perasan yang rumah disebelahku kini sudah berpenghuni tetapi semasa aku menyidai baju aku melihat kereta myvi kuning terpakir disebelah.

Dah ada orang duduk akhirnya. Masa first time aku dan gianni pindah rumah yang sebelah ni masih kosong bisik hatiku.

Aku menyambung sidai baju. Aku ni bukan jenis bergaul sangat. So tak kuasa aku nak menegur jiran baru.

Sedang leka aku menyidai baju seorang lelaki berkulit sawo matang keluar daripada rumah sebelah.

"Morning.." Lelaki berkulit sawo matang itu menegur aku.

Aku menoleh mencari suara garau itu rupanya jiran baru itu.

"Morning..baru pindah ke?" Soalan cepumas haha.

"Ha'ah saya baru pindah 3 hari lepas sebab kolej dekatkan dengan area rumah ni" jawabnya

"Owh belajar lagi.."

"Ha'ah..saya ambil bidang ict ..awak?" Soalnya

"Saya.." Aku menjawab sambil melibas libas baju yang ingin aku sidai.

"Awak masih study ke?"

Soalan itu membuat aku berhenti melakukan apa yang aku tengah buat. Study dah lama aku lupakan perkataan itu haha.

"Tak saya dah tak study dah.."

"Oyeke..nampak macam muda lagi kenapa tak nak sambung belajar.."lelaki itu sudah memegang pagar yang memisahkan antara rumah aku dan dia.

" erm..no comment.." Aku membalas dengan senyuman yang tak berapa nak ikhlas. Sebenarnya aku tak pernah terpikir pun nak sambung belajar sebab aku ni jenis suka melepek kat rumah.

"Ok..ni borak-borak ni..nama awak siapa?..umur awak berapa?" Tanya lelaki itu

Aku memandang lelaki tadi bakul yang telah kosong ku angkat. dah macam polis mamat ni dok tanye macam-macam.

"Nama saya dahlia..umur 19..awak?" Soalku pula walaupun sebenarnya malas nak tanya tapi tak nak lah orang labelkan kita sombong pula kan.

"Nama saya asyraf..umur 21..ohh umur awak 19 mudanya.."

Aku yang dah mati kutu nak bina soalan terus meminta diri.

"Eh awak kejap.."

Aku yang sudah melangkah kaki ingin masuk kedalam rumah menoleh.

"Bye.." Asyraf melambaikan tangannya padaku. Ceh itu je ke dia nak cakap baik tak payah. Aku tersenyum dan membalas lambaian asyraf dan berlalu masuk kerumah.

aku naik keatas dan mengambil henfonku.

ABANG

sayang..buat apa tu?

AKU

baru lepas sidai baju..abang..

ABANG

ape? rindu abang ek😊

AKU

ermm bolehlah..ni nak bagitau ade jiran baru..🙆

ABANG

baguslah macam tu takdelah sayang bosan duduk rumahkan masa abang takde. family ke?

AKU

tak bukan family tapi bujang.

ABANG

oo lelaki ke perempuan?

AKU

lelaki..hensem nama dia asyraf umur dia 21 tahun😉.

sms aku dan gianni mati disitu. telefonku berdering menandakan panggilan masuk

"sayang jangan keluar rumah sampai abang balik!"

" lah kenapa pula?"

"abang kata tak boleh tu tak bolehlah"

"nanti nak angkat kain macam mana?"

" biar je kat luar.."

"abang jeles ek?"

"kalau abang jeles pun kenapa? tak salahkan..jangan keluar sampai abang balik faham!"suara gianni meninggi.

"hish yela2 benda tu pun nak marah ke?"suaraku dipelahankan

" apa awak cakap?"

"takdepape...i love you..bila balik?"

"malam ni balik..kalau boleh nak lagi cepat tapi ada meeting kejap lagi so balik malam"

"abang jangan balik lambat sangat tau.."

"ye..jaga diri tu...kalau jiran sebelah tu datang rumah kita jangan bagi dia masuk?"

"baik boss"

"kalau dia intai ke apa ke cepat2 telefon abang...faham!"

"baik suamiku.." suaraku dilembutkan

dah macam pengawal keselamatan dah cara si gianni ni bercakap aku hanya mengangguk dan mengiakan saja.

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now