MASAK

40.5K 636 24
                                    

15 minit kemudian...

Destinasi yang kami tuju sudah pun tiba.

Gianni membuka bonet dan mengambil barang yang dibeli.

"Eh sayang mama..dah sampai.." Suara mak limah kedengaran daripada pintu utama.tangan Gianni terhenti. barang yang ingin diambil tadi dilepaskan semula untuk menyalam ibunya yang sudah berada didepan pintu pagar.

Aku menghulurkan tangan kepada mak mertuaku ingin meyalamnya tapi tidak dibalas.

Sabar lia sabar..hatiku mula bersuara.

"Jomlah kita masuk" mama gianni menarik lengan gianni.

"Eh..gian nak angkat barang kejap.."seka gianni dan meleraikan pegangan tangan maknya.

" tak payah..pembantu rumah gianni yang baru tu kan ada.." Dengan selamba mak limah menunjuk ke arahku sambil suaranya seakan menghinaku.

Cis tak guna punya orang tua... Aku anggap kau ni mak mertua aku je..kalau tak aku lumat-lumat mulut kau dengan cili. Kurang pengajaran sivik betul. Dadaku mula turun naik menahan amarah.

Gianni memandangku yang sudah mencuka dek akibat dihina maknya. Hatinya mula berbelah bagi. Kesian melihat isterinya dihina tapi dia masih cemburu dengan apa yang dia nampak tadi. Jadi dibiarkan aku sendiri dengan barang-barang yang masih belum diambil daripada bonet kereta.

Aku melihat gianni hanya mengikuti ibunya membuatkan aku terlalu sakit hati. Aku mengetap gigiku.

Dengan nafsu amarah yang berkocak-kocak ku ambil semua barang dan ku hempas bonet kereta.

Aku masuk dan hempas barang-barang ke atas meja kaca.

"Woi kau nak pecahkan ke meja tu." Sergah bapa mertuaku. Haish lepas sekor-sekor yang menyakitkan hatiku.

Mak limah tersenyum pabila aku dimarahi suaminya.

"Oi perempuan sekarang aku nak kau pergi masak.." Arah mak limah dan gianni seperti selalu buatlah bodo dia tu. Langsung tak back up aku.

Aku mengambil kembali semua barang-barang dengan hati yang berkecamuk dan mataku mula berkaca dek kerana menahan rasa marah+dihina

Aku menggagahkan diri walaupun aku rasa marah+ sedih .

Nafas ku ditarik dalam-dalam sebelum aku menghembus keluar. Dahlia sabar dahlia..sabar.. Itu sahaja yang ada dalam pikiranku buat masa ini.

Aku mula memasak. Aku mengeluarkan ayam yang sudah dipotong ku letak tepi dan ku mula memotong semua bahan-bahan yang perlu ada untuk menuku malam ini iaitu ayam masak sambal, sayur kangkung belacan dan air sirap bandung cincau.

Selang beberapa jam kemudian segala masakanku telah siap dan ku hidangkan di atas meja.

Apron yang kupakai tadi diletakkan kembali pada tempat asal. Aku memanggil ketiga-tiga lahabau tu makan.

Mereka bertiga duduk mengelingi meja.

Mak mertuaku melihat masakanku sambil mencebik. "Ini je.."

"Dah tu nak banyak mana lagi" suaraku jawab mendatar.

"Haish! Kurang ajar betul mulut kau aku lumat-lumat kang baru kau tahu" tengkik mak limah

Dum! Bapa mertuaku menghentak meja " korang boleh senyap tak aku nak menjamu selera pun tak senanglah shial!"

Mak limah dan aku tekejut. Mata bapa mertuaku mula memandang tajam pada isterinya dan aku.

Suasana bertukar senyap seketika.

Gianni memecahkan kesunyian dengan mengambil makanan yang terhidang dan disusuli bapa mertuaku.

Mak limah tidak menyentuh makanan yang aku masak. Gianni yang perasan menegur maknya.

"Mama kenapa tak makan..."

"Aku takut dia bubuh racun"selamba jawab mak limah.

" haah memang saya letak racun pun supaya satu keluarga ni meninggal senang hidup saya tak payah duduk jadi orang gaji kot sini." Mulutku sudah tidak dapat dikawal. Segala rasa hati ku lepaskan.

Aku yang sedang menyuap nasi kedalam mulut serta merta berhenti tanganku renjis ke pinggan dan ku melangkah masuk kedalam dapur membasuh tangan.

Kali ini memang aku dah tak tahan. Pergi mampuslah semua orang malas aku nak layan.

Gianni menggelengkan kepalanya sebelum Gianni mengikuti isterinya itu.

Gianni memegang tanganku. Matanya tajam memandangku"Kau ni kenapa kurang ajar sangat..dia tu kan mak aku!" Bahasa gianni mula bertukar.

"Mak kau bukan mak aku..eh kalau dia layan aku baik takdelah aku nak melenting sampai macam ni!!..dahlah belah..anak beranak sama je.." Aku merentap tangan gianni dan berlalu keluar daripada dapur.

Ku capai beg tanganku dan beransur pulang. Aku tidak masuk kedalam kereta tetapi aku berjalan kaki walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Kisah apa aku. Tak ingin aku pijak lagi kot situ.

Aku berjalan dalam keadaan marah. Aku memandang sekeliling. Aku dah tak pikir dah berapa langkah dan mana yang aku nak pergi.hampir setengah jam aku berjalan aku mula sedar yang aku tidak tahu kemana harus aku tuju.

Tiba-tiba jalan raya disitu terasa sunyi dan mulalah meremang bulu tengkuk aku. Aku toleh ke kiri dan ku toleh kanan tapi satu kelibat manusia pun takde.

Aku memberanikan diri. Mulutku mula terkumat kamit membaca ayat kursi semoga dijauhkan daripada malapetaka.

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now