Suasana tenteram tadi dimatikan(?) oleh hentakan yang kuat. Manusia yang melakukannya, sudah tentu. Jung memandang Jaehi dengan penuh tanda tanya.
"Jangan cakap dengan aku," kata Jaehi sebelum menyembamkan wajahnya di meja.
Jung memandang Minhee, Minhee memandang Jung. Kedua mereka pelik dengan tingkah laku rakannya ini.
"Kau tahu kan aku akan tanya." Jung menongkat dagu sambil memandang Jaehi.
Belum sempat Jaehi membalas, Yijin yang baru sahaja pulang dari tandas, telah menjawab bagi pihaknya. "Chanyeol."
"Chanyeol sunbae? ha kenape dengan dia?" soal Minhee. Yijin mengangkat bahu tanda tidak tahu. Minhee mencuit bahu Jaehi.
"Oi, boleh tak kau cerita dulu. Takkan lah aku kena jumpa Chanyeol sunbae untuk tahu apa yang terjadi."
Jaehi mengangkat mukanya. Kemudian dia mula menceritakan apa yang berlaku kepadanya. Semasa Jaehi bercerita, Jung, Minhee dan Yijin tergelak kuat. Mereka menghiraukan pernyataan bahawa mereka berada di dalam kelas. Sungguh mereka tidak sangka rakannya ini berperangai sebegini. Jaehi pula sudah muncung sedepa.
"So, apa yang jadi lepas tu?" tanya Yijin sambil mengelap air matanya. Ya, air mata gembira.
"Aku tak nak bagitau. Hmmp!"
"Alo alo baby jaehi sudah majuk laa," usik Minhee.
Tiba-tiba seseorang memanggil Minhee dari luar kelas. Serta merta perbualan mereka terhenti. Minhee menoleh ke luar kelas. Dia bingkas bangun lalu memandang sekeliling koridor. Tiada tanda-tanda sesiapa yang menyebut namanya.
"Yah Minhee."
Suara itu mengejutkannya. Minhee memandang manusia yang memangilnya.
"Unnie nak apa?"
Krystal memberi wang sakunya yang tertinggal di rumah. Minhee menepuk dahi. Macam mana pula boleh terlupa.
"Duit belanja pun boleh tinggal. Hmm," kata kakaknya. Minhee menyimpan duit itu di dalam kocek blazer.
"Itu sajakan? jadi, silakan pergi.." halau Minhee dan menunjukkan senyuman yang dibuat-buat.
Krystal tersenyum. Senyuman mengejek. "Macam mana siasatan? Mingyu?" Minhee menyilang tangan. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku.
"Kalau bukan disebabkan unnie, Min tak buat siasatan ni. Halamak, unnie kan satu kelas dengan dia, buat apa tanya Min," balas Minhee. Krystal menunjal kepala adiknya.
"Apa sajalah Min ni. Dah unnie nak masuk kelas. Layan Min, jawapannya tahun depan baru habis."
Minhee memerhatikan Krystal yang sudah jauh darinya. Sesekali Minhee terlihat, hobaenya akan mengucap selamat pagi kepada Krystal. Biasalah, kehidupan presiden sekolah. lol.
Minhee masuk ke kelas semula. Tiga orang rakan karibnya itu memandangnya dengan reaksi bengang.
"Kau tak bagi tau pulak yang kau dengan Mingyu pada hari yang sepatutnya kita pergi Sungai Han." Minhee menelan liur. Alamak, macam mana boleh kantoi ni..
******
Telinga Mingyu ditarik oleh Seungcheol. Mingyu mengaduh kesakitan.
"Apa ni hyung!"
"Ini sebab kau tak bagitau hyung yang kau dah ada yeochin."
"Bila masa pula aku ada yeochin ni!"
"Wallpaper telefon kau menunjukkan segala-galanya."
"Itu bukan yeochin aku lah! itu- hyungggggg!"
Wonwoo yang berada di sebelah hanya menumpukan perhatian pada bukunya. Jeritan Mingyu sedikit pun tidak menganggunya. Minghao memandang aksi ganas itu dengan mata tidak berkedip. Seungkwan, Seokmin, Chan dan Soonyoung sedang melihat telefon kepunyaan Mingyu. Benar kata Seungcheol, wallpaper nya gambar seorang perempuan.
"Hyung, yeoja ni satu sekolah dengan kita lah," kata Soonyoung. Seokmin mengangguk tanda menyokong kata-kata Soonyoung. (OMG SOONSEOK)
Seungkwan mengecilkan mata supaya dapat melihat wajah perempuan itu dengan jelas. Tapi rambut perempuan itu menutup separuh dari wajahnya.
"Yeoja ni macam familiar.." sampuk Seungkwan. Dia mengeleng kepala apabila terasa pening kerana menatap telefon itu terlalu lama.
Mingyu menutup telinga kanannya yang sudah bertukar warna. Dia tidak sangka perbuatannya meletak gambar Minhee sebagai wallpaper akan menjadi sebegini. Ah, tidak fasal-fasal telinga sakit.
Seungkwan bangun dari kerusi secara mengejut.
"Hyung! aku kenal perempuan ni!"
Di dalam hati Mingyu sudah cemas. Sudahlah Seungkwan perangai seperti diva ditambah Seokmin yabg mulut murai. Tidak fasal-fasal satu sekolah tahu yang dia mempunyai hubungan bersama Minhee, yang sebenarnya tidak.
Tbc
lambat update, mian mian
btw, happy birthday to kwon soonyoung aka ma hubby! lol
#HappyHoshiDay-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot