Tarikh yang paling dinantikan oleh ibuku sudah pun tiba.
Aku menyusun pinggan Di atas meja.
"Assalamualaikum" kedengaran suara daripada luar. Dah sampailah tu bakal menantu mak aku. Aku pantas naik ke bilik manakala ibuku menjemput tetamu masuk.
Kedengaran gelak tawa dibawah. Aku memandang cermin solek dibilikku rambutku ditutupi oleh tudung bawal crepe merah manakala wajahku mengenakan solekan tipis. Baju aku pula?.. Aku memakai baju kurung biasa mengikut badan tetapi tidak terlalu ketat. Tunang je kot nak buat apa pakai lawa-lawa aku bukan artis kalau aku artis ya tunang pon kene glamour kot!.
Pintu bilik ku diketuk dan dikuak dari luar. Seorang perempuan tua memakai tudung jambul kedepan ala2 siti nurhaliza gitu masuk kedalam.
Pantas aku menyalam.
" oh ni ke dahlia..cantik orangnye patutlah anak sedare makcik nak sangat.?"
" anak sedara?"
"Ha'ah makcik ni wakil bagi ibubapa bakal suami kamu gianni."
Aku tersenyum nipis. Otak aku ligat mecipta soalan. Kenapa mak dr.gianni sendiri tak datang? Kenapa hantar wakil?. Kutepiskan semua soalan itu.
Mak cik sedara gianni menghulurkan sebuah kotak kecil merah dan dibuka sebentuk cicin emas putih diambil dan disarongkan di jariku dan dicium dahiku lama.
" alhamdulillah...kira semua dah selesailah ni.." Ibuku menyampuk.
"Alhamdulillah...minggu depan terus buat persiapan kahwin.." Makcik sedara gianni menjawab.
Aku memandang ibuku mataku dibesarkan. What?! Minggu depan? Persiapan kahwin? Tak nak cepat pulak?
Mak aku tak mengindahkan pandanganku dan membawa tetamu turun ke bawah untuk menjamu selera sebelum beransur pulang.
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...