WITH YOU

63.3K 663 11
                                    

Tepat pukul 9 bunyi kereta kedengaran pantas aku mencapai beg tanganku tak nak tepat pula dia datang nasiblah aku dah siap fiuh! Bisik hatiku dan turun ke ruang tamu.

Aku melihat gianni menyalam ibuku dan berbual kosong. Aku mengambil kasut didalam almari kasut dan kupakai.

Aku dan gianni berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah menaiki kereta milik gianni.

"Ni first time kita pergi berdua je kan?" Gianni memecahkan kesunyian.

Aku mempamerkan senyuman terpaksa dan mengangguk.

"Awak kenapa senyap?" Soal gianni.

Aku memandang malas gianni "sebab tak nak kacau awak drive. Takut kang belum sempat kahwin dah langgar tiang letrik meninggal.."

Gianni tertawa "pandai awak loya burukkan"

"Hihihi genetik arwah bapa saya tu yang loya buruk tu..ermm saya nak panggil awak ape ek?" Tiba-tiba soalan itu terkeluar.

"Buat mase sekarang ni panggil you I pon boleh awak saya pon boleh name pon boleh."

"Erm macamtu saya panggil name jelah ek.."

" okey.."

" gian..kita nak pergi mana dulu.."

"Kita pergi fitting baju dulu"

"Ooo"

Aku kembali membisukan diri pandangan ku buang ke luar tingkap. Gianni berdehem aku menoleh kembali ke arah gianni.

"Awak..nampak cantik hari ni..." Gianni bersuara

"Ermm hari ni je..selalu awak jumpa saya tak cantiklah.." Bidasku.

Gianni memegang tanganku dan mencium tanganku manakala tangan sebelah lagi masih memegang stereng kereta." You always beautiful in my eyes bae.." Jawab gianni.

Apalagi menyerbu darah naik kemuka dah lah cakap macam tu lepastu pergi bantai pegang tangan aku..huh! Kuatkan iman lia..

Gianni masih memegang tanganku perlahan aku menarik tanganku.

"Lah kenapa tarik" gianni memegang kembali tanganku.

"Awak tak geli ke? Tangan saya kan dah berpeluh ni hah"

"Ala awak ni nanti masa malam pertama lagi banyak peluh yang keluar..bukan setakat peluh air.."

Belum sempat gianni sambung aku mencubit pinggangnya.

"Awak..setop! Jangan rosakkan minda suci saya ni oh..key"

Gianni tergelak besar."adududu..awak ni comel lah..betul cakap mak awak perangai boleh buat orang gile..tapi comel" Pandangann masih fokus ke jalan raya tapi bibirnya masih tidak lekang dari ketawa.

"Haha dah gila belum?" Soalku

"Saya dah gila sejak pertama kali jumpa awak..gila kat awak.." Gianni memandangku dan dikenyitkan matanya. Oh gosh! That was gold bae. Bisik hatiku.

Aku tak dapat bayangkan mukaku pada masa ni dah merah tahap babun aku rasa tahan malu ni. Tak sangka aku si dr.gianni ni sweet tahap gula-gula kapas

Beberapa minit kemudian tiba di butik pengantin gianni membuka pintu kereta untukku dan mengambil tanganku diletakkan di lengannya. Aku apalagi peganglah dahlah sado bak kata orang rezeki jangan ditolak huhuhu gatal na. Aku bertentang mata dengan gianni.

"Saya tak nak awak lari sebab tu saya suruh awak pegang lengan saya..sado tak" gianni menyoal senyuman masih tidak lekang dibibirnya.

"Hmm bolehlah sedap2 tapi kalau sado sangat saya tak nak macam the rock ke...eee geli..kalau awak sado macam tu..saya reject terus awak.."

Gianni tertawa lagi "okey macam tu saya kena kekalkanlah badan saya macam ni baru awak tak lari kan."

Aku mengangguk malu dan dahiku bercium dengan lengannya menutup wajahku yang sudah berbahang dah ni..

*****

Setelah selesai segala-galanya gianni mengajakku makan malam dan menghantarku pulang.

Sampai kerumah aku terus membuka pintu kereta pantas gianni memegang lenganku.

" bye sayang jangan lupa mimpi saya tau.." Gianni mengenyit matanya lagi!!! dan melepaskan pegangan tangannya. Huish mamat ni kalau lama lagi aku tak tahulah apa jadi dahla iman aku ni tak kuat..boleh mati kene mandrem aku rasa bisik hatiku. Aku hanya mengukirkan senyuman dan terus beredar masuk kedalam rumah.

ROUGH LOVEWhere stories live. Discover now