Minhee menggigit kukunya. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri sebelum menyembamkan wajah ke mejanya.
"Huaa!! macam mana ni!!"
Inilah sebabnya mengapa Minhee berkelakuan sebegini; tak sempat nak ulangkaji pelajaran. Semuanya terjadi kerana Hoseok dan Krystal membawanya keluar berjalan-jalan sehingga tidak ingat dunia. Pada jam 1 pagi baru mereka balik ke rumah dan terlupa yang mereka akan mengambil peperiksaan pada esok hari.
Ibu bapa mereka pula tidak mengetahui hal ini kerana pergi berkerja di luar dan tidak dapat pulang. Minhee menyalahkan semua ini kepada abang dan kakaknya. Tapi itu semua tiada gunanya kerana ia tidak dapat mengubahkan apa-apa situasi dan sekarang dia sedang meroyan di falam kelas seorang diri.
Ya, seorang diri. Awal pagi tadi sebelum ke sekolah, Krystal mengejutkan Hoseok dan Minhee dengan kelam-kabut dan mengatakan bahawa mereka sudah lambat. Bila sampai ke sekolah, tertanya tiada siapa yang sudah hadir. Hanya pakcik guard dan kucing kuning yang tidur di tepi pagar.
Kesimpulannya, ini semua salah Krsytal. Okey Hoseok pun. Minhee membuka buku Sejarah dari dalam meja dan mula membacanya dengan laju. Sekali-sekala dia mengerling ke arah pintu kelas untuk melihat rakan sekelasnya masuk tapi hampa.
Pintu kelas dibuka oleh seseorang dan muncul Hoseok dan Krsytal dengan beg mereka. Minhee membuat ekspresi sebal apabila terlihat kakak dan abangnya. Ekspresi ceria tadi mati apabila melihat mereka. Mengingati yang dia sedang membaca buku Sejarah sebelum dua mahluk itu masuk, dia cepat menyambung membacanya semula.
Hoseok menarik kerusi di hadapan Minhee dan duduk disitu. Dia mengerling ke arah Minhee sebelum bermain dengan telefon bimbitnya. Krsytal yang sudah duduk di sebelah Minhee, mengambil buku nota kecilnya lalu buku nota kecil itu mula diselak untuk mencari jawapan yang perlu dihafal. Ya, soalan bocor.
"Asal tak masuk kelas, oppa? unnie?," soal Minhee tanpa memandang mereka.
"Malas. Lagipun bukannya ada siapa-siapa dekat sana," kata Krsytal.
"Elelele pengecut. Katalah kau takut." Hoseok menjelir lidah kepada Krsytal. Krystal menggulingkan biji mata.
"Kata orang yang menjerit macam orang gila bila tengok video hantu." Hoseok menjeling Krsytal.
"Benda tu dah lama okeyy. Psh." Minhee mengeleng kepala melihat pertengkaran kakak dan abangnya.
Minhee mengangkat muka memandang Hoseok. Wah, dengan senang hatinya dia bermain telefon tanpa bersusah payah pun untuk mengulangkaji. Tidak terkejutlah jika Hoseok mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan kali ini.
"Yah oppa, dah baca buku ke?," Hoseok mengeleng.
"Wah bijak bijak. Tak sangka Min ada oppa yang bijak," perli Minhee sambil menepuk tangan.
Hoseok menunjukkan tapak tangan kirinya kepada Minhee. Langsung tidak memandang wajah adiknya malah matanya melekat pada skrin telefon. Mulut Minhee ternganga melihat tapak tangan Hoseok yang penuh dengan jawapan. Hanya penuh dengan huruf a,b,c dan d.
Krystal menutup mulut Minhee yang ternganga sebelum menyambung hafalannya.
"Seriously?! mana oppa dengan unnie dapat ni?!"
"Namjoon," jawab Hoseok dan Krystal serentak. Sekali lagi Minhee ternganga. Dia cepat menutup semula mulutnya supaya tiada serangga yang masuk ke dalam mulutnya.
Minhee menyambung pembacaannya. "Okay, paham." Setelah beberapa minit mereka senyap, seekor kucing masuk ke kelas dan menuju ke arah Hoseok yang leka bermain telefon pintarnya. Selepas itu, jeritan Hoseok yang kuat mulai kedengaran.
"JAUHKAN KUCING TU DARI AKU!!!" Hoseok sudah berdiri di atas kerusi dan telefonnya sudah terpelanting ke Krystal. Mujur Krystal sempat menangkapnya.
Terlolong-lolong Hoseok meminta pertolongan. Krystal hanya duduk di tempatnya dan tidak berbuat apa-apa. Cukuplah dia sudah menolongnya menangkap telefon canggihnya yang berjenama Iphone 6. Minhee bingkas bangun dan mengalihkan kucing itu dari Hoseok. Kucing itu dikeluarkan dari kelas atas arahan Hoseok. Setelah selesai, Minhee duduk ditempatnya kembali.
"Yah saeng, thanks." Minhee menggangguk. Dia menyelak muka surat sebelah.
"Sekarang dah pukul berapa?" tanya Minhee. Krystal mengerling jam tangannya.
"Baru 6:10."
"APA?! AWALNYA KITA DATANG!!"
Tbc
tak sangka dah chap 31. uhuk ahak ehek xD
oh ya saya dah edit chap 22. lama dah saya nak bagitau tapi asyik lupa --"#13 in fanfiction thanks!!!!
mingyu tak muncul dalam chap kali ni alahai.. chap seterusnya saya masukkan. dont forget to vote dan comment!! kilu
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot