TELL ME EVERYTHING ABOUT YOU

52.6K 648 3
                                    

Selepas solat isyak dan makan malam gianni berehat diatas katil.

Aku menyapu losyen citra kebadan sambil mataku memerhati gianni daripada pantulan cermin. gianni sudah baring sambil tangannya membelek telefon samsung note 4nya.

Aku tersenyum setelah selesai menyapu losyenku aku menempatkan diriku disebelahnya sebelum itu lampu bilik ku tutup.

Aku memeluk pinggang gianni sambil mukaku mencium dada bidangnya.

"Abang.." Suaraku dilembutkan

"Ye sayang.." Gianni membalas sambil tangannya mengusap rerambutku. Nyaman. Terasa dilindungi dan disayangi.

"Tell me everything about you?" Soalku.

Gianni mendengar soalanku dan dengan perlahan gianni menutup telefonnya dan diletakkan di atas meja.

"Everything...apa yang sayang nak tahu?"

"Erm...semua..kenapa awak jadi kaki pukul and kenapa keluarga awak tak suka saya..everything..everything yang sepatutnya saya tahu tentang awak.."

"Hhehe..ermm macam mana nak cerita ek.." Gianni tertawa perlahan dan mencium ubun-ubunku sebelum kembali bercerita.

"Sebenarnya..keluarga abang mungkin agak pelik berbanding orang lain.."

"Kenapa pula?"soalku

" sebab..bapa abang seorang kaki pukul dan mak abang perempuan yang jenis cepat marah dan melenting tapi bila dengan bapa abang dia selalu kena pukul macam perempuan lemah."

"Kenapa mama selalu kena pukul dengan papa..?"

"Entah.. Abang pun tak tahu kadang-kadang pasal benda kecil pun bapa abang nak pukul mak abang mungkin sebab bapa abang dah biasa kot."

"Sebab tu abang suka pukul saya sebab nak ikut cara papa lah ni.." Aku mula bangkit daripada pembaringan.

"Actually..yes sebab dah terbiasa daripada kecil kot tengok papa pukul mama tanpa sebab so bagi keluarga abang that is normal..lepas tu baik macam takdepape berlaku.." Jawab gianni.

"Owh jadi selama ni abang kahwin dengan dahlia sebab nak pukul dahlia lah kan..fine" aku mula berpeluk tubuh tapi pantas gianni tarik aku kembali kedalam pelukannya.

"No..abang kahwin dengan dahlia sebab abang memang betul cintakan dahlia at the first moment we met.." Jujur jawapan daripada gianni sambil pelukannya diperketatkan lagi.

Aku tersenyum sambil bibirku mencium kembali dada bidangnya.

"Betul?"

"Betul"

"Tapi kenapa pukul dahlia kalau abang cintakan dahlia.."

"Ermm entahlah sometimes abang terikut cara papa.."

Aku kembali dan memadang tepat kedalam anak matanya walaupun gelap aku tahu dia juga melakukan perkara yang sama.

"Abang boleh hilangkan tabii tu and one morething abang dah dewasa dah boleh fikirkan mana betul dan mana yang salahkan.."

Gianni mengangguk lemah kepalanya ditundukkan mukanya agak suram.khilaf.

"Abang.." Suaraku dilembutkan

"Ermm"

Aku mendekatkan bibirku pada telinganya. " i love you" suaraku disensualkan.

Gianni tersenyum dan berpaling padaku dan memcium dahiku.

"Hmm abang dah cerita semua pasal abang lia pula cerita pasal lia.."

"Ermm pasal apa?" Soalku keliru.

"Hmm masa tu lia ada cakap yang lia pernah tinggal dengan spesis macam abang maksud lia siapa?"

Aku kumpulkan seluruh nafasku dan kuhembuskan pada masa yang sama.

"Orang tu adalah arwah bapa lia..dia seorang kaki judi and kaki todi..selalu habiskan duit ibu..penat ibu kerja semua duit dia ambik untuk main judi dengan beli benda haram tu.."

"Kenapa ibu tak minta cerai?"

"Ermm..walaupun perangai dia macam tu..asik curi duit ibu..pukul ibu bila mabuk tapi kalau dia tak mabuk dia seorang yang ambil berat tentang ibu sayang ibu dan kadang-kadang suka buat lawak dengan kitorang kalau ada masa kitorang duduk rumah sama-sama sebab tulah lia ikut perangai loya buruk dia dan sebab itulah ibu tak sanggup nak minta cerai..sebab bapa terlalu ambil berat tentang dia dan menyayangi dia sepenuh hati tak pernah padang perempuan lain ataupun curang belakang ibu.

Gianni mengusap rambutku.

"Macam mana bapa meninggal?.."

"Lepas bergaduh dengan ibu bapa keluar esoknya kitorang dapat tahu papa eksiden kena langgar dengan lori.."

"Jadi sebab tulah lia tak suka lelaki yang pukul perempuan.."

Aku mengangguk "walaupun dia sayang ibu macam mana pun Dan walaupun kitorang tahu yang bapa sayang dan cintakan ibu sangat-sangat tapi dia buat adik beradik lia termasuk lia membenci dia..dan lia tak nak anak lia benci bapa dia ataupun jadi lebih teruk daripada bapa dia..jadi sebelum lia pregnant..you have to change abang.."

Kini giliran gianni pula mengangguk sambil tersenyum hambar. Manusia mempunyai cerita hidup yang berlainan. Tetapi cerita hidup merekalah yang mengajar mereka untuk memilih sama ada betul atau salah dan baik ataupun buruk.

Aku akan berubah untuk dahlia dan untuk kebaikan. Terima kasih ya allah temukan aku dengan isteriku. Dia banyak mengajar aku apa erti sabar dan apa erti kehidupan. Hati gianni bersuara.

"Sayang.." Gianni memanggil tetapi tiada sahutan jarinya tidak lekang membelai rambut dahlia.

"Sayang.." Gianni memanggil lagi dan diturunkan kepalanya selaras dengan wajah dahlia.

Lah dah tidur budak ni patutlah tak menyahut. Gianni mengusap pipi dahlia dan mencium dahi dahlia sebelum mengikut sama menyertai dahlia di alam mimpi.

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now