Aku mengambil kerusi meja solekku dan ku duduk ditepi gianni sehingga gianni bangun
Entah berapa lama aku tunggu dia terjaga sambil membelek-belek telefonku menunggu gianni bangun sesekali aku mengerling ke arah jam.
Gianni terjaga tangannya direntap-rentap meminta pembebesan. Matanya di buka perlahan-lahan. Ah kepalanya berdenyut-denyut.
Gianni menoleh ketepi dilihat aku yang duduk sambil menyilang kaki.
"Dah bangun dah" soalku sambil menjongketkan keningku. Aku membuat gaya seperti 'sexy devils'. Dia tak tahu lagi setan aku macam mana meh aku nak tunjuk sikit.
"Erh..apa kau buat ni...lepaskanlah.."
Aku mencebik "aku lepaskan kau..supaya apa kau boleh pukul aku lagi..macam tu.." Bahasaku sudah berubah.
"A..abang minta maaf" gianni seakan merayu.
"Minta maaf tapi buat lagi baik tak payahlah..aku sempat hidup dengan lelaki spesis macam kau jadi aku tahu sangat..perangai lelaki macam kau.."
Gianni mengerutkan keningnya bibirnya pula diketap.
"Awak nak saya buat apa.." lemah suara gianni. Dia kalah. Gianni sayangkan aku tapi nafsu untuk memukul perempuan lebih menguasai dirinya sehingga dia tak dapat mengawal dirinya sendiri.
Lagipun dia sudah terbiasa melihat bapanya memukul ibunya mungkin kerana itu gianni ingin mencuba kepada isterinya pula.
"Aku bagi 2 choice kau boleh pilih...1 ceraikan aku malam ni juga..2 berubah. jangan pernah pukul aku.. Sekali lagi kau pukul aku..tak de maaf..kau nak atau tak nak kita tetap akan bercerai selepas itu..kalau kau pilih pilihan kedua..aku akan tolong kau..aku bagi masa kau untuk berfikir." Aku bangkit dan ingin keluar tetapi aku terhenti sekejap.
Aku menoleh memandang tepat mata gianni. "Aku boleh jadi isteri yang baik kalau kau layan aku dengan baik dan aku boleh jadi monster kalau kau layan aku sebaliknya." Aku memulas tombol pintu dan keluar.
Aku memberi ruang untuk dia berfikir. Aku belum cukup tenaga lagi untuk melawan gianni jadiku biarkan diri gianni terikat di katil.
Gianni menyentap-nyetap tangannya tapi tali yang diikat oleh dahlia sungguh ketat. Ah! . pada mulanya gianni ingat dahlia seorang yang lemah dengan perwatakan dia yang manja dan lembut dan selalu membuatkan gianni cair.
Tapi semuanya meleset sama sekali disebalik kesopanan dan kelembutan dahlia dia seorang yang tabah dan perwatakan yang sukar ditafsir.
Otak gianni mengulang ayat yang dahlia cakap tadi "aku sempat hidup sekali dengan manusia yang spesis macam kau.." Maksud dahlia bapa diakah?. Kenapa dia tak pernah cerita?. Ah! . macam mana dia nak cerita dengan perangai aku macam ni.
Gianni memandang ke syiling atas dan tangannya mendepang kerana terikat. Otaknya mula memikirkan pilihan yang diberi dahlia. Cerai atau berubah. Cerai. Berubah. Cerai. Berubah soalan itu berulang kali menerjah kedalam otakknya.
Cerai?. Tapi aku tak sanggup hidup tanpa dahlia. Sejak kali pertama aku jumpa dahlia hari-hariku asyik teringat dia je dan setiap sentuhan dahlia membuatkan aku ketagih. Aku tak sanggup nak bayangkan hidupku tanpa dahlia.
Berubah?. Mungkin itu satu-satunya cara untuk dahlia kembali mencintaiku.
Setelah hampir sejam aku berteleku memikirkan segalanya dahlia masuk.
" so?" Soalnya.
"Baikla..abang pilih nombor 2.." Gianni menjawab lemah.
Aku melirikkan senyuman. Ya memang aku marah dengan gianni. Ya memang aku menyesal sebab kahwin dengan gianni tapi entah mengapa hatiku dah tertaut pada gianni.ah aku kalah dengan godaan gianni. Dan aku dapat rasakan keikhlasan cinta gianni sejak pertama kali pertemuan kami.
"Bagus..tapi untuk sebulan ni kau tak boleh sentuh aku..peluk or whatever..kau tak payah risau aku akan tetap jaga makan minum kau..but no touching."
Gianni menundukkan kepalanya " tapi kenapa.?"
"Itu punishment untuk kau..selagi kau kasari aku selagi itu kau takkan dapat aku..dan aku takkan bagi kau mengandungkan aku selagi kau tak berubah.."aku tahu apa yang aku buat ini salah dan berdosa bagi seorang isteri.tapi ini bagi menyedarkan gianni bahawa melepaskan amarah terhadap insan yang lemah seperti kaum hawa bukanlah jalan penyelesaian yang baik.
"What!!" Suara gianni seakan terkejut.
"Ini untuk kesedaran kau juga.. Lagi satu..untuk sebulan kita takkan tidur bersama."
"Dahlia..." Gianni bersuara lemah. 100% diri isterinya berubah kepada seseorang yang dia tak kenal. Seperti setan yang sedang menyiksanya pun ada.
Aku terhenti pabila gianni menyebut namaku. Aku mengemam bibirku.Hatiku terpukul. Aku sayang dia tapi aku tak nak melahirkan anak yang spesis dengan dia jadi sebelum benih gianni masuk kedalam rahimku lebih baik aku ubah diri dia dulu. Kalau tak aku yang menyesal.
Aku berkalih kearah gianni dan mencium dahi gianni "good night..and untuk luka kat belakang tu..pandai-pandailah kau ubat diri kau...kau kan doktor" suaraku dilembutkan tapi bahasaku masih tidak berubah rasa sakit hati masih ada.
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...