Selepas solat maghrib gianni kembali ke keretanya. Gianni mula menghidupkan enjin tapi malangnya tak berjaya. Gianni memusingkan lagi kunci keretanya untuk menghidupkan enjin keretanya tapi tak berjaya juga akhirnya gianni mengalah.
Gianni keluar daripada perut kereta dan membuka bonet depan dan periksa apa yang tak kena dengan keretanya.
Diperiksa satu persatu minyak hitam, tangki air semuanya baik sahaja apa yang tak kena.
Gianni takdelah pandai sangat tentang kereta ini. Akhirnya gianni mati kutu mencari punca mengapa keretanya tidak hidup.
Gianni mengeluarkan telefonnya menelefon kawannya yang bekerja mekanik.
"Hello roy...boleh tolong tak? Kereta aku gi tibai rosak pula kat tengah RnR genting sempah ni.."
"ermm...Boleh2 untuk kau boleh saja.....nanti aku sampai..tapi lambat sikitlah..kau pun tahukan KL dengan RnR sempah ambil masa bapa lama.."
"Takpe2 aku tunggu terima kasihlah roy..nasib kau ada kalau tak aku tak tahu nak cari siapa lagi.."
"Ok2 sama-sama sekali sekala tolong kawan." Jawab roy dan memutuskan talian.
Aku melihat skrin telefonku menandakan pukul 9 30 malam. Mesti dahlia sedang menunggu aku bisik hati gianni.
Pantas tangan gianni menekan nombor telefon dahlia dan menelefon dahlia tapi malang dahlia tak angkat.
Mana pulaklah si dahlia ni ngomel gianni seorang diri. Berkali -kali gianni menelfon dahlia tetapi tidak diangkat juga hanya suara merdu perempuan yang entah mana asal usulnya.
Akhirnya gianni memutuskan untuk menghantar wassup.
Aku
Sayang kenapa x angkat tepon? Ni abang balik lambat sikit tau..kereta rosak.
Aku lihat 'last seen' dahlia pada pukul 8 45 malam. Si dahlia ni dah tidur ke apa? Gianni mula mencipta soalan sendiri.
Gianni yang mula bosan duduk di kereta akhirnya gianni memutuskan kembali ke surau untuk menunaikan solat isyak. Selepas solat isyak gianni berteleku sebentar di surau sambil menunggu roy.
*************************
11 45 malam
Telefon gianni berbunyi menandakan ada sms masuk. Gianni yang ingin terlelap terus terjaga di seluk koceknya mengambil telefonnya.
Roy
Bro aku nak sampai dah ni.
Aku
Ok2 aku tunggu kau tahukan kereta aku yang mana yang nombor plat WW 3878 H
Roy
Kereta kau yang tu tahu-tahu nanti aku sampai.
Gianni menutup lampu telefon bimbitnya dan keluar memakai kasut kulitnya dan berjalan menuju ke keretanya yang terletak beberapa meter sahaja daripada surau.
Setengah jam kemudian roy sampai dengan lori tundanya.
"Bro lama tak jumpa sihat?" roy yang baru keluar daripada perut lori itu menegur gianni
"Alhamdulillah sihat kau macam mana sekarang?"
"Macam nilah bro still sama..jomlah nanti lambat pula sampai KL."
Gianni dan roy memulakan perjalanan.
Gianni melihat kawannya yang sedang leka memandu. Roy ni bukan tak hensem. Hensem dengan muka ala-ala cina rambut diwarnakan perang. tapi malangnya dah 25 tahun tak kahwin lagi.
"Roy kau ni bila nak kahwin?" Gianni memulakan perbualan.
"Entahlah bro belum ada rezeki.."
"Kau kan banyak duit takkan awek seorang pun tak melekat." Gianni membalas.
"Hmm..memanglah banyak awek nak kat aku tapi bukan sebab nak aku tapi nak ke duit aku je..naik malas aku." Jawab roy selamba.
Ada betul apa yang roy katakan. Sekarang ni susah nak cari manusia yang tak kejarkan hal dunia nak-nak benda yang bernama duit.
"Kau tu..dah kawin aku rasa nak dekat setahun jugalah..orang rumah kau tu dah ada isi belum.." Roy pula menanyakan soalan.
Gianni mengurut dahinya.
"Belum lagi bro.."
"Lah ingatkan dah ada.." Roy menjawab sambil ketawa.
"Belum ada rezeki..lagi bro..nanti aku usaha keras sikit supaya ada haha" jawab gianni selamba.
Mereka berdua tertawa dengan jawapan daripada gianni.
Sepanjang perjalanan gianni dan roy berbual sehingga gianni tidak sedar yang lori roy sudah tiba dirumah gianni.
Gianni bersalam dengan roy sebelum keluar daripada perut lori.
"Ok bro terima kasih nanti bila kereta aku dah siap rojer..aku datang ambil.."
"Ok2 nanti papehal aku rojer..kirim salam kat orang rumah kau sekali"
"Ok nanti aku sampaikan..papepon terima kasih bro ambil aku dan hantar aku sampai kat rumah ni"
"No hal2..aku gerak dulu."
Gianni masuk kedalam rumah pabila lori roy mula meninggalkan pekarangan rumahnya.
Gianni melihat dahlia sedang tidur diatas sofa dengan tv terbuka.
Gianni menggelengkan kepalanya kesianlah bini aku seorang ni bisik hati. Senyuman terukir dibibir sambil kepalanya digelengkan.
Gianni mendekati dahlia dan mendokong dahlia naik ke bilik.
Gianni meletakkan dahlia diatas katil dan dicium pipi isterinya. Bau losyen yang dipakai dahlia mula menusuk masuk kedalam hidungnya. Bau yang dia rindukan pada dua hari lepas. Diusap rambut isterinya sebelum masuk kedalam bilik air membersihkan dirinya.
YOU ARE READING
ROUGH LOVE
Romanceberkisah tentang seorang perempuan terpaksa berkahwin kerana dipaksa tanpa dia sedar dia terjerumus dalam kezaliman lelaki itu adalah seorang kaki pukul perempuan. mak tak kira kau kena juga kahwin dengan doktor gianni~ fatimah aku boleh jadi isteri...