14 - Masakan Mingyu

2.9K 364 48
                                    

Minhee memerhatikan Mingyu yang sedang tekun menyiapkan makanan itu. Sekali-sekala Minhee akan menolong Mingyu sekiranya diperlukan. Tidak lama kemudian, hidangan itu pun siap.

Mingyu tersenyum sehingga menampakkan gigi. Dia meletakkan hidangan itu dikabinet dapur, masih lagi tersenyum. Setiap gerak-geri Mingyu hanya diperhatikan oleh Minhee. Dia mengeleng kepala melihat Mingyu yang tersengih-sengih hingga ke telinga. Mingyu lantas menyeluk tangan ke dalam kocek seluar untuk mengambil telefonnya. Dia menangkap gambar Bibimbap itu sehingga berminit-minit. Minseo yang sedang menunggu, menguap dan menatap Mingyu dengan pandangan bosan.

"Yah, bila kita boleh makan?" tanya Minseo sambil mengosok mata tanda mengantuk. Mingyu mengerling ke arahnya. Dia meletakkan telefon di tepi hidangan itu.

"Acah. Dah ambik tu ha, lapar sangatkan." Mata Minseo bersinar bak permata. Dia mencapai sudu lalu membawa Bibimbap yang tersedia di dalam mangkuk ke ruang tamu. Rancangan Runningman sedang disiarkan, jadi dia tidak mahu terlepas rancangan ini.

Selepas menyuapkan satu sudu ke dalam mulut, "Food is bae!!"

Mingyu membiarkan saja adiknya. Tidak peliklah jika adiknya chubby. Minhee menggaulkan makanan itu sebelum makan. Telur yang separuh masak ditengah-tengah dan sayur-sayur yang direbus menampakkan masakan itu sangat sedap. Dia mengunyah makanan itu dengan penuh selera. Merasakan makanan itu sangat sedap, Minhee menepuk tangan.

"Sedap! saya yang perempuan ni pun masih belum pernah buat bibimbap. Aish, kenape aku bagi tau?" Mingyu tergelak kecil. Dia menghulurkan sesudu bibimbapnya kepada Minhee. Minhee mengangkat kening.

"Makan. Bibimbap ni lagi sedap daripada yang awak makan tu," ujarnya sambil tersengih. Minhee tanpa banyak soal, membuka luas mulutnya. Makanan itu disuapkan kepada Minhee. Setelah menelan makanan itu, Minhee bersuara.

"Sama aje dengan bibimbap yang saya makan ni."

"Lainlah. Bibimbap yang awak makan ni dari sudu yang saya dah guna. Takkan tak perasan, kita dah indirect kiss?" Minhee tersedak. Segelas air kosong dihulurkan kepada Minhee. Dia meneguknya rakus.

"Yah!!" Mingyu tergelak melihat muka cemberut Minhee. Dia memegang perutnya sambil tergelak. Perbuatannya membuatkan Minhee semakin cemberut. Minhee menjeling Mingyu yang cuba untuk bercakap dengan tawanya bersisa.

"Indirect kiss jer, lain kali kiss betul-betul?"

"BWO?"

Minseo yang sedang menyorok disebalik dinding tertawa kecil melihat mereka. Dia menyimpan video itu. Video yang dirakam tadi dipost ke Instagram. Selepas itu, dia pantas berlari anak ke depan televisyen, menyambung rancangan kegemarannya.

******

Jaehi menguap tanpa menutup mulutnya. Jung yang berada di sebelah memarahinya kerana tidak menutup mulut. Minhee yang melihat mereka, membuat muka sebal.

"Tak sopan. Lalat masuk nanti baru tau." Jaehi menguling mata.

"Whatever, omma." Jung menjengilkan mata pada Jaehi.

"Siapa omma kau? aku kawin pun belum. Psh." Yijin membuat ekspresi menyampah. Kertas yang dikonyokkan itu dibaling ke arah Jung.

Sambil membuka plastik gula-gula dia berkata, "Memanglah belum kawin. Kau nak kawin awal ke?" Gula-gula itu disumbat ke dalam mulut.

Jung menjuihkan bibir ke arah Minhee yang sedang bermain telefon. Terasa seperti diperhatikan, Minhee mengangkat wajah dan mendapati mereka semua memandangnya. Dia memberi pandangan ape-kau-nak kepada mereka bertiga. Jung menyandar ke belakang.

"Haritu kau kata kau nak kawin waktu umur 18 dan nak 13 orang anak, adakah aku salah?"

Mulut Jaehi ternganga luas. Jung lantas menutup mulutnya, sebagai langkah-langkah dari haiwan yang berterbangan masuk.

"Bila masa aku kata macam tu?" soal Minhee sambil mengusap dagu. Persis seorang detektif. Fuh.

Jung menjongket kening kiri. "Masa dekat Line. Kau jangan kata kau tak cakap, aku dah screenshot." Minhee mengangguk.

"Betullah ape yang Jung cakap tu, kenape pun?" Jaehi menepuk meja dengan kuat. Hasil daripada perbuatan itu bukan sahaja membuat bunyi yang kuat malah tangan kanannya juga sakit. Jaehi meniup-niup tangannya. Yijin bermain dengan telefonnya, malas mahu melayan perbuatan bodoh rakannya ini.

"Kawin awal tak best. Tak boleh enjoy." Minhee meletakkan telefon di atas meja.

"Aku malas nak belajarlah. Kawin terus senang." Jaehi mengeleng kepala.

"Dan 13 orang anak? penatlah nanti!" kata Jaehi dengan nada yang tinggi. Mendengar perkataan 'anak', Yijin menoleh ke arah Haneul.

"Entah kau ni. Ingat senang nak buat? 13 pulak tu! fuh.. matilah kau," ujarnya. Jaehi membuka mulut untuk bersuara sekali lagi.

"Tepat sekali, Yijin! ap- eh kejap, aku ada jumpa satu s(e)mut ni. Kau nak baca?" Minhee dan Yijin memberi perhatian kepada telefon kepunyaan Jaehi. Jung membuat muka sebal.

"Heol! aku ingat kau dah tak baca dah!" Yijin mengangkat bahu dan menyambung pembacaannya.

Jung menyilang tangan. Dia memerhatikan tiga ekor itu dengan wajah yang masih seperti tadi. 'susah betul dapat kawan byuntae,' getus hatinya.

Tbc

lalalalala ヽ(´▽`)/ /joget dengan hoshi

maap ade part byuntae sikit. maap juga sebab lama tak update. Skool maaa ( ̄∀ ̄)

nama adik mingyu minseo kah? saya hentam. Dia nye ig @minseuta_

tapi dia dah padam ig dia (;∀;)

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now