Suasana sekolah masih lagi senyap memandangkan waktu ini ramai lagi yang sedang dibuai mimpi. Minhee membetulkan blazer sekolahnya sebelum membuka pintu kelasnya. Kosong. Minhee menyangkutkan begnya di tepi meja. Buku novel yang bertajuk The Fault In Our Star yang tersimpan di dalam laci meja dicapai. Khusyuk dia membaca novel itu sehingga tidak perasan masa berlalu dengan cepat.
Pintu bilik darjah diterjah oleh seseorang. Bunyi itu membuatkan konsentrasi Minhee terganggu. Dia menoleh kearah pintu.
"Omma!!"
Jeritan nyaring itu datangnya dari rakan karibnya. Jung masuk ke dalam kelas sambil menjerit diikuti Yijin yang berjalan dengan selamba. Minhee mengangkat kening kirinya sambil memandang Yijin.
"Cicak."
Yijin menjawab tanpa sebarang ekspresi lalu berjalan ke tempat duduknya.
Minhee mengeleng kepala. Dia juga pelik, cicak dengan manusia mana lagi besar?
Setelah menenangkan diri, Jung mengambil tempat dihadapan Minhee. "Awal kau datang harini."
Minhee mengangkat bahunya.
"Oppa aku tu lah, nak cepat sangat. Entah ada apa yang perlu dibuatnya," ujar Minhee lalu menyelak muka surat sebelah.
Jung mengangguk. Setahunya, abang Minhee iaitu Jung Hoseok, liat sekali jika dikejutkan untuk bangun awal pagi. Tapi kali ini, terbalik pula. Buang tebiat agaknya, bisik Jung.
Jung menoleh ke arah Yijin yang sedang menyumbat earphone ke telinga. Yijin seorang yang suka membuat hal sendiri. Tidak kesahlah jika perangai dia sedikit cold.
Tapi lain bagi Minhee.
Tisu di dalam poket diambil dan dilap ditubir mata. Semakin lama, air matanya tidak henti-henti mengalir. Bagaikan air terjun. Minhee menutup buku novel itu dengan kasar.
"Sedihnya..."
Jung yang duduk berhadapan dengannya menunjukkan ekspresi menyampah. Jung mengeluarkan buku latihan Sains dari bagnya.
"Uhm, Min.. nak tengok buku sains boleh?" Jung tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
Minhee menjeling Jung tetapi masih mengambil buku yang diminta oleh rakannya itu.
"Tiru aje kerja nya. Dah tiru tu jangan bulat-bulat pulak."
"Yes, ma'am!"
Minhee menunjukkan muka sebal. Kemudian, dia bangun dan menapak tiga langkah ke pintu kelas. Minhee menutup pintu itu sebelum keluar dari kelas.
Hanya satu tempat yang ditujui. Rooftop.
Minhee menolak daun pintu cermin itu. Meliar sedikit matanya memandang sekeliling. Minhee duduk di bangku yang tersedia disitu. Dikuis hujung rambutnya yang jatuh menimpa dahi. Tanpa disedari, sepasang mata sedang memerhatikan dirinya.
******
Seorang jejaka tinggi lampai meraup kasar wajahnya. Dia teringatkan kejadian tadi. Perbuatannya yang ingin mengambil angin di rooftop tergendala. Seorang gadis telah mencuri perhatiannya. Disebabkan pintu rooftop itu adalah pintu kaca, dia dapat melihat segala pergerakan gadis itu.
Dia terpesona melihat wajah gadis tersebut. Dia tidak pernah merasakan sebegini. Hatinya sedikit bergetar.
Mahu gugur jantung aku tengok dia senyum!
Dia tersenyum sendiri sambil mengeleng kepala. Bunyi sesuatu terjatuh menghentikan dia dari lamunannya. Dia menunduk sedikit untuk mengambil pen yang terjatuh. Pen diletakkan di atas meja.
"Mingyu!!"
Dari jauh kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Keningnya bertaut. Mingyu bingkas bangun lalu bergerak ke luar kelas. Seokmin sedang berlari dan Seungkwan sedang mengejar dibelakangnya.
Seokmin menyorok dibelakang Mingyu.
"Aku tak ambil kau punya kipas lah!!"
"Tipu!! aku nampak kau pegang tadi!"
"Mana ada! itu Jeonghan hyung punya lah!"
Pergaduhan antara Seokmin dan Seungkwan menarik perhatian beberapa pasang mata. Mingyu mencari tempat untuk melarikan diri daripada dirinya mendapat malu akibat kerenah rakannya itu.
"Good luck, Seokmin!" jerit Mingyu sambil berlari meninggalkan mereka.
Mingyu menghentikan lariannya dan berjalan seperti biasa. Entah kenapa dia menuju ke kantin. Dia menapak ke tempat rakan-rakannya.
Mingyu melabuhkan punggung di sebelah Soonyoung.
"Aku harap kau berjaya."
"Berjaya ape?" soal Mingyu.
Soonyoung memandang Mingyu disebelahnya. "Aku dah jumpa dia, Mingyu. Dia dua tahun muda dari kita."
"Siapa?"
"Kang Jungyoon, budak kelas 3A-1."
"Are you serious? tu bukan cousin Wonwoo ke?" (woops)
"Bwo?!"
"Yelah!"
Soonyoung meraup kasar wajahnya.
"Eiysh, kena hadap budak emo lah pulak."
Mingyu hanya mengeleng kepala kepada si tua. Dia menongkat dagu sambil memandang Seungcheol.
"Hyung bila nak ade girlfriend?" Pertanyaa si adik membuatkan Seungcheol tersedak air liurnya sendiri.
Ditatap si adik dengan pandangan tajam sebelum menjawab. "Kau tu, bila lagi?"
Soalan dibalas soalan. Mingyu tersengih-sengih memandang Seungcheol. Dia menanyakan soalan itu, tapi dia pun tidak berpunya lagi.
Fikirannya melayang kepada gadis di rooftop tadi. Dia teringin untuk mengetahui nama gadis itu. Walaupun terpaksa mencari di satu sekolah. Bila hati sudah jatuh cinta, macam-macam sanggup dibuat.
Tbc
Im soo sorry, but dont worry xD
sila abaikan segala typo. manusia buat kesilapan. melainkan dia alien. xD
k ily
-jjangkabom
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot