KAWAL

55.5K 624 3
                                    

Walaupun aku dan gianni sudah berbaik tapi aku tahu tabiat yang suka memukul dia masih belum dapat dikawal lagi.

Setiap pulang daripada kerja gianni akan membuat muka cemberut lepastu bila dia masuk bilik dia akan menjerit lepastu kalau boleh semua barang dia nak hempas ke dinding. Mungkin sebab tak dapat lepas geram kat aku semua dalam rumah tu jadi mangsa. Yang lagi malangnya semua barang yang dia sepahkan aku yang kene kemas.sabar jelah.Kalau nak lepas geram kat gelanggang tak boleh pula sebab hujung minggu je dia pergi hari biasa tak boleh pergi sibuk.

Hampir mati kutu aku nak hilangkan tabii dia.

*****************************
Aku memakai baju kemeja gianni yang agak besar. Labuh takat bawah bontot dan ku sarungkan boxer gianni nasib muat. Rambutku ikat sanggul tinggi. Aku mengenakan pakaian sexy sikit nak memikat hati suamilah katakan.

Gianni pulang daripada kerja dan seperti biasa mukanya yang cemberut. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku pasti boleh mengubah suamiku daripada terus menjadi dayus.

Ya allah kuatkan dan tabahkanlah hambamu ini ya allah.

Aku membuka pintu rumah dan gianni masuk salamku langsung tak disambut seperti selalu.

Aku meletakkan air jus oren atas meja. Mataku masih merenung gianni.

"We need to talk.." Aku memulakan bicara.

Gianni yang tadinya melenggakkan kepalanya di atas kerusi terus diangkat kembali.

Dahinya diurut.giginya diketap "Please not now.." Suara gianni bergetar menahan rasa marah.

Aku duduk sebelahnya dahiku dirapatkan dengan dahinya.lama.tangan kulekapkan di tepi pipinya yang berjambang. Buat masa ini aku tak rasa yang aku perlu mengeluarkan suara.

Dada gianni berombak deras. Giginya diketap. Mungkin menahan nafsu memukul yang membuak-buak.

Aku menggenggam tangannya dan ku tarik dengan lemah lembut sehingga kedalam bilik air. Gianni hanya mengikut sahaja pegerakanku macam kena mandrem.

Aku membuka satu persatu butang baju kemejanya dan kubuka baju kemeja gianni.

Aku beralih pada seluarnya pula kubuka tali pinggang yang melekat di seluarnya dan ku lorotkan seluarnya kebawah meninggalkan boxernya sahaja.

Aku menolak dada bidang gianni sehingga badannya terduduk diatas singki.

Aku mengambil shave dan krim shave. Kuletak di sekeliling jambangnya. Gianni mengangkangkan kakinya dan aku menyelit ditengah.Dengan berhati-hati aku mencukur jambangnya yang sudah lama tak terurus.

Gianni hanya melihat perlakuanku tanpa menolak atau membantah. Setelah selesai mencukur jambangnya.

Aku menarik kerusi plastik pendek yang ada dalam bilik air. sebelum meletakkan kerusi pendek itu ku alas surat khabar supaya nanti rambut gianni senang dikutip.ku menarik gianni duduk di kerusi tersebut. Aku memotong rambutnya yang mula panjang. Nasiblah aku reti potong rambut sebab adik aku dulu selalu suruh aku potong rambut dia.

Aku memotong, mencukur, mengurut-urut kepalanya dan sebagainya supaya rambut gianni menjadi kemas. Ambil masa sejam jugalah bagi gianni rasa tenang dan selesa.

Apabila aku mengurut kepala dan bahunya gianni menutup matanya bibirnya mula mengukir senyuman. Mungkin selesa agaknya.

Aku tersenyum melihat gianni.lega rasa hati tengok suami tersayang tak cemberut ja muka.

Setelah selesai memotong rambut dan mengurut gianni aku mengibas-ngibas bahu dan lehernya yang penuh dengan rambut. Lantas aku menarik gianni kembali duduk ditas singki dek kerana nak mengemas rambut-rambut gianni yang berselerak di surat khabar dan kerusi.

Aku masuk kembali kedalam bilik air sesudah membuang surat khabar tadi.

Aku melihat gianni membelek wajahnya dicermin dan aku menempatkan diriku disebelah gianni.

"Pandai sayang potong rambutkan..sayang belajar daripada mana" gianni mula bersuara manja dan sensual.

Tangan gatalku melingkari pinggang gianni. "Erm belajar kat mr google..lepastu try buat dekat adik payyad.."

Gianni menundukkan mukanya sambil ketawa kecil. "So si payyad jadi mangsa sayanglah ni..". Gianni mencari anak mataku.

Aku mengagguk sambil menayangkan gigi macam iklan ubat gigi gitu.

Gianni mencium ubun-ubunku dan bibirnya beralih ke telingaku membisik " terima kasih sayang...ringan sikit kepala otak ni..dan terima kasih sebab bersabar dengan sikap abang"

Aku mengukirkan senyuman mataku terpejam sekejap menikmati sentuhan sensual daripada gianni sebelum mataku bertaut dengan matanya. Lama

" dah sekarang pergi mandi..lepastu kita solat sama-sama tau.." Aku memberi arahan.

"Ala...mandikanlah" gianni membuat suara manja.

"Eee..dah besar pun mengada macam budak kecil.."

"Takpelah..abang jadi budak kecil sekejap..jomlah mandi" gianni menarikku merapat padanya.

"Ermm yelah-yelah..lepastu kita solat sesama okey." Gianni mengangguk sambil bibirnya mengukirkan senyuman gembira.

Pintu bilik air kututup dan kukunci.

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now