selepas solat isyak aku memberi gianni makanan dan ubat.
telefon bimbitku berdering menandakan panggilan masuk.
"assalamualaikum..ibu.."
"walaikumsalam lia..sihat?"
"sihat alhamdulillah."
"gianni sihat"
"dia demam bu..takde ribut takde ape demam ni lia risau ni... asik muntah-muntah je bu.. "
" yeke ya allah..dah bawa pergi hospital dah."
"dah doktor kata demam biasa. tapi lia tengok macam luar biasa"
"tapi hati ibu kuat merasakan yang gianni demam sebab lia"
"eh kenapa pula lia yang kena"
"cuba lia pergi check dekat klinik"
"lah ibu yang sakit bukan lia tapi gianni dah kenapa nak check dekat kliniknye."
"mana tahu ade isi?"
"hah isi"
"huh isi apa?"
"maksud ibu baby..sebab dulu masa ibu mengandungkan abang long kau macam tulah bapa kau..dia yang demam dia yang muntah-muntah macam orang mengandung.."
"eh..macam tu pon boleh.."
"mestilah...ni ibu ada kerja ni..kirim salam kat gianni...jangan lupa pesan ibu..assalamualaikum."
"walaikummusalam.."
*********
dah dua tiga hari berlalu gianni semakin pulih tapi perangainya pelik tak suka bau wangi lepastu tak selera makan, pening kepala macam-macam lah.
aku pula yang risau tengok dia. tiba aku teringat pesan ibu.
aku masuk kedalam bilik dan membuka laci meja solekku mencari pregnancy test tak silap aku ada simpan dalam laci ni.
cari punya cari akhirnya aku menjumpainya.
aku membaca kotak yang tertulis cara-cara menggunakannya.
aku menuruti kesemuanya. beberapa minit kemudian keluar dua baris merah di pregnancy test.
aku membaca pada kotak tersebut. satu negatif maksudnya takde isi dua..positif..oh my god..
aku menekup mulutku kegembiraan.
aku tak sabar menunggu gianni pulang dari tempat kerjanya.
********
10 malam
aku menempatkan diriku disisi gianni yang sudah berselimut.
"abang..lia nak cakap sikit.."
"hmm..apadia.."
"lia rasa lia dah tak boleh sayang abang macam dulu" aku bersuara lemah.
gianni bangun dan memandang mataku mukanya mempamerkan wajah sedih.
"maksud sayang..sayang jangan macam-macam abang tak suka.."
"sebab..sebab..sebab.."
"hish sebab apa!" suara gianni naik satu oktaf.
aku menunjukkan keputusan pregnancy test tadi.
gianni mengerutkan dahinya dan mengambil pregnancy test dari aku.
mukanya yang tadi mencuka terus berubah. gianni menggoyang-goyangkan pregnancy test tersebut.
"jadi inilah sebabnya." gianni mengukirkan senyuman
aku mengangguk sambil tersenyum gembira.
"pandai sayang berlakonkan ...finally!! abang akan jadi ayah.yes! yes!"
gianni memelukku erat.
"terima kasih sayang..sebab bagi abang peluang untuk menjadi ayah"
"abang ni..sejak jadi ayah berpuitis lebih.."
"ala sayang ni abang cuma meluahkan rasa gembira yang tidak terkata."
"patutnya lia yang kena berterima kasih kat abang"
"sebab apa?"
"sebab semua simtom yang patutnya lia kena waktu mengandung semua beralih pada abang huhu"
"eh2 betullah..macam mana boleh jadi macam tu.."
"sebab baby dalam perut ni sayangkan mama dia sebab tu dia tak nak mama dia sakit jadi dia beralih pada abang."
"jadi abanglah mangsa dia.." gianni memegang perutku dan menurunkan kepalanya sedikit.
"anak papa..anak papa.."
"anak...mamalah..mama dia yang mengandungkan ok.."
"tapi papa dia yang sakit ok..."
alhamdulillah dengan berkat yang maha esa aku akan mendapat anggota baharu. terima kasih ya allah.
END
***********************
tamatlah sudah rough love...
hope korang enjoy it and...
jangan lupa vote and komen#love ya 💋
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...