Pada hari yang berikutnya, Minhee masih tidak dapat melupakan perkara itu. Siapa rasa perkara itu nampak seperti hal yang tidak penting, maaf anda bukan kawan Minhee. Ini adalah soal hidup dan mati!
Sewaktu Minhee berumur 15 tahun, dia pernah menyukai seseorang lelaki yang sama umur dengannya. Bila waktu rehat, dia pasti akan melalui kelas sebelah untuk melihat lelaki itu. Setelah sekian lama memendamkan perasaan, Minhee mengambil keputusan untuk meluahkan perasaanya.
Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan lelaki itu, dia terlihat seorang dari rakan karib lelaki itu(yang berjantinakan lelaki) berpegang tangan dengannya. Minhee terhenti dari langkahnya dan membuat keputusan untuk memerhatikan mereka.
Minhee memerhatikan mereka dari jauh. Apabila melihat lelaki yang disukainya mencium pipi rakan karibnya, dia amat terkejut. Dan dari situlah dia mengetahui yang crushnya gay.
Pelbagai lagi bukti yang menunjukkan lelaki yang disukainya itu ialah gay. Tetapi itu cerita lama jadi.. nah.
Kiraan pada jalan kiranya terhenti. Ya, Matematik. Hari ini dia akan menjawab kertas dua untuk matapelajaran Matematik. Mesin kiranya ditekan untuk mengira jawapan. Soalan yang berada di dalam buku latihannya itu ditatap lama sebelum mengeluh.
"Aish, macam mana nak kira benda alah ni?," monolog Minhee sendirian. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum menyambung pengiraannya.
Setelah mendapat jawapan, Minhee memeriksa jawapannya dari kertas jawapan yang berada di tengah buku itu. Salah. Jawapannya salah lagi.
Sudah berkali-kali dia mengira jawapan untuk soalan itu dengan jalan kira yang berlainan. Buku rujukan juga sudah dirujuki. Masih tidak berjaya. Minhee menghentakkan kepala ke meja dengan perasaan yang bengang.
Satu tangan mengambil buku latihannya membuatkan Minhee segera duduk dengan tegak. Dia memandang gerangan tersebut dengan ekspresi muka yang tidak menunjukkan apa-apa perasaan(blur).
Minhee memerhati saja manusia itu menarik kerusi di hadapannya. Apabila gerangan itu mengambil pensel dari tangannya, dia membuat ekspresi pelik. Otaknya masih tidak dapat berfungsi dengan betul akibat mengira jawapan soalan Matematik itu.
Wonwoo menerangkan jalan kira untuk mendapatkan jawapan kepada soalan itu. Dia terhenti apabila tidak mendapat sebarang reaksi dari Minhee.
"Paham tak?." Minhee mengelipkan matanya berkali-kali.
"Sunbae nak ajar saya ke?," tanya Minhee kebingungan. Wonwoo mengangguk dan membetulkan kaca matanya. Dia menyambung penerangannya semula.
Setiap penerangan yang keluar dari mulut Wonwoo hanya diangguk oleh Minhee. Sekali-sekala matanya akan melirik pada muka Wonwoo. Perbuatan itu dilakukam beberapa kali sehinggalah penerangan Wonwoo tamat.
"Nah, cuba buat." Wonwoo menolak buku latihan itu ke arah Minhee. Minhee mengikut apa yang disuruh Wonwoo.
Mesin kiranya diletak ke tepi. Minhee tersenyum gembira apabila mendapat jawapan yang sama seperti Wonwoo.
"Terima kasih sebab tolong saya," ucap Minhee dengan segaris senyuman. Wonwoo membalas senyumannya sebelum bangun dari tempat duduknya.
"Sama-sama. Kalau tak faham apa-apa pelajaran, tanyalah Mingyu atau pun kakak awak. Sunbae bukannya selalu dekat sini." Minhee mengangguk tanda faham. Dia memerhatikan Wonwoo beredar dari meja yang didudukinya.
Wonwoo pergi ke meja yang berada di tepi Minhee dan menyusun barang-barangnya. Minhee mengangkat kening. 'Patutlah dia tolong aku... mesti dia nampak aku hentak kepala dekat meja,heeee,' getus Minhee.
***
Buku-buku yang dibawanya disimpan ke dalam beg. Hanya bekas penselnya sahaja yang berada di atas meja. Minhee menoleh ke tepi apabila namanya dipanggil.
"Kau dari mana? Penat aku cari kau." Minhee mengangkat sebelah keningnya.
"Perpustakaan."
"Sampai hati kau tak ajak aku..! Aku langsung tak boleh ulangkaji dekat sini sebab bising!," kata Jung. Dia menunjukkan muka masam. Minhee mengguling biji mata.
"Aku dah tanya tadi siapa nak ikut. Tak ada siapa jawab jadi aku pergilah sendiri," balas Minhee sambil membetulkan tali jamnya. Dia memandang sekeliling bilik darjah.
"Ok."
Minhee memandang buku Matematik yang berada di atas meja Jung. Berkerut wajahnya apabila melihat buku itu bersih tanpa jalan kira mahupun jawapan.
"Kau buat ke tak? Dah ulangkaji dekat rumah?."
"Tak dan ya. Susahlah, aku tak faham macam mana nak buat!."
Minhee mengambil penselnya dari bekas pensel dan mula memberi keterangan kepada Jung untuk menjawab soalan itu. Jung segera menumpukan perhatian kepada Minhee. Dia menepuk tangan apabila Minhee selesai mengajarnya.
"Hebatlah! mana kau tau nak buat ni?."
"Wonwoo. Dia yang ajar aku nak kira cara penyelesaian ni dekat perpustakaan tadi," terang Minhee. Jung mengangguk. Dia mengeluarkan mesin kiranya yang berada di dalam beg.
Minhee memerhatikan tingkah-laku Jung. Dia tersentak apabila mengingati sesuatu.
"Cakap fasal Wonwoo, tiba-tiba aku rasa dia handsome."
Perbuatan Jung terhenti, dia mengecilkan matanya memandang Minhee. "Jangan cakap yang kau tersuka dia. Kalau tak aku cekik kau." Tatapan tajam diberikan kepada Minhee.
"Kenapa pulak? Dia belum berpunya lagi, kan?."
"Yah, kau jangan. Mingyu nak letak mana?," tanya Jung. Minhee mencebik. Dia bermain dengan penselnya.
"Entahlah. Macam tak ada harapan je.."
Jung men'tsk'kan kepada Minhee. Kepalanya digelengkan. "Kau perlu berusaha. Jangan putus asa." Jung memberi kata-kata semangat. Selepas itu, dia menyambung lagi.
"Aku tau kenapa kau tiba-tiba tertarik dengam Wonu! Sebab jawline dia kan? Oh my."
Minhee hanya mampu menunjukkan wajah sebalnya kepada Jung. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi dengan perangai Jung ini.
Tbc
Lambat updateeee maapp beribu-ribu ampun diucapkan. Patik ingin meminta maaf jika adanya typo, kemerepekan, ketiadaan mingew pada chap ini dan macam-macam lagi 😧😧
saya ingatkan nak update semalam tapi line takde kat kampung. Pergi melaka pulak ingatkan dapatlah line tetiba pakcik bagitau takde line sampai kul 12. Menangis tak berlagu je yang mampu 😭😂
Sebelum tu, siapa tertarik dengan jawline wonu? 😂🔫
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanfictionCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot