Selepas solat zuhur berjemaah kami kembali berkumpul di ruang tamu.
Payyad duduk disebelah gianni dan menarik baju gianni.
"Abang.. payyad bosanlah..payyad nak jalan-jalan ni asik duduk rumah je.."
Gianni tergelak "haha ala kesiannye dia bosan..sayang adek sayang ni hah katanya bosan..apa kata kita bawa dia jalan-jalan nak?" Gianni mula memberi cadangan.
"Jalan-jalan? Dengan payyad? Kejap akak tanya ibu?"
"Ibu payyad nakal tak masa lia takde.."
"Ehmm kau takde macam mana dia nak nakal..dah takde siapa nak kacau dia.."
"Payyad jaga ibu tak?"
" jagalah itukan ibu payyad takkan payyad tak jaga kot..hish akak ni soalan macam budak darjah satu.."
"He eleh orang tanye je..kalau macam tu jomlah kita pergi jalan payyad nak pergi mana?"
"Payyad nak pergi..jalan-jalanlah..mana-mana pun takpe.."
"Lahai payyad ni kalau nak jalan-jalan depan rumah tu pun boleh..keluar rumah jalan sampai kat padang sana jalan-jalan juga tu.."
"Ah..kak lia buat lawak..lawak sangat" payyad membuat muke seposen.
Aku tertawa dapat mengenakan adek aku seorang ni dah lama tak buat dia sakit hati.
Gianni turut tertawa sekali melihat telatah aku dan adekku.
"Macam nilah esok abang dengan kak lia datang awal bawak payyad pergi jalan-jalan ok..sekarang ni dah lambat nak keluar jalan-jalan pun.."
"Ok..abang giann.."
"Ibu tak nak ikut sekali ke ibu?" Soalku.
"Ermm takpelah..ibu punye badan ni pun bukan larat nak jalan-jalan..malas ibu..ibu dah puas dah jalan-jalan dulu..bawa je lah adek kau tu..dia pun dah lama tak jalan-jalan.."
"Ok..ni bu kak ngah ngan abang long tak jenguk ibu ke?"
" jenguk..diorang selalu juga datang..abang long kau tu seminggu sekali mesti datang..kak ngah kau pun selalu datang..kejap lagi datanglah diorang tu..."
"Assalamualaikum." Kedengaran suara diluar rumah.
"Walaikummusalam..hah tu baru cakap kak ngah kau dah datang.."
"Ibu...angah datang ni..zafran ngan aqish pun datang katanya nak main dengan abang payyad" kak ngah menyalam tangan ibuku dan dicium kedua belah pipi ibuku.
"Abang payyad kau tu tengah gembira sebab esok abang gianni dia nak bawa jalan-jalan."
"Hah lia lepas kahwin susah benar nak jumpa.."
"Hihi..lia bukan tak nak tapi gianni selalu sibuk"
"Ada ja alasan..ni lia esok apa kata kita konvoi pergi sungai gabai..amacam ajak abang long sekali."
"Eh lia takde masalah..tapi kena ade greenlight daripada suami dulu.."
" tu lia tak payah risau biar akak settlekan." Kak ngah berbisik ditelinga suaminya zairi yang sedang berborak dengan gianni.
Zairi mengangguk tanda memahami apa yang kak ngah sampaikan. Zairi membalas bisikan kak ngah.
Kak ngah kembali semula padaku.
"Dah settle.."
"Uish main bisik-bisik..so sawit.."
"Well kitorang memang always sweet." Kak ngah menjawab bangga.
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...