17 - Masalah rumah tangga (LOL JK)

2.5K 332 26
                                    

Seungkwan melanggar apa sahaja yang menghalang laluannya. Pelajar ke cikgu ke makcik cleaner, semua sama. Mingyu juga mengikuti jejaknya. Adeh --"

Pelanggaran diantara cikgu dan pelajar be like;

Seungkwan menoleh ke belakang. Sedari Mingyu tidak jauh darinya, dia cepat melajukan larian sehingga terlanggar Cikgu Min. Fail yang dibawanya terjatuh ke lantai. Mingyu yang mengikuti Seungkwan dari belakang dengan tidak sengaja memijak fail itu. Telinga dan hidung Cikgu Min bagaikan keluar asap dari gunung berapi. Mingyu sudah kecut perut apabila melihat reaksi Cikgu yang tergarang disekolah mereka. Pantas dia menyambung lariannya.

"KIM MINGYU!"

"AAA MAAFKAN SAYA!"

Pelajar-pelajar yang melalui koridor itu dapat menyaksikan larian kejar-mengejar diantara pelajar dan guru. Cikgu Min mengejar Mingyu sambil membawa rotannya.

Tiba-tiba Seungkwan terlanggar seorang ahjumma yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan sekolah. Batang mop, penyapu, baldi dan sabun pencuci yang dipegang ahjumma itu habis berterabur akibat pelanggaran itu.

Mata Seungkwan terbeliak. Dia cepat melarikan diri. Ahjumma cleaner itu menyangkakan bahawa Mingyu yang melanggarnya. Tetapi ahjumma itu tidak tahu yang dia telah silap. Sangkanya budak itu yang melanggarnya kerana hanya budak itu sorang yang sedang berlari. Apabila seseorang sudah membuat kesilapan, pasti akan mencabut lari, benar bukan?

Ahjumma cleaner itu turut menyertai Cikgu Min yang seperti gunung berapi yang akan meletop pada bila-bila masa saja. Lengan baju dinaikkan ke atas.

"MARI SINI BUDAK! JANGAN NAK LARI!"

Mingyu bagaikan mahu menangis apabila dikejar oleh dua manusia yang menakutkan itu. Kepala ditoleh kebelakang. Wajah Cikgu Min dan ahjumma itu cukup bengis!

Setelah menambah dua lagi masalah, ingatkan dah berhenti. Rupanya tak serik-serik lagi!

Kali ini, si diva itu telah melanggar seorang pelajar yang cukup terkenal disekolah mereka. Seorang pelajar perempuan yang amat suka bergaya. Tidak lain dan tidak bukan, Hunny. Baju Hunny yang dikatakan beratus won telah dikotori dengan air coffee di dalam tin. Hunny seakan tidak percaya apa yang berlaku. Dia menatap pakaiannya lama.

'Sweet mother of Lee Chan!' jerit hati Seungkwan.

Seungkwan menggambil masa itu untuk melarikan diri, sekali lagi.

Perlahan-lahan Hunny mengangkat wajah. Terlihat dari ekor matanya seorang lelaki tinggi lampai sedang berlari ke arah bertentangan dengannya. Dia pasti, lelaki itulah yang melanggarnya sehingga membuatkan air coffee miliknya tertumpah dibaju sendiri.

Hunny mengetap gigi. "MICHIN SARAM! YAH KAU TAU TAK HARGA BAJU AKU NI BERAPA?!"

Mingyu menyumpah seranah Seungkwan didalam hati. Hanya didalam hati saja yang mampu. Sudahlah dikejar oleh dua manusia yang menakutkan, dirinya juga tidak fasal-fasal dikatakan gila. Semuanya berpunca dari Seungkwan.

Hatinya berdoa supaya dia tidak dimasukkan ke kelas tahanan. Kalau masuk pun, mesti kena ada Seungkwan! barulah adil! jap tambah vernon. Omg verkwan <(‾︶‾)>

******

Jung menarik Minhee ke tempat duduknya. Dia menunjukkan telefonnya kepada Minhee. Minhee mengambilnya dan memainkan video yang ditunjukkan. Dahinya berkerut ketika menonton video itu.

"Ini... bukan Mingyu ke?" Jung mengganguk.

"Mingyu lah. Haera sempat rakam. Kebetulan dia ada dekat situ," terang Jung sambil menyimpan buku di dalam beg.

Video itu dimainkan semula. Minhee dapat lihat yang Mingyu dikejar oleh Cikgu Min dan seorang uh ahjumma?

"Asal kena kejar?" Jung mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Apa kata kau tanya Seungkwan. Dia ada dengan Mingyu masa tu." Minhee menggaru kepalanya yang tidak gatal. Telefon yang dipegang diberikan semula kepada tuan empunya.

Minhee keluar daripada kelas sambil memaksa Jaehi mengikutinya. Jaehi berhenti ketika berada di depan pintu.

"Kenape aku kena ikut?"

"Sebab aku yang nak."

"Tak naklah! aku nak makan!" protes Jaehi. Minhee mendengus. Tangan kanan Jaehi ditariknya.

"Nanti aku belanja." Jaehi bersorak riang. Minhee mengeleng kepala. 'Tak padan dengan kecik, kuat makan!' getus hatinya.

Perut Jaehi berbunyi kuat. Minhee menghentikan langkah. Dia memberi Jaehi pandangan seriously-jaehi? Jaehi hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. Minhee terpaksa pergi ke kantin sebelum berjumpa dengan Seungkwan.

Kuat makan betul Jaehi ni. Seingatnya awal pagi tadi sebelum ke sekolah, dia ternampak Jaehi membeli roti dan nasi goreng kimchi.

Susah jugak dapat kawan kuat makan ni rupanya. Haih, nasib badan ( ̄∀ ̄)

Tbc

kalau boleh saya nak update setiap hari tapi skool xD

saya cuba untuk update setiap hari- kalau rajin.

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now