-Cubaan kedua-
Kali ini cadangan dari Jisoo. Mingyu sangat yakin bahawa kali ini dia pasti akan berjaya. Jap, berjaya ke?
Mingyu mengajak Minhee keluar bersamanya ke taman untuk bersiar-siar. Seungcheol dan Jisoo mengikuti mereka secara senyap-senyap atas paksaan Mingyu. Diikutkan, Seungcheol sepatutnya pergi membeli makanan untuk dua abangnya yang pemalas. Jisoo pula perlu ke pasar raya untuk membeli barang dapur.
Minhee dan Mingyu berjalan bersebelahan. Suasana disekeliling mereka nyaman. Minhee tersenyum apabila terlihat tiga kanak-kanak sedang berkejaran. Mingyu menoleh kepalanya kebelakang untuk meminta bantuan dari si tua. Seungcheol dan Jisoo menyuruhnya melakukan apa yang dicadang.
Mingyu menoleh ke hadapan semula. Perlahan-lahan tangannya mengambil tangan Minhee. Minhee tersentak apabila merasai sentuhan. Dia menundukkan wajah dan terlihat tangan Mingyu memegang tangannya. Minhee memandang Mingyu yang hanya berbuat selamba. Kepala ditoleh ke depan dan segaris senyuman terbit dibibir.
"Awak..."
"Mhm?"
"Saya sebenarnya nak bagitau awak sesuatu..."
"Ape dia?"
Mingyu tersenyum kecil. Dia memberhentikan langkah membuatkan Minhee mengikuti perbuatannya. Mingyu mengambil kedua belah tangan Minhee dan digenggam. Matanya merenung ke dalam mata Minhee.
Melihat ekspresi wajah Minhee yang kebingungan, Mingyu tersenyum. Jantungnya mengepam sangat hebat sehingga dia dapat mendengar degupan jantungnya sendiri.
Mingyu menapak satu langkah mendekati Minhee membuatkan jarak mereka sangat dekat. Perbuatannya membuatkan Minhee gementar. Dia cuba membalas tatapannya tetapi apabila melakukan perkara itu wajahnya mula merona merah.
Wajah Minhee sudah bertukar warna merah padam. Dia membiarkan rambutnya menimpa mata, hanya membuatkan hujung rambutnya dikuis oleh Mingyu.
"Don't do that, I can't see your pretty eyes," bisiknya, masih menatap mata Minhee. (LiKE HANSOL SAID, MINGYU'S REALLY GOOD IN ENGLISH)
Seungcheol dan Jisoo yang berada di belakang pagar daun sudah terloncat-loncat bersama. Mereka kembali mengintip pasangan itu selepas memukul antara satu sama lain. Seekor kumbang yang berada di pagar daun berhadapan dengan wajah Seungcheol membuatkan dia terkejut dan jatuh ke belakang. Perbuatan itu menghasilkan bunyi yang kuat sehingga membuatkan Minhee memandang ke belakang Mingyu.
Mingyu mengeluh dalam diam. Hyung-hyungnya memang tak boleh diharap.
"Awak.." Fokus Minhee kembali kepada Mingyu.
"Saya?" Mingyu mencuit hidung Minhee kerana bermain-main. Minhee tertawa kecil. Comel. Kata Mingyu.
Sinar yang terpapar daripada mata Minhee bagaikan mahu menyelami jauh ke sudut hatinya itu. Saat mulut dibuka untuk meluahkan apa yang dipendam selama ini, satu suara nyaring memanggil namanya. Ketibaan Soonyoung dari belakang mereka membuatkan Minhee lantas melepaskan pegangan Mingyu. Ia membuatkan Mingyu sedikit kecewa.
"Oww Mingew! kau buat ape dekat sini?" Mingyu menunjukkan ekspresi bengang.
"Tak buat ape-ape." Mingyu mengorak langkah jauh dari Soonyoung dengan perasaan bengang yang berbaki.
"Annyeonghigaseyo," ucap Minhee dan menunduk. Dia mula mengejar Mingyu yang jauh dihadapan.
Soonyoung memerhatikan mereka. Dia mengangkat bahu lalu melangkah ke tempat lain sambil bersiul.
******
Minhee melempar dirinya ke atas katil. Telefonnya yang berada di dalam kocek seluar diletakkan di atas laci. Fikirannya mula memainkan kejadian tadi.
Adakah Mingyu mahu meluahkan perasaan kepadanya? Kepalanya digeleng laju. Tidak mungkin perkara itu akan berlaku.
Kemunculan Soonyoung di taman tadi membuatkannya melepaskan pegangan Mingyu. Minhee dapat melihat wajah Mingyu yang sedikit kecewa.
Minhee mengigit bibir. Kehadiran Mingyu disampingnya membuatkan diri terasa dilindungi. Sentuhannya yang hangat membuatkan Minhee cair dalam diam. Apatah lagi ayat-ayat manisnya. Semua perkara itu mampu membuatkan si gadis menjadi gila.
Minhee menutup wajahnya mengunakan kedua belah tangan. Ditahan diri supaya tidak menjerit.
Aish, Kim Mingyu! kenape awak mempermainkan perasaan saya?!
Tbc
soe lambat update. layan vid performance team lama sangat <(‾︶‾)>
harap dapar tunggu chap yang seterusnya! vote dan comment anda amat saya hargai!
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot