10 - Diva boo

2.9K 411 47
                                    

Minhee masuk ke rumahnya. Dia duduk disofa yang berhadapan dengan televisyen. Minhee memandang kosong televisyen itu. Suasana rumah agak sunyi memandangkan kakak dan abangnya tiada di rumah. Ibu bapanya pula bekerja.

Kejadian tadi terbayang-bayang dikotak fikirannya. Dia tidak tahu untuk menunjukkan reaksi apa. Gembira? marah? entah. Perasaannya bercampur-baur. Minhee mencapai bantal berhampiran dengannya. Dia memeluk bantal itu.

Pintu rumah tiba-tiba dibuka oleh seseorang. Krystal masuk sambil menyanyi kecil. Sampai diruang tamu, baru lah dia perasan akan kehadiran adiknya disitu.

"Awal balik," ujar Krystal sambil mengambil tempat di sebelah Minhee. Minhee mengangguk.

"Dah tahu dah siapa Shin Se Gi tu." Krystal mengangkat kening.

"Cepat jugak Min dengan Mingyu siasat."

"Cepat? satu bulan kut," balas Minhee. Krystal mengabaikan kata-kata Minhee.

"Mingyu? amacam?" tanya Krsytal dengan penuh teruja. Minhee mengangkat bahu.

"Yah, ceritalah dekat unnie," pujuk Krsytal sambil menolak bahu Minhee.

"Tak nak."

Krystal menepuk bahu Minhee sebelum masuk ke bilik. Minhee kemudian menyambung sesi menatap televisyen. Ya, perkara yang agak tidak betul. Televisyen itu langsung tidak dibuka. Setelah beberapa minit, dia dapat merasai kehadiran seseorang dirumahnya. Yang pasti bukan Krystal. Tak mungkin Krystal pakai minyak wangi lelaki. Nak kata Hoseok, bukan. Yelah, sejak bila Hoseok mula pakai minyak wangi macam ni?

Seseorang menegurnya membuatkan Minhee terbaring dengan mata yang membulat. Selepas dia memandang gerangan itu, dia mengetap gigi.

"Yah, Boo Seungkwan! macam mane kau boleh masuk ni?!" Seungkwan ketawa terkekeh-kekeh. Dia melabuhkan punggung di sebelah Minhee.

"Pintu terbukak," terang Seungkwan sambil mengelap air mata yang berada ditubir matanya. Minhee menarik kedua belah pipinya membuatkan dia mengerang kesakitan.

"Yah! makin tembamlah aku macam ni!" Seungkwan mengusap pipinya. Dia mengambil cermin di dalam poket dan melihat pantulan wajahnya.

"Omma! dah merah!" Minhee menguling biji mata.

"Kau buat apa datang sini?" Seungkwan menyimpan cermin ke dalam kocek seluarnya. Dia memandang Minhee.

"Saja. Sebelum tu, aku nak tanya kau. Kau ada ape-ape hubungan dengan Mingyu ke?" Tersedak liurnya apabila Seungkwan menanyakan soalan itu.

"Kenape?" Riak mukanya cuba dikawal. Seboleh-bolehnya tidak mahu ditunjukkan kepada Seungkwan tetapi rakannya itu sudah tahu akan perangainya. Seungkwan terus mengoncang bahu Minhee tanpa henti.

"Kau biar betul Min! jangan cakap dengan aku yang kau suka Mingyu!!" Minhee terus menekup mulut Seungkwan. Dia memandang ke arah tangga.

"Ish, kau ni! nanti unnie dengarlah!" Seungkwan mengangguk. Tangan Minhee masih menekup mulutnya. Minhee lantas mengalihkan tangan dan dilap di baju Seungkwan.

"Eh bukan unnie kau dah tahu ke?" Pertanyaan Seungkwan membuatkan Minhee terdiam seketika.

"Eh haahlah." Seungkwan membuat muka bengang. Minhee tersengih.

"Sudahlah. Ha kau masih belum jawap soalan aku." Minhee menjeling Seungkwan. Busybody betul.

"Aku tak ade ape-ape pun dengan dia." Seungkwan mengusap dagu. Gayanya persis seorang detektif.

"Habis tu, kenape wallpaper phone Mingyu gambar kau?"

"APA?!"

Minhee memandang Seungkwan dengan pandangan tidak percaya. Seungkwan mengangkat kening kirinya. "Takkan kau tak tahu?" Minhee mengeleng. Kedua belah tangannya sudah berada dipipi. Dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh rakan baiknya ini.

"Katakan ini semua dusta!!" Seungkwan menunjal kepala Minhee.

"Tak, semuanya benar belaka," ujar Seungkwan sambil meneliti kukunya. Kenapa gayanya seperti perempuan?

"Hmm, kalau dah sampai- yah, kenape kau bau macam minyak wangi Mingyu?" Seungkwan menghidu disekeliling Minhee. Minhee serta-merta menolak Seungkwan. Dia menghidu bajunya. Bau minyak wangi lelaki.

"Yah Minhee! bagitau aku sekarang!!"

Dengan tidak rela hati, Minhee menceritakan segalanya. Buatlah apa sahaja bersama Boo, pasti akan kalah. Lagi-lagi perang mulut.

Mulut Seungkwan ternganga besar. Kalau ada lalat tu dah lama tercekik. Dia memandang Minhee lama.

"Seriously, Min? aku punyalah ship kau dengan Chanwoo tapi haprak," kata Seungkwan.

"Jadi, aku orang keberapa yang tahu fasal ni?" Minhee menggaru kepalanya. Dia tersenyum kekok.

"Uh, fasal aku suka Mingyu tu kau orang ke enam. Yang satu lagi tu, kau orang pertama."

"Apa?! sampai hati kau tak bagitau aku dulu!! tapi tak apelah janji aku orang pertama yang tahu fasal kiss tu," ujar Seungkwan sambil terangguk-angguk.

"Aku nak tanya, Mingyu.. good kisser?"

"YAH! APE KAU MEREPEK!"

Tbc

lets give boo some love ~!
chap ni macam merepek atau merepek? ha sudah.

hari skool saya cuti. bermaksud saya tak akan update dari hari isnin hingga khamis. Jumaat, sabtu, ahad saya akan update.

jangan lupa vote dan comment

kily

-nj

Crush & Blush » MingyuWhere stories live. Discover now