"Mingyu."
"Whut?"
"Kau tak cakap dengan aku pun yang kau dah ada yeochin."
"Untuk ke seribu kalinya, dia tu bukan yeochin aku!"
"Nah, aku tak percaya."
"Hyung tak percaya cakap kawan hyung yang dah berkawan selama 10 tahun ni?" (lel)
Wonwoo hanya menunjukkan muka emo nya. Mingyu meraup wajahnya. Kalau bukan kerana Seungcheol hyung, tak ada jadi macam ni.
"Macam ni lah, Wonu." Mingyu menatap wajah Wonwoo.
"Kalau aku bagitau ni, jangan bagitau sesiape," sambung Mingyu lagi.
Wonwoo mengerutkan dahi tanda tidak faham."Ape benda?" Mingyu mengeluh. Terpaksalah rahsianya dikongsikan.
"Macam ni.. em em."
"Em em???"
"Em sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?!"
"SEBENARNYADIATUCRUSHAKU!" Jerkahan Wonwoo membuatkan Mingyu berkata dengan kuat. Mingyu menoleh ke kanan dan ke kiri untuk memastikan tiada siapa yang berdekatan dengan mereka.
Wonwoo mengangguk faham. Cepat sahaja dia memahami apa yang dikatakan oleh Mingyu. Wonwoo meletakkan tangan dibahu Mingyu.
"Ah.. kalau macam tu.. bolehlah aku bagitau dia?"
"What? NOOOOO!"
"Tch. Aku gurau aje lah," ujar Wonwoo dengan tawanya. Mingyu berpaling daripada memandang Wonwoo.
"Sudahlah. Cakap dengan hyung ni, buat aku sakit hati aje." Mingyu sempat menjeling Wonwoo sebelum pergi dari situ.
Wonwoo memandang bayangan Mingyu yang semakin lama semakin mengecil. Dia tersenyum kecil dan mengeleng kepala.
"Mingyu Mingyu."
******
"Yah Minhee!!"
Minhee menoleh ke belakang dan terlihat Mina dan Seul yang sedang mengikutinya. Minhee serta merta melajukan langkahnya. Dia baru saja melarikan diri daripada rakannya, terpaksalah dia melarikan diri buat kali kedua.
"Jung Minhee!! jangan nak lari!!"
"Tch, kau selalu cakap benda yang mustahil." Minhee sempat bermonolog sendirian.
Minhee menoleh ke belakang. Terkejut dia apabila mendapati mereka sudah berada berdekatan dengannya. Minhee mula berjalan dengan pantas. Gayanya seperti dikejar hantu.
Sekali sekala dia memandang ke belakang. Disebabkan kecuaiannya, kepalanya terlanggar dada seseorang sehingga terjatuh jelopok. Minhee mengaduh kesakitan lalu memandang manusia yang melanggarnya.
"Rindu sunbae ke sampai langgar ni?"
Minhee mengabaikan kata-kata Mingyu, kedua belah tangannya dihulurkan kepadanya. Mingyu menyambut huluran Minhee dan menolongnya bangun.
Minhee menepuk-nepuk bajunya. Kedengaran suara Seul yang berdekatan dengannya. Minhee yang panik, tanpa sengaja menarik Mingyu berlari bersamanya. Mingyu pula hanya mengikutinya tanpa banyak bicara. Setelah terdengar suara Mina yang berada di belakang mereka sedang memanggil nama Minhee, barulah dia faham apa yang terjadi.
Mingyu memberhentikan lariannya membuatkan Minhee juga berhenti. Minhee memandang Mingyu dengan kebingungan. Mingyu memberikannya senyuman sebelum berpaling menghadap Mina dan Seul.
Mina dan Seul bingkas menunduk hormat kepada Mingyu. Mina dan Seul menukar pandangan apabila terlihat Minhee berdiri di belakang Mingyu.
"Uh.. sunbae buat apa dekat sini?" tanya Seul sambil tersenyum. Senyumannya nampak sangat plastik.
"Teman yeochin..?" Kata-kata Mingyu membuatkan Mina dan Seul terkejut.
"Anih! uh.. tak apelah saya pergi dulu!"
Setelah Mina dan Seul hilang dari pandangan, Minhee yang dari tadi menahan geram terus memukul Mingyu.
"Yah! siapa yeochin sunbae?!" Mingyu melindungi dirinya daripada dipukul Minhee. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit. Mulutnya muncung.
"Awaklah."
Minhee membuat gaya hendak memukul Mingyu lagi tetapi Mingyu lantas memintasnya.
"Tapi sunbae dah tolong awakkan. Jadi jangan pukul!"
Minhee bersilang tangan. Mingyu menurunkan tangan dan mengikut perbuatan Minhee. Dia tersengih sehingga menampakkan gigi taringnya. Minhee menjeling Mingyu sebelum berjalan ke kelas. Sengihan Mingyu terus mati dan mengejar Minhee yang sudah jauh dihadapan.
Goodluck, Mingyu. (good luck girigiri you like me xD)
Tbc
soe lambat update. tenet tak ada #sadlyfe #meanie muahahaha.
siapa ship meanie ? angkat kakiiiii
xDsiapa rasa joshua sangat hot? sep ciked.
kily
-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
FanficCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot