Setelah minggu terakhir bersekolah, tibalah untuk cuti panjang mereka sehingga tahun hadapan. Majlis pengambilan sijil tamat sekolah telah diadakan pada sabtu yang lepas. Jadi sekarang ini, Krystal dan Hoseok mungkin sedang menikmati tidur mereka yang pasti akan berlanjutan hingga matahari terbenam.
Minhee yang masih mempunyai dua tahun di sekolahnya sememangnya cemburu dengan adik-beradiknya yang lain. Di seorang sahaja yang masih bersekolah. Jika dia dilahirkan awal, sudah tentu dia tidak perlu membuang masanya dengan kehidupan persekolahan.
Minhee teringin merasai kehidupan sebagai pelajar universiti/kolej. Ia merasakan bahawa kehidupan mereka akan lebih bebas. Minhye hanya memikirkan baiknya sahaja, tidak pernah dia memikirkan pada kesan buruknya pula.
Minhee menapak turun ke ruang tamu. Televisyen dihidupkan dan dia melabuhkan punggung pada sofa kesukaannya. Berkali-kali punat alat kawalan jauh itu ditekan untuk mencari siaran yang menarik . Satu siaran menarik perhatiannya. Dia meletakkan alat kawalan jauh itu di atas meja kopi dan menyelesakan kedudukannya.
Minhee akan menukar posisinya pada setiap lima minit. Bantal yang terletak di sofa sebelahnya dicapai dan dipeluk. Lebih kurang dalam setengah jam dia menonton rancangan televisyen yang disiarkan. Apabila rancangan itu tamat, dia menutup televisyen dan menuju ke dapur.
Setelah mengisi perutnya yang lapar dengan makanan yang dimasakan oleh Puan Jung, dia mula menaiki tangga untuk ke bilik abangnya. Tanpa mengetuk pinti, Minhee masuk ke dalam bilik Hoseok. Sebaik saja melangkah masuk ke bilik itu, dia dilihatkan dengan satu pemandangan yang tidak indah.
Jung Hoseok tidur dengan liurnya yang meleleh ke pipi kanan dan kiri menyebabkan ia terlihat seperti misai. Ew.
Minhee mengukirkan senyuman jahat. Baru sahaja jarinya menyentuh punat untuk menghidupkan telefon bimbitnya, satu panggilan dari Minseo diterimanya. Dia mengangkat panggilan itu dengan kerutan dimuka. Setelah menamatkan panggilan, kakinya mengorak langkah ke bilik sebelah (iaitu biliknya) untuk mengemas baju.
***
Pintu utama dibuka oleh Minseo setelah menekan loceng rumah. Minhee disambut dengan satu senyuman.
"Ssup, Minhee." Minseo menarik Minhee masuk ke dalam rumahnya. Pintu dibelakangnya ditutup dan dikunci untuk memastikan tiada pencuri masuk ke rumah.
Minhee melabuhkan punggung di sofa dan bersilang kaki. Beg yang berisi pakaiannya untuk dua malam sudah diletakkan ke lantai. Gayanya sudah seperti rumah sendiri.
"Mana Jung? Kau ajak dia kan?," tanya Minhee apabila tidak terlihat kawannya yang berkelakuan seperti omma mereka. (Oki i hate this)
"Oh Jung, dia kata kejap lagi dia sampai." Minhee mengangguk.
Bagi menghilangkan kebosanan yang melanda, Minhee dan Minseo mula membuat kerja gila sementara menunggu Jung tiba.
Pistol air yang diisi warna biru sudah berada ditangan Minseo dan Minhee. Mereka berlari ke depan pintu apabila terdengar suara Jung di luar rumah. Sebelum itu, Minseo sudah menghantar pesanan kepada Jung supaya membuka pintu tanpa mengetuk kerana dia mungkin berada di dalam bilik.
Apabila tombol pintu itu dipulas oleh Jung dari luar, mereka sudah bersiap sedia untuk menembak Jung. Pistol air itu dihalakan ke pintu. Hanya menunggu masa untuk pintu itu terbuka sahaja. Dan tepat pada masanya!
Yijin menyemburkan semula air berwarna biru itu dari dalam mulutnya. Minseo ternganga.
"Ohmygad! Sorry Yijin! Aku ingat kau ni Jung!," ujar Minseo dengan kelam-kabut.
Jung muncul dari belakang Yijin dengan lolipop yang disumbat di dalam mulut. Pandangan tajam diberikan kepada Minhee dan Minseo.
"Oh kauu ada niat tak baik dekat aku eh? Ok tak apa asalkan aku tak kena," kata Jung lalu masuk ke rumah Minseo dengan senang hati.
Yijin masih memproses apa yang sedang berlaku. Dia mengelip mata beberapa kali sebelum memandang Minseo. "Bilik air?."
"Tepi dapur." Dengan itu, Yijin segera ke bilik air untuk membersihkan dirinya yang sudah dicemari oleh pewarna biru. Sepasang baju dan seluar telah diambil dari dalam beg dan dibawa ke bilik air.Minhee menutup pintu dan terus duduk di tepi Jung. Minseo melangkah ke dapur untuk menghidangkan mereka air.
"Aku tak tahu pulak yang Yijin ada." Jung menjongket sebelah keningnya. Dia mengeluarkan lolipop dari dalam mulutnya untuk mudah bercakap.
"Aku ajak dia. Jae tak boleh ikut sebab dia kena jaga adik dia," balas Jung.
Minseo datang ke arah mereka dengan menatang dulang. Dengan hati-hati dia meletakkan dulang itu ke meja kopi. Terdapat empat gelas yang berisikan air just oren di dulang itu.
"Kau ah ni. Tak fasal-fasal Yijin jadi mangsa." Minhee mengangkat bahunya.
"Kau rasa aku tahu ke yang tu Yijin? Tak kan?." Minseo menguling biji mata.
Jung mencapai gelas yang berdekatan dengannya. Gelas itu dibawa ke mulutnya untuk merasainya sedikit. Berkerut wajahnya merasai masam oren itu.
"Oh sebelum tu, Mingyu tak ada kat sini ek?," soal Jung sambil meletakkan gelas itu semula ke meja kopi.
Minseo mengeleng. "Dia kata dia tidur kat rumah Soonyoung dengan yang lain."
"Oh..EH SOONYOUNG?!"
Tbc
sabtu saya update. Harap dapat tunggulah yaa😉
Mingyu akam muncul dalam chap seterusnya, jangan risau dia tak kemana, ada je dengan wonu #meanie 😂😂
Jangan lupa comment! Saya nak tengok comment anda!
Kbyeilu ❤❤😂-nj
YOU ARE READING
Crush & Blush » Mingyu
أدب الهواةCrush and blush. Dia mempunyai ramai crush dan pipinya tak pernah berhenti memerah setiap kali bertemu dengan mereka. boyfriend! au © hoshot